Jika anda seorang blogger baru, barangkali meletakkan shoutbox itu jadi satu kemestian. Ia ibarat seperti anda mempunyai laman sembang sendiri je kan? Gitulah apa yang saya fikirkan masa mula-mula guna kotak shoutbox dalam blog. Memang teruja. Hari-hari dok bersembang dalam kotak tu. Tapi ... sekarang, dan sudah lama saya tidak letakkan kotak shoutbox di mana-mana blog saya.

Kenapa saya dah tak guna kotak shoutbox dalam blog? Ada banyak sebab, tetapi antara sebab utama ialah kerana ia menggalakkan komen-komen berbentuk spam. Dan spam adalah sangat berbahaya kepada blog terutama yang menggunakan perkhidmatan iklan seperti Google Adsense.

Shoutbox Galakkan Komen Spam oleh Pengunjung

Shoutbox Galakkan Komen Spam - hasrulhassan.com
Blog yang ada kotak shoutbox ini boleh dengan sendirinya langgar TOS dalam Google Adsense. Ini adalah kerana jika terdapat pengunjung yang tegar tinggalkan komen-komen 'copy-paste' ayat sama dengan URL tertentu seperti program-program buat duit, akan leburlah akaun Google Adsense.

Ia juga boleh menyebabkan salah satu punca penyebaran Malware. Saya pernah cerita satu ketika dahulu. Tak baca tak mengapa, cuba ambil fakta ini sahaja.

Ehh jap jap .. tadi saya kata pasal ayat sama tu kan .. yang ditinggalkan dalam Shoutbox. Sebenarnya, ayat-ayat itu bukan ditulis pun oleh pengunjung pun. Ada software khas yang boleh lakukan blogwalking menggunakan shoutbox. Software tu tujuannya tinggalkan URL dan link dalam kotak shoutbox, jadi .... kepada anda yang letak shoutbox, jangan perasan sangat ada benar pengunjung yang tinggalkan pesanan walhal sebenarnya adalah robot yang diarahkan sahaja... hehehe.

Cuba baca apa yang dikatakan oleh blogger ini mengenai shoutbox di blognya - http://is.gd/janganletakshoutbox

Apa solusi untuk galakkan pengunjung berkata sesuatu di dalam blog anda? Haaa .. kalau anda dah baca link yang saya tinggalkan tadi, dah boleh tahu apa jawabnya.

Tak tahu apa itu spam? Ok, baca entri saya tulis ini mengenai jenis-jenis spam yang ada di dunia internet ni ....banyak weihhh ..bukan seketul dua je. Baca sini - Jenis-Jenis Spam Patut Anda Ketahui

Namun begitu, kalau anda fikirkan ada kebaikan untuk menggunakannya, silalah. Cuma kena rajin sedikit untuk lihat apa yang dikomen.



9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sebab tu saya dah buang shoutbox tu..sbb xnak la banyak sangat spam kat blog...

    BalasPadam
  2. selain dari masalah spam, blog juga jadi berat/slow..

    BalasPadam
  3. haaaaa tau takpeeee. banyak yg spam tapi saya tak bukak. lepas baca entry ni rasanya nak buang lah. hehehe

    BalasPadam
  4. alamak..nak kena buang gak nie..

    BalasPadam
  5. Alamak.. lambat pulak baca ni.. saya buanglah shoutbox tu.. baru tau. T kasih HH..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement