Bersubahat Untuk Beramal dan Berkebajikan
Saya nampak ramai blogger suka sebar cerita sensasi dan hot, gara-gara mahu mengejar trafik tinggi. Cerita sensasi hot yang saya maksudkan ialah berkaitan cerita gossip artis. Ok, kalau cerita tentang benda dan perkara baik, mungkin boleh dimaafkan, tetapi cerita gossip yang membuka aib dan memalukan, sangatlah tidak perlu. Tak mahulah bersubahat dalam perkara yang tidak elok, ye tak?Dalam dunia maya ini, ada banyak cerita baik, indah, manfaat, beramal dan berkebajikan yang boleh dikongsikan oleh blogger Malaysia. Agak malang sekali bagi blogger yang tidak nampak akan perkara ini. Ramai yang ingat, jika mahu dapat trafik tinggi, perlu dan mesti menulis dan menerbitkan kisah begini.
Yang jadi haru biru, apabila budaya copy-paste dalam penceritaan kisah sensasi dan hot gossip yang mengaibkan ini menjadi satu kebiasaan. Malah, tak ada larangan pun kepada mana-mana blogger yang ambil dan salin tampal entri sebegini di blog-blog. Hairan, tiada larangan pun. Lain cerita jika yang selainnya, melenting ramai blogger dan ramai yang marah-marah.
Itu satu perkara.
Lagi satu perkara ialah ada blogger yang mahir dalam selok belok SEO ... ambil jalan bersubahat dalam perkara ini. Sayang sekali, ada cerita baik tak dapat berada di enjin carian hanya kerana kehebatan blogger mantap SEO memainkan isu sensasi hot berkaitan cerita gossip artis yang boleh mengaibkan.
Melemahkan Masyarakat dan Ummah
Cerita-cerita begini tidak elok untuk kesejahteraan umat. Apatah lagi ia akan memporak-perandakan masyarakat. Saya sering sahaja melihat komen-komen saling bercakaran dalam blog yang papar cerita sebegini. Agak sedih juga, sehingga ada yang menggunakan ayat Al Quran dan Hadith bagi menegakkan sesuatu.Kalau mahu kebaikan datang kepada kita, maka jemputlah kebaikan tersebut.
Ramai blogger yang fikir, mahu dapatkan trafik tinggi mencanak .. maka perlu tulis sebegitu cara. Ya, secara praktikal dan teori .. ia memang terbukti. Tetapi sayanglah sangat apabila kita boleh bersubahat bercerita soal yang lebih baik dari tu untuk tatapan pembaca kita, tetapi kita tidak lakukan.
Tiada Larangan
Saya tak mahu melarang sangat, kerana ini soal prinsip anda sebagai seorang penulis blog. Lagi-lagi kalau anda dibayar untuk menulis mengenai kisah mereka dan aib mereka. Tak dapat nak halang, itu mungkin punca rezeki anda.Tetapi, jika bukan .... anda boleh dapat lebih lagi dari sekadar bayaran di dunia. Bersubahatlah dalam perkara beramal dan berkebajikan, kerana ia adalah untuk kita mendapat yang terbaik di penghujung usia dunia ini. Sebarkan kebaikan dan pastikan ia mengalahkan segala post negatif yang ada. Jika tidak dilakukan sekarang, esok lusa .. anak-anak kita hanya akan diberikan input perkara negatif sahaja menerusi enjin carian dan blog!
Sanggup ke kita nak jadi duri dalam daging eh?? errk, tak mau.. benda baik wajib kita sebarkan. perkara aib, mohon simpan sebaiknya. Baikkk, kita faham apa yg tuan HH ckp
ReplyDeleteHehhee... :) ok, saja mengingatkan untuk diri sendiri juga.
DeleteTerbaiklah Bro HH..
ReplyDeletesetuju :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.