Ada rakan blogger bertanya, kalau nak berjaya dalam dunia blog Malaysia, blog sekarang kena tukar jadi dot com, betul ke? Hmm .... nih dakyah mana lak ni. Tak semestinya. Pakai blogspot pun boleh jadi blogger berjaya, cuma .... haaa ada cumanya. Bab cuma ni, nanti saya ceritakan lagi dalam entri ini. Persoalan yang perlu dijawab ... "Perlukah blog tukar jadi dot com?" ok.

Satu perkara yang perlu anda sebagai blogger benar-benar tahu. Perkara tersebut ialah ..... dalam dunia blog perkara paling utama adalah penulisan anda. Jika penulisan blog anda bagus, maka anda boleh menjadi seorang penulis blog yang bagus. Ianya bukan kerana blog anda ada URL seperti www.hasrulhassan.com!

Dan anda harus tahu, dalam dunia blog .... bukan hanya ada blogspot dan wordpress. Ada banyak lagi cara dan platform untuk berblog. Cumanya ia tidak sepopular dua platform yang saya sebutkan tadi.
Perlukah Blog Tukar Jadi Dot Com?

Perlukah Blog Tukar Jadi Dot Com?

Kerap kita nampak, ramai blogger berjaya mempunyai blog dengan nama domain sendiri, seperti denaihati.com, kujie2.com, benashaari.com, redmummy.com, beautifulnara.com .... tapi tahukah anda bahawa mereka semuanya bermula dengan blog yang bukan dot com?

Makanya, ia bukanlah satu kemestian pun. Tapi, ia satu permulaan yang sangat bagus untuk penjenamaan dan kelihatan lebih berketrampilan dan beridentiti. Seseorang blogger yang ada blog dengan nama domain sendiri ada tahap dan kredibiliti sendiri dalam dunia blog. Blog nampak lebih berkeyakinan dan ada ciri-ciri komersil.

Tak salah pun blog tak jadi dot com. Ada je blogger hebat yang tak tukar-tukar pun blogspot pada nama blognya. Contoh paling mudah la kan .... inibelogsaya.blogspot.com dan honeykoyuki.blogspot.com

Haaa .. nampak tak? Apa yang penting adalah pengisian blog dan cara anda menulis blog. Usah terpengaruh sangat nak cepat-cepat ada nama domain sendiri. Tapi, seperti saya cakap awal tadi la ... kalau ada nama domain sendiri lebih bagus.... lebih mudah nak bersaing ... dan satu kaedah untuk dikenali ramai dalam dunia blog Malaysia.


Anda dah baca pendapat yang saya berikan. Rasanya anda boleh fikir dah akan jawapan mengenai persoalan tadi - "Perlukah blog tukar jadi dot com?".

Errkkk .. apa? Tak tahu lagi .... haishhhh ....

Saya bagi jawabnya la macam ni ....

Tak perlu!

Perlu jika anda fikirkan perlu .. itu sahaja. Jika anda senang dengan keadaan sekarang dan yakin bahawa dengan cara sekarang boleh bawa anda jauh dalam dunia blog Malaysia, maka teruskan. Tiada halangan.


28 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yup, setuju.. ikut rasa hati.. klu nak, silakan.. klu tak nak, tak apa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Ada bajet ... buat je .. RM30 je setahun...

      Delete
  2. teringin jugak nak ada domain sendiri :)

    ReplyDelete
  3. Pernah juga terfikir nak tukar dot com.. Mungkin belum tiba masanya lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadikan ia satu target dalam misi berblog.

      Delete
  4. setuju dgn bro!!hehe,,,tp sy tukar dot com...untuk ada jenama sndiri..

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Mana yang rasa ok boleh pindah ke dot com. Mengikut keselesaan kita. ramai aje mereka yang masih kekal dengan blogspot. contohnya macam yang Sifu HH bagi di atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul... tak ada nama domain sendiri tak bermakna tak boleh berjaya ...

      Delete
  6. Setuju sgt.. tepuk dada tanya selera.. :) :)

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya dulu saya lah tu yg bertanya macamtu. haha... betul kata sifu tu, berjayanya sesebuah blog tu adalah hasil dari penulisannya dan lagi betul, mereka yg dah berjaya, semuanya bermula tanpa dot com.
    By the way, saya baru je beberapa hari berdotcom.

    Gelak baca 'haisshhh...'

    Sifu, camana nak letak ruang Comment as tu tanpa perlu letak url blog?
    Trima kasih atas pencerahan

    ReplyDelete
  8. xperlu kot.. sy jarang2 je lyn blog ni. ikut mood..

    ReplyDelete
  9. Semoga dengan jawapan Tuan OH telah menyelesaikan kemelut domain sendiri.

    ReplyDelete
  10. Blogspot pun ada kelebihan. Bandwidth tak ada masalah. Lagi pun tak payah nak renew. Kalau tak menulis lagi, blog masih kekal di situ. Kalau dot com kalau tak renew blog boleh hilang begitu sahaja.

    ReplyDelete
  11. emm..semua tu ada kelebihan dan kekurangan..

    ReplyDelete
  12. Belum terfikir lg.apa jadi kalau domain tu tak kita tak bayar.blog tu hilang atau di sekat.mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  13. hehe...sy dulu tukar pun sebab dapat hadiah domain...but think now, better xtukar..sebab selalu lupa nak renew..hahahaha..

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum... bro HH,

    dulu mselim3 pakai .my jap tapi bila bermasalah pakai balik blogspot.com hehehe..

    mselim3

    pls: setuju.. pendapat bro HH.. kalau utk penjenamaan dan ada $$$ no hal punyer...

    ReplyDelete
  15. ada jugak dok fikir nak tukar... :)

    ReplyDelete
  16. yup setuju tu HH..yang penting mantapkan blog dulukan...

    ReplyDelete
  17. Awok pernah dulu fikir nak gune .com je... tapi bile fikirkan yang awok ni bukanle penulis yang rajin menulih...... makenye..... awok simpan je hasrat tu.....

    ReplyDelete
  18. Menurut saya tergantung sama yang punya. Jika blognya ingin tampil lebih keren, ada baiknya jadikan dotcom. Lagi pula blog yang dotcom lebih diperhitungkan oleh search engine.Saya kira demikian pendapat saya. Salam kenal Sobat.

    ReplyDelete
  19. saya dah berdotcom tp terfikir plak. nnti kalo sy meninggal takde org nk tlg bayar domain camner ek?habislah n3 sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm .. :) satu ingatan yang sangat bermakna

      Delete
  20. Saya ada terfikir nak tukar. Tapi tengah study pro n cons. N step by step.. interface sama ke mcm blog.. maaf banyak soalan :)

    Tq for sharing good info

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tukar domain sahaja, tak perlu risau banyak. Dashboard masih guna blogspot, tulis entri macam biasa dgn blogspot ..cuma URL blog je yang dah lain, tak ada dah blogspot tu.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement