Ketam Lembut atau ada yang menggelarkannya sebagai Ketam Pondan. Ia sebenarnya adalah spesies Ketam Nipah yang sedang bersalin kulit. Dek kerana proses salin kulit itu menyebabkan kulitnya jadi lembut, maka ketam ini dikenali sebagai Ketam Lembut. Jika dimasak, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk buang kulitnya, kerana keseluruhan badannya boleh dimakan begitu sahaja - kecuali tahik ketam le.
Ketam Lembut Restoran JS Muara, Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak
Gambar Hiasan - Sumber: Ketam Kulit Lembut |
Hidangan Ketam Lembut Terkenal di Thailand dan Vietnam
Hidangan masakan ketam lembut sebenarnya dah lama popular, cuma tidak berapa dikenali secara umum. Di Thailand dan Vietnam, ia antara hidangan yang sangat terkenal dan diternak secara tradisional untuk pasaran tempatan.Di Perak, khususnya di Kuala Gula, ada anak muda yang mengusahakan perusahaan Ketam Lembut ini. Dan paling best, anda boleh terus nikmati hidangan ini bersebelahan dengan tempat perusahaan Ketam Lembut iaitu di Restoran JS Muara.
Bagaimana Kulit Ketam Jadi Lembut?
Bagi menghasilkan ketam ini, Ketam Nipah yang ditangkap atau diternak mestilah dipotong kakinya sedikit dan kemudian dilepaskan ke dalam sangkar. Semasa proses pemulihan kaki ketam, ia akan bersalin kulit, dan ketika inilah ia dituai untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan.[Baca] Lawatan Mini Zoo Ethno Valley TaipingDari pengalaman saya, masakan paling best untuk Ketam Lembut ialah Goreng Tepung dan Masak Merah atau Masak 3 Rasa. Disebabkan kulitnya yang lembut, anda akan tiada masalah untuk makan seperti kebiasaan memakan ketam. Harga pula bergantung kepada pasaran, selalunya dalam RM5-8 seekor mengikut saiz yang dijual.
Jika anda berada berhampiran Kuala Kurau atau Tanjung Piandang, Perak ... bolehlah terus ke Kuala Gula untuk menikmati hidangan Ketam Lembut di atas restoran terapung JS Muara.
p.s: Maaf tak ada gambar hidangan .... sebab tak sempat ambil .. dah habis kena bedal .. hahahaha....
p.s.s: Ada 2 restoran tetapi saya syorkan JS Muara kalau nak makan hidangan Ketam Lembut