Nampak sangat manusia zaman sekarang susah nak dipercayai dah. Mengapa tidaknya? Sana sini dok angkat tangan dan sumpah di depan Al Quran. Paling terbaru ketika entri ini ditulis ialah angkat sumpah kerana sukan! Aiyoooo ....

Sapa nak dipercayai pun dah susah nak fikir dah.

Mahkamah tak boleh percaya. Manusia lagilah. Hilang kepercayaan atas semua perkara. Inilah akibat dah selalu sangat buat benda yang buat orang hilang kepercayaan ni.

Amalan ini sepatutnya tidak perlu menjadi satu ikutan, kerana nanti lama-lama jadi tabiat ... bila tabiat, jadi lumrah, bila lumrah akan jadi adat. Bila dah jadi adat, takut nanti boleh jadi sesat.

Saya tak pandai nak berbahasa soal ini sebab ini soal berat. Tapi itulah ... seperti saya kata awalnya tadi, kepercayaan antara kita sudah makin terhakis. Masing-masing punya cakap dah tak boleh dipakai dah. Nampak benar syaitan dan iblis dah berjaya pecahkan umat, apatah lagi buat orang rasa sangsi dan curiga. Bila jadi begini, kau sendiri-sendiri, aku sendiri-sendiri. Tak mahu tolong dan bantu dah, walhal kalau hidup bermasyarakat perlu ada semua sifat ini - bantu, tolong, percaya, ikhlas dan jujur.

Angkat sumpah untuk sukan? Hmm ... masalah bukan soal akidah, ini sebab sukan je pun. Saya tak arif mengenai masalah yang berlaku, dengar-dengar atas sebab insiden tumbuk menumbuk dan pergaduhan dalam terowong antara dua pasukan bolasepak tanahair.

Taksub sukan? Taksub menang?

Sukan sepatutnya menyatukan, keluarkan peluh. Menang kalah tu bonus je. Kalau sampai sukan jadi taruhan menang kalah dapat duit ....dah jadi lain tu.

Isu ini tak perlu diperbesarkan. Masing-masing boleh fikir. Jika benar nak masukkan soal agama dalam sukan, biarlah menyeluruh, jangan bila kalah je ... nak rujuk dan junjung Quran!

"Mat ... bentang daun kau ....." kata Ali yang memandang Mat dengan daun terup di tangan.
"Nah ... yeahhh .... nampak tu ... flushhh ...." kata Mat.
"Aik .. camner boleh daun gitu, aku nampak tadi lain ... ko main tipu ye Mat?" kata Johar yang turut duduk semeja.
"Mana ada .. betullah daun aku ni ... Sam yang hulur tadi ... " pandang Sam yang jadi tokan meja.
"Ahh .. ko tipu .. ko tukar daun ni Mat ...!!" kata Ali.
"Tak percaya? SUMPAHHHHHHH la ... ni daun aku ...." kata Mat.
"Ok ... gi ambil tu .... sumpah betul-betul ....." kata Sam sambil muncung panjang menunjukkan kitab suci Quran yang sudah berhabuk terletak di atas almari usang.

Jangan sampai perlakuan (dialog) di atas menjadi satu kebiasaan kelak!

In Sha Allah, kita semua ada akal boleh fikir ...


11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Nauzubillah..mintak dijauhkan...senang sekarang mereka menggunakan cara bersumpah seperti itu...

    ReplyDelete
  2. itulah, Cik Anis pun ada juga ikuti berita terkini pasal perkara ni, tapi tak berape tau gaduh pasal apa, and sampai kena angkat sumpah bagai pulak. Tak tahu la kenapa. Mungkin manusia sekarang dikuasai ego masing2 yang hanya mahu menang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau budak2 .... boleh maaf. Nih ... boleh kata pro dah ... aiseh. Malu je la ....

      Delete
  3. pada pendapat saya benda ni tak patut berlaku jika semua orang jujur...
    tak kira dalam soal apa..termasuklah sukan...
    bila dah jelas dirakam dengan kamera tapi masih menafikan...
    mestilah pihak satu lagi akan menjadi marah...
    maka timbullah isu nak bersumpah untuk mencari keadilan...
    manusia akhir zaman semakin alpa..

    ReplyDelete
  4. al quran itu untuk dibaca ayat, difahami isinya dan diamal perintahnya. Bukan dijunjung untuk bersumpah tentang perkara yang kurang cerdik. Semoga mereka dibukakan pintu hatinya dan mula membaca al quran, bukan bersumpah dengannya! Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. sekarang nie banyak sgt angkat sumpah guna al quran dah makin berani

    ReplyDelete
  6. x boleh buat apa kalau bnda dh berlaku.
    jgn main2 sama MB itu.
    hehehe..

    ReplyDelete
  7. sumpah sesumpah akan marah bila ramai sangat yang angkat sumpah semata nak buktikan yang dia betul walaupun hakikatnya dia bersumpah tu dia pun dah macam sesumpah. Sesumpah pasti akan sumpah sesiapa yang bersumpah.

    sumpah saya baca entri HH ni sampai abis......Y(^__^)Y

    ReplyDelete
  8. Tu laa.. tak logik kot nak bersumpah hanya pasal bola.. jangan nanti perkataan SUMPAH pun orang dah susah nak percaya..

    ReplyDelete
  9. Sekarang dua-dua pihak dah bersumpah mempertahankan dakwaan dia orang. so camne tu..sepatutnya tak perlu berlaku pun in the first place..dah jadi macam main-main pulak..ramai aje orang yang berani take the risk.!!!

    ReplyDelete
  10. sebab yang melakukannya tak boleh dipercayai...ini ler cara yang terbaik bagi pihak berkenaan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement