Sejak dua menjak ini, ramai blogger blogspot merungut kerana menghadapi masalah editing HTML dalam blog bahagian Template di Dashboard. Sebenarnya ia bukan masalah baru, malah saya sendiri pernah menghadapinya satu ketika dahulu. Tak ingatlah bila .. tapi memang ada. Tension oooo ..serius tension, lagi-lagi apabila masa tu semangat nak tukar template dengan cara ubah HTML blogspot.

Ramai blogger blogspot yang Private Message (PM) menerusi Facebook, malah ada yang hantar email mohon dibantu di sini - Contact Me. Tetapi, agak malang dan dukacita, saya sendiri hilang punca untuk permasalahan yang berlaku.

Bahagian Edit HTML Blogspot Bermasalah

Apakah masalah yang saya maksudkan ini sampai pening kepala?

Jeng jeng jeng ... ok, sila komen nanti lepas tengok apa yang saya kongsikan ini. Jika ada jalan penyelesaian lagi bagus ....
Edit HTML Blogspot Bermasalah

Bagaimana Ia Boleh Berlaku?

Apa yang berlaku? Ok, masalah di atas kalau tidak silap saya berlaku disebabkan HTML asal dalam blog ada kod tertentu yang telah disilap tafsir, lalu menjejaskan fungsi edit HTML yang ada dalam blogspot. Walaupun template ditukar ke template asas yang disediakan, masalah tetap berlaku kerana kod HTML yang bermasalah itu masih kekal dan tetap ada dalam koding. Ia mungkin ditulis secara luaran iaitu diluar bahagian CSS dan juga HEAD blog tersebut.

Itu adalah ulasan dan teori saya bagaimana masalah ini boleh berlaku.

Walaupun masalah seumpama pernah terjadi pada saya satu ketika dahulu, tapi saya tak berapa ingat bagaimana ia telah diselesaikan. Adehh ... memang sah dah terlalu banyak makan kari kepala ikan dan minum air ada semut ni. Atau .... memang sah saya dah makin tua .. hahahaha...

Namun, saya mencadangkan kepada mereka yang ada masalah seperti ini, harap terus berhubung dengan pihak Google Blogspot sendiri. Anda boleh kemukakan masalah anda menerusi butang Send Feedback yang terletak di bawah editor atau dashboard blogspot anda.
Google Feedback Form

Cadangan kedua ialah dengan melihat kembali HTML template penuh blog tersebut. Caranya ialah dengan muat turun atau backup template, save di komputer, kemudian buka template HTML itu menggunakan text editor atau wordpad. Semak satu persatu, dan cuba padamkan mana-mana koding dalam blog yang mencurigakan atau bukan daripada template asal.

Dah siap, upload balik template tersebut ke blog anda. Lihat apa yang berlaku. Cara ini baru sekejap ni saya terfikir dan belum lagi dicuba pada blog-blog yang ada masalah tadi....huhuhu.... tetiba idea datang, jadi saya tulis .... mana tahu mungkin berhasil, ye tak?

Sekali lagi, andaikata ada sesiapa dari anda pengunjung dan pembaca blog yang boleh kongsikan masalah serupa, sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama.



13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pun sama sedang mengalami krisis edit html tu. Pejam mata jelah penat nak pikio, dah umur makcik2 ni dah malas nak fikir berat2.

    ReplyDelete
  2. great piece of sharing abang HH and thanks for sharing...

    ReplyDelete
  3. sy x berani nak tukar template skrg...cukuplah dgn apa yg ada skrg...comel dah tu.

    ReplyDelete
  4. ada juga aiza berniat untuk menukar template.. disebabkan masaah edit html ini, terus batalkan niat itu..

    ReplyDelete
  5. Saya dah terkena dua minggu lepas... tensi jap akak dibuatnya... so saya relax, cool down jap n godek-godek sendiri.. nipun x puas ati lagi sebenarnya... :)

    ReplyDelete
  6. saya pon terkena jugak.. - nanges -

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...bro HH,

    tu hari ada gak kena kes nie... bila refresh balik .. masalah ok pulak..Rasa nyer ada koding blog nie yg bermasalah.. bila dah byk sangat edit..

    mselim3

    ReplyDelete
  8. OK, saya tak tahu apa kepelikan yang berlaku tadi, tapi bila saya tekan 'edit html' petang ni jadi pulak...

    ReplyDelete
  9. Dari semalam lagi ada masalah yang sama..

    ReplyDelete
  10. BLOG SAYA PON BARU KENA PAGI TADI ..
    SELEPAS JAM 3 PTG TADI .BARU OK .
    MULA-MULA INGATKAN APA YG TAK KENA ASYIK2 DOK ERROR JE .

    ReplyDelete
  11. back up template amat penting...simpan untuk masa yang emergency macam nie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement