Pergh...isu saman lagi. Inilah bahana bila tulis cerita main sedap je. Saya pun dah biasa terkena dah, tapi cepat-cepat saya minta maaf, dan buat pembetulan. Mungkin ada yang tak tahu, entri di blog saya satu ketika dahulu pernah ditegur oleh seorang artis dari Indonesia atas kesilapan menggunakan gambar dirinya. Itu sebab saya dah tak mahu nak cerita kisah gossip atau selebriti ni. Cuma yang ada kaitan dengan dunia blog je saya selitkan sedikit sedikit ...

Terbaharu, Sharifah Zarina penyanyi yang dulunya seksi kini dah berhijrah dikatakan akan menyaman sebuah blog hiburan yang dikenali sebagai Jom Sembang. Ini disebabkan penyalahgunaan gambar penyanyi ini yang tidak ada kaitan langsung dengan post atau artikel yang ditulis.

Sharifah Zarina Mahu Saman Blog JomSembang!

Sharifah Zarina Mahu Saman Blog ....

Saya memetik dari MStar Online:

PETALING JAYA: Penyanyi Sharifah Zarina memberitahu tindakannya menyelar pengendali sebuah blog hiburan yang memuat naik gambarnya di laman blog mereka sebagai satu pengajaran yang perlu dijadikan iktibar.

Sharifah Zarina, 32, berkata, dia mahu penulis blog tersebut bertanggungjawab diatas kesalahan yang telah memalukan dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang artis.

"Saya tahu siapa dia dan alamat dimana blog berkenaan beroperasi, namun saya sengaja ingin memberitahu media tentang perkara ini agar ia dijadikan iktibar dan penulis berkenaan tidak mengulangi kesalahan ini lagi.

"Saya mahu juga mahu blog-blog hiburan terutamanya yang berdaftar lebih beretika dalam menyiarkan berita-berita mereka.

"Cara mereka mencuri gambar dan meletakkannya pada cerita yang salah telah menyebabkan saya dan keluarga menanggung malu," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Cerita yang dimaksudkan oleh Sharifah Zarina ialah mengenai mangsa rogol yang tiada kaitan langsung dengan dirinya. Untuk membersihkan namanya, penyanyi ini memberi tempoh selama 14 hari untuk penulis blog tersebut meminta maaf dan memadam semua gambar-gambar yang digunakan tanpa kebenaran.

Blog yang dimaksudkan oleh Sharifah Zarina ialah .... blog Jom Sembang ...
Sharifah Zarina Mahu Saman Blog ....

Satu laporan polis telahpun dibuat bagi tujuan penyiasatan lanjut.

Bagi saya, sebagai orang yang agak lama dalam dunia blog Malaysia, sepatutnya semua blogger Malaysia sudah sedia maklum tentang bagaimana mahu menulis sesuatu cerita itu. Ya benar, saya sering berkata gambar boleh menarik perhatian orang untuk membaca dan seterusnya menaikkan trafik blog, tetapi biarlah ada kewajaran menggunakannya.

Anda letak gambar kucing, tapi cerita kuda belang .. mana nak ok, lain benar tu.

Saya harap isu ini dapat selesai, sebab nampaknya Sharifah Zarina pun ada kewajarannya sendiri memberikan tempoh untuk minta maaf dan padam gambar.

Semoga kisah ini jadi iktibar buat diri saya dan anda semua, in Sha Allah.




23 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. KAdangkala blogger perlu diperingatkan sebegini .... bukan semua orang sempurna, tetapi kalau dibiarkan nanti jadi barah...

      Padam
  2. Giler kentang... ngape nak kena letak gamabr selebriti

    BalasPadam
  3. Kalau cerita kita bagus.. nak tingkatkan trafik.. tak letak gambar pun tak apa.. tengok macam blog penulisan2u.my.. okay je tulis tentang novel dan cerpen..orang pun suka baca..

    BalasPadam
  4. konon nak tarik org bace ,skali hambek kauuu nak kena saman plak.hehe

    BalasPadam
  5. berhati2lah dengan penyampaian entri wahai penulis blog sekalian...termasuk diri sendiri...ahakss...

    BalasPadam
  6. sebab benda2 macam ni la orang pandang negatif pada blogger walhal yang buat tu hanya segelintir sahaja huhu

    BalasPadam
  7. hambikkk sebijik. itu lah yang malasnya
    blog kat malaysia paling banyak blog personal tapi baca entri cerita tak ada kaitan pun dengan blog

    BalasPadam
  8. Pengajaran untuk semua. kena jaga-jaga selepas ini. Terima kasih bro HH atas nasihat ini.

    BalasPadam
  9. Hmm kalau ye pun janganlah cerita yang mengaibkan... patutnya bagi la kritikan membina, itu lagi baik

    BalasPadam
  10. jadikan ini satu pengajaran........

    BalasPadam
  11. kan dah kene saman,baik buat pengajaran buat semua supaya x main rembat je pic org pastu letak dlm entry bukan2..

    Jom Terjah : Muslim Niaga : Platform Dropship Produk Islamik


    BalasPadam
  12. ini bahana mengejar trafiklah ni..

    BalasPadam
  13. masih tak berani klu nak keluarkan entry bab2 gosip...

    BalasPadam
  14. lorrrhhh... sampai nk saman.. yg aku tau mcm menggunakan gambar dia... pada cerita lain... tak tuju pada dia... tapi blogger tu pun satu.. letak jer la bgtau gmbr tu sekadar hiasan.

    BalasPadam
  15. nak plagiat gambar orang biar kena pada tempatnya. kalau ade orang guna gambar aku atas isu yang bukan-bukan pun aku marah. hhehe

    BalasPadam
  16. sendiri cari penyakit..nak popular kan blog sangat..nah..sekelip mata saja..saman pun pakej skali..hahaha

    BalasPadam
  17. Etika ini sebenarnya merupakan perkara asas bagi seorang blogger..etika juga yang menentukan sama ada blogger itu akan digemari atau dibenci..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  18. Btul2 pengajaran ni.. letih bila terkait dgn isu saman menyaman ni. Klu kaya tu lainlah, bolelah juga ikhtiar.. klu duit ciput.. kena saman lagi.. adoiii.. :D :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement