Tajuk entri ini menarik tak? Ia berkaitan dengan buat duit dengan blog. Tak kira blogger baru atau lama, pasti akan tertarik dengan perkataan buat duit dengan blog. Bolehkah blog dijadikan sumber untuk buat duit secara online? Jika benar, mengapa ramai blogger terutama blogger baru gagal buat duit dengan blog secara konsisten? Apakah faktor penyebab kegagalan ini?

Ok. Pertama sekali perlu diingatkan bahawa seorang blogger memang boleh buat duit dengan blog. Ia adalah satu perkara yang bukan mustahil. Tetapi, yang agak sukar ialah bagaimana seorang blogger itu dapat menjana income menerusi blognya secara konsisten. Ada beberapa faktor yang perlu dilihat terutama blogger baru supaya membolehkan blog kendaliannya memberikan pendapatan.
5 faktor penting blogger baru blogspot gagal buat duit dengan blog

Berdasarkan pengalaman saya, diberikan 5 faktor penyebab blogger gagal buat duit dengan blog secara konsisten.

5 Faktor Blogger Baru Gagal Buat Duit Dengan Blog Secara Konsisten

Trafik Blog

Ramai blogger baru yang agak kurang komited untuk meningkatkan trafik blog mereka. Sikap acuh tak acuh berkaitan trafik menyebabkan blog jadi lesu untuk memberikan wang. Maka, sangat penting blogger baru belajar cara meningkatkan trafik blog mereka dan berusaha dengan gigih untuk membolehkan blog menerima trafik yang baik supaya dapat menjana income.
Jana income blog menerusi trafik blog tinggi

Tamak Haloba

Kata orang tua, orang tamak selalu rugi. Jadi, kebanyakkan blogger termasuklah blogger yang dah lama ada blog sering gagal dalam menjana income blog kerana ketamakan. Semua nak kaut dalam masa yang sama. Blog penuh dengan iklan sana-sini sampai abaikan konsep blog itu sendiri yang memaparkan informasi, cerita, berita, kisah dan penulisan. Tulisan tenggelam kerana iklan melampau. Maka, jangan tamak, minimal tetapi memberikan pulangan, itu yang terbaik.
Ketahui bagaimana blogger boleh jana income setiap minggu dengan affiliate - Jana Income RM800-RM1000 Secara Sampingan Dari Rumah

Promosi Percuma

Salah satu teknik yang ramai blogger malas nak buat. Kalau kita selami kata-kata ini - What you give if what u will get, maka akan faham apa maksudnya. Pendekatan ini sering saya gunakan untuk mendapat income tak diduga daripada blog. Percayalah, kadangkala promosi percuma yang kita berikan sekarang, akan beri hasilnya di masa akan datang. Teknik ini juga saya praktikkan untuk mendapat income daripada platform buat duit media sosial seperti Facebook dan Twitter. Cuba amalkan konsep sedekah dalam menarik rezeki buat duit dengan blog.

Salah Kaedah

Ramai blogger baru tidak berjaya buat duit dengan blog kerana melakukannya secara salah. Ramai salah kaedah terbaik untuk membolehkan blog jana income. Ramai yang mahu cepat dan pantas tetapi melakukannya secara tidak betul lalu kecewa dengan apa yang telah dibuat. Tak susah nak tahu kaedah yang betul untuk buat duit dengan blog ini, apa yang penting adalah dengan mendapatkan faktor kelima yang sangat penting.
Faktor blogger baru gagal buat duit dengan blog

Elmu (Emosi dan Ilmu)

Jika mahu berjaya, jangan lokek diri untuk dapatkan ilmu pengetahuan mengenainya. Ramai yang tahu meletakkan iklan di blog, tetapi tidak tahu nak letak iklan berkesan yang bolehkan income dijana. Ramai yang tahu ada banyak platform buat duit online tetapi tidak tahu cara nak integrasikan dengan blog supaya boleh jana income maksima.

Ilmu Faktor Terpenting untuk Blog Buat Duit

Ilmu paling penting dalam setiap tindakan. Mengapa? Supaya ia tidak jadi kerja sia-sia dan menyebabkan kegagalan. Jangan jadi seperti saya yang selama ini bebal ilmu buat duit dengan blog. Alhamdulillah, setelah mendapat beberapa panduan, buku, ebook dan nasihat daripada mereka yang sudah berjaya, saya boleh katakan setiap minggu akan ada income dari blog. Tidak banyak tapi konsisten.

Emosikan diri supaya sentiasa mahu berjaya. Bila ada tekad, iltizam dan nekad; barulah tindakan boleh dibuat. Untuk bertindak dengan betul, perlulah ada ilmu. Elakkan diri dari ambil ilmu itu setakat A-M tetapi mestilah dari A-Z. Dah ada ilmu, praktikkan seperti yang sepatutnya.

Semoga bermanfaat dan berjaya. Jangan lagi blogger baru gagal buat duit dengan blog.



32 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalammualikum...bro HH,

    suka baca entry pasal buat duit melalui blog.. nice.. thanks bro..

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Jika kita ada cara untuk bantu orang lain, maka kongsikan. In Sha Allah, mesti akan ada yang menghargai .. walaupun hanya seorang.

      Padam
  2. Bila bro up entri pasal duit, terus jari laju-laju tekan. nampak x mata duitan dia di situ? kahkah !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha .. ambil kesempatan atas 'kelemahan' orang lain ... nampak tak permainnannya di situ .. keh keh keh.

      Padam
  3. Salam...betul apa yang tuan katakan... ini macam kena dgn saya je. Letak iklan tapi tak buat review. Macam jual nasi goreng tapi bahan-bahan tak letak, nama nasi goreng dan umpan kata tak mengancam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syabas... anda makin faham cara nak buat duit dengan blog

      Padam
  4. Di ambang buat duit dengan blog...terima kasih kerana kongsikan tips ini tepat pada masanya...

    BalasPadam
  5. thanks bro... bnyk ilmu zam dpt dr entri ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Zam. Terima kasih kerana sudi sokong bro dalam banyak hal. Sangat menghargainya.

      Padam
  6. waaa terkena..memang xtahu pasal jana2 income dengan blog..thanks sharing!

    BalasPadam
  7. Menarik ni... dan selalunya berapa lama seseorang blogger (baru) sudah mula boleh menjana income melalui blog baru?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika rajin usaha, maka cepatlah dapat. Itu sahaja. Kalau hari ni buat, esok lusa dok tido .. tak boleh juga.

      Padam
  8. buat amal dgn ikhlas..moga ada rahmat dari Allah swt. Terima kasih dgn panduan bermanfaat tersebut.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah.. dapat sedikit sebanyak ilmu dari blog tuan HH.. tq..^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, kita sama-sama dapat manfaatnya.

      Padam
  10. Dapat lagi satu ilmu baru daripada perkongsian kali ini... tertarik dengan teknik promosi percuma tu.. jangka masa panjang.. :)

    BalasPadam
  11. Zara cuma letak nuffnang kat blog ngan h12 ads.. mmg x byk isi.. huhu. Salah tknik kot ni..

    BalasPadam
  12. Zara cuma letak nuffnang kat blog ngan h12 ads.. mmg x byk isi.. huhu. Salah tknik kot ni..

    BalasPadam
  13. betul la kata2 uncle HH ... dapat ilmu lagi hari ni^^

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Terima kasih, moga ia menjadi sumber inspirasi untuk blogger baru buat duit.

      Padam
  15. Assalamualaikum. Bang Hasrul saya ada masalah ketika,saya akan menambahkan Blog saya ke akun saya di H12,dan yang mana saya harus pilih di antara * Add a Meta Tag Into Your Website * Upload an Unique htm file that only know by H12?

    BalasPadam
  16. nampak macam senang HH,tapi susah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Once people told me .. "the hard it is .. the worth it will be"

      Padam
  17. otai je yang boleh buat duit kan hehe

    ikhlas dari - syokbah.com -

    BalasPadam
  18. thanks for sharing...baru nak merangkak naikkan traffik blog....income tu letak tepi dulu sat..satgi income ke mana, traffik ke mana...last2 blog tak serupa macam blog dah...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Dapatkan dulu trafik yang mantap atau dengan kata lebih sedap ... konsisten.

      Padam
  19. traffik itu jugak sesuatu yg susah untuk orang baru seperti saya. Nasib baik ada rujukan di blog Hasrul Hassan. Masih perlu menuntut lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trafik ke blog ini pun dulu macam anda juga Arz ... merangkak bagai turtle

      Padam
  20. masih belajar lagi ni..mntk ilmu skit..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement