Penafian. Jika anda tidak letakkan di dalam blog anda, kemungkinan besar ia akan disalahgunakan. Anda perlu menggunakan teknik meletakkan penafian ini supaya apa yang anda tulis dan kongsikan hanya kekal di dalam blog, dan tidak sewenang-wenang digunakan oleh pihak lain yang mungkin berniat tidak baik kepada anda. Penafian sangat penting bagi blog-blog berkaitan penulisan pendapat, review dan informasi. Dalam blog post kali ini, saya nak kongsikan 3 tatacara untuk meletakkan penafian di dalam blog, khas untuk blogger blogspot.

Ok, sebelum itu, pada yang tak pasti apakah itu penafian atau disclaimer, boleh baca entri saya sebelum ini - Contoh Disclaimer atau Penafian Ada contoh dipaparkan, mungkin boleh bantu anda faham mengenainya dan kepentingannya.

Bagi blogger blogspot, ada 3 cara untuk anda meletakkan penafian ini dalam blog anda. Anda boleh pilih atau gunakan mana-mana yang sesuai. Atau boleh gunakan gabungan variasi, atau ketiga-tiganya sekali.

3 Cara Meletakkan Penafian Dalam Blog

Penafian Menggunakan Page Khusus

Contoh anda boleh lihat pada blog ini, saya letakkan bahagian penafian di sebuah page khas. Boleh baca penafian atau disclaimer blog ini di sini - Penafian (Disclaimer)

Kemudian, saya sediakan satu pautan di laman utama blog atau layout umum supaya ia disediakan untuk dibaca. Ini bermakna bagi setiap post, akan diletakkan pautan kepada penafian yang merujuk apa yang tertulis dan dikongsikan. Contoh seperti di bawah.

Untuk buat page khusus penafian ini, apa yang perlu anda buat ialah pergi ke dashboard blog anda, add page dan tulis penafian anda. Pastikan di bahagian tepi atau Page Settings, bahagian Option, sila pilih Don't Allow Reader Comments. Fungsi komen pada bahagian ini tidak diperlukan.

Penafian Menggunakan Blog Post / Entri Blog

Yang ini mudah. Anda hanya perlu tulis satu blog post penafian. Ini boleh dijadikan satu tambahan atau backup bagi blog anda. Kelebihannya ialah, entri ini akan disenaraikan dalam enjin carian. Seandainya berlaku sabotaj pada blog dan memadamkan page berkaitan penafian, entri blog yang ada pernyataan penafian boleh dijadikan sandaran. Saya sendiri menggunakannya untuk blog ini.

Penafian Ditulis di Bawah Setiap Blog Post

Cara ini seandainya blog anda sangat terbuka dalam menerima komen daripada pengunjung dan pembaca. Anda meletakkan penafian di bawah setiap entri yang diterbitkan supaya mengingatkan bahawa apa sahaja yang anda telah tulis merupakan hasil penulisan anda. Ia juga mengingatkan kepada pembaca untuk entri itu bahawa anda tidak akan bertanggungjawab secara langsung dengan perkongsian tersebut seandainya ia memberi kesan sebaliknya dengan apa yang dialami oleh penulis.

Ada dua cara untuk menulis penafian di bawah setiap post. Pertama, secara manual, anda copy paste sahaja penafian apabila selesai menulis post berkenaan di akhir entri. Atau dengan meletakkannya menerusi HTML blog anda, di bawah footer blog post.

Cara paling mudah, ialah meletakkan di bahagian header comment seperti ditunjukkan di bawah ini.

Cuma nak ingatkan kepada anda bahawa apabila menggunakan cara ini, diclaimer atau ayat penafian anda perlulah ringkas dan tidak terlalu panjang. Memadai anda menasihati untuk komentar dibuat atas tanggungjawab tukang komen, dan anda sebagai penulis tidak akan menanggung sebarang liabiliti ke atasnya.

Semoga apa yang saya tulis ini membawa manfaat kepada anda. Perlu diingat, hanya menerusi penafian, anda ada sedikit pendinding untuk mengelakkan tohmahan, kerja jahat atau diperdaya oleh mereka yang mahu ambil kesempatan dengan apa yang anda tulis. Beringat sebelum kena, jadilah blogger yang bijak.

In Sha Allah, kongsikan pada mereka yang lain.




11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. perkongsian yang bagus ni..thanks bos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamian Sarif .. terima kasih. Bolehlah dipraktikkan di blog yer.

      Delete
  2. sebelum ni saya dah memang ada, cuma baru-baru ni diperkemaskan lagi... hehe

    ReplyDelete
  3. Tq saudara HH atas perkongsian ni... semalam baru je saya buat disclaimer & privacy policy clause ni... asyik tertangguh je padahal clause ni penting...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Sama-sama .. moga bermanfaat buat Zakiah ..

      Delete
  5. Nice sharing boleh diletak pada blogspot...

    ReplyDelete
  6. Saya ingat nak buat macam bro la senang. Tak menganggu apa yang dah ada sekarang.

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
  7. nak kena buat juga, lepas baca blogger nak kena saman 1 juta

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement