Bercinta. Siapa tak pernah bercinta, ye tak? Erkkk .. ok ok .. memang ada yang tak pernah bercinta (kalau dia fikir begitulah). Bercinta zaman dahulu tak sama macam zaman sekarang. Zaman sekarang pakat tak malu dah, sampaikan berbahasa depan orang pun panggil Papa ... Mama. Pada sayalah, geli geleman saya dengar, mana taknya, remaja yang baru bercinta memanggil nama begitu tak sesuai ... sebab seluar dalam pun masih mak ayah yang beli dan basuhkan!
Saya tak menghalang mana-mana lelaki dan perempuan remaja untuk bercinta. Tetapi, biarlah kena gaya. Ini bercinta dengan tergedik-gedik, siap panggilan Papa Mama ... ishh tak sesuailah.
Yang kes suka rakam itu ini semasa bercinta pun satu hal. Bercinta je pun. Bila putus ... telefon bimbit dihempas ke lantai .. haishhhh ... habis duit mak ayah.
Janji setia, cakap nak kawin itu ini. Nak sehidup sematilah konon, tapi PMR ... SPM tak lepas lagi.
Kongsi gambar ntah apa-apa sesama sendiri. Nak masuk toilet ambik gambar. Nak keluar toilet ambik gambar. Nak basuh muka ambik gambar. Duduk dalam selimut pun ambik gambar. Bahaya bahaya tindakan-tindakan remaja bercinta sekarang ni. Buat benda tanpa fikir panjang. Jadi haru biru kelak dan kemudian, menangis keluar air mata darah pun tak berguna. Kata mengaibkan, tapi diri sendiri yang buat .. siapa suruh ye tak?
Saya ada anak, dan saya tahu. Saya pernah bercinta, dan saya tahu. Saya pernah putus cinta, dan saya tahu. Apa yang saya tahu? Saya tahu bahawa apabila remaja kita terlalu ikut rasa dan perasaan. Soal agama, budaya dicampak jauh hanya kerana nafsu gelora.
Saya berpesan bagi diri, bagi anak-anak, bagi anda ... bagi sesiapa jua, jangan biarkan perkara yang nampak kecil ini jadi satu kebiasaan. Yang parah adalah anak-anak zaman akan datang.
Papa Mama panggilan manja. Mungkin tak ada apa-apa. Tapi jika .... panggilan itu atas sebab pasangan remaja itu sudah halalkan hubungan mereka bagai Papa dan Mama sebenar .. bagaimana? Nak sorok muka tang mana?
Fikirlah dosa pahala ehhh ...
biasa la budak2 sekarang advaced sesangat dah nak tegur pun xleh
ReplyDeleteDah banyak pengalaman tu boleh la jadi macam Ustaz Cinta, menjawab persoalan bagi sesiapa yang punya masalah tentang cinta: )
ReplyDeletedah terlebih advance budak budak zaman sekarang ni abang HH...
ReplyDeletebebudak sekarang mmg advance la, mcm 1kes kat sek kwn tu, ada cikgu srh gi htr buku kat blk guru, n kbtln ada 1cikgu tu bwk tart & letak atas meja & nk dijadikan cerita dia ambl makan...mula2 suspek je lps tu dia ngaku makan n bl cikgu test kata 'biasa org ngidam je brani ambl mknan ats meja' terus bocor rahsia dia mengandung ......n lps tu bl soalsiasat tmsk telefon dia, penuh ayat2 yang suami isteri yg sah pn blm tentu bersms mcm tu... dan sgt mengejutkan ianya berlaku disekolah agama perempuan shj muridnya...sedih sgt kan
ReplyDeletegeli laa.. euww
ReplyDeletebudak2 sekarang ni...kena 'disekolahkan' semula...
ReplyDeleteYa, memang ... kena ada kelas rumahtangga gitu
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.