Menerusi RUMAWIP adalah untuk permohonan memiliki rumah mampu milik bagi mereka yang telah tinggal, bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 3 tahun. Wilayah Persekutuan ini termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Permohonan Rumah Mampu Milik Wilayah (RUMAWIP)
Sebelum anda ingin memohon secara online rumah mampu milik menerusi RUMAWIP, syarat-syarat berikut perlulah dipenuhi.
Syarat Permohonan Rumah Mampu Milik Menerusi RUMAWIP
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin atau bekerja minima 3 tahun di Wilayah Persekutuan.
- Pendapatan kasar isi rumah tidak lebih daripada RM6000 sebulan.
- Tidak memiliki sebarang rumah kediaman di Wilayah Persekutuan.
- Rumah mampu milik ini tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun setelah dibeli.
- Pembeli perlu mendiami dan tidak boleh menyewa rumah mampu milik yang dibeli kecuali dengan kebenaran khas.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tinggal berhampiran dengan kawasan perumahan RUMAWIP yang dibangunkan.
Itu adalah antara syarat-syarat asas yang dikenakan kepada pemohon. Untuk memohon, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu di RUMAWIP. Anda hanya boleh memohon apabila terdapat projek perumahan mampu milik yang dibuka untuk tempahan. Apabila ada projek perumahan mampu milik yang akan dibangunkan, anda perlu login sistem pendaftaran untuk memohon secara online.
Borang Pendaftaran Online RUMAWIP
Dokumen-Dokumen Berkaitan
Sekiranya permohonan tersebut layak untuk diproses, maka pemohon akan diminta untuk menyediakan dokumen-dokumen berikut:- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)
- Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan/Surat Cerai / Sijil Kematian
- Penyata Gaji Terbaru
- Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan
- Salinan Bil Elektrik/Air
Jika permohonan berjaya dalam proses pengundian ini, satu surat pengesahan akan dihantar menerusi email.
Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada pemaju yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pihak pemohon akan berurusan dengan pemaju sehingga pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi:
Talian Am: 03-88897888
Email: urusetiarumawip@kwp.gov.my
Laman web: https://rumawip.kwp.gov.my
selamat pagi
ReplyDeletesingah blog awk dulu
hehe
Terima kasih .. :)
DeleteOrg KL boleh la manfaatkan sepenuhnya peluang yg ada ni. Saya orang perak, kena tunggu la kalau Kerajaan negeri ada buat camni. Hehhe
ReplyDeleteBetul. Ambil peluang bila ada kesempatan. Penang ada dah .. perak ada kot .... :)
Deletebujang boleh memehon x?
ReplyDeleteTidak,
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.