Guna gambar perempuan separa bogel, Melayu pulak tu. Tak hitamkan wajah. Dada lurah semua terdedah. Malah celah kangkang pun jadi bahan untuk hias entri dan cerita. Aduh, fikiran yang biru pun boleh jadi hitam dibuatnya.
Entri Dihias Gambar Perempuan Separa Bogel
Ada dua perkara perlu ingat.Satu, entri itu telah mengaibkan si perempuan dengan penggunaan gambarnya.
Kedua, entri tersebut undang masalah dan dosa walaupun entri atau cerita disampaikan ada tujuan murni dan baik.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Trafik nampak mencanak. Blog pula penuh dengan iklan H12 yang menguntungkan. Sana sini ada iklan H12 Ads, dan ada juga iklan Google Adsense. Tapi sayang, mana keberkatan yang akan diperoleh dengan teknik dan taktik ini?
Gambar perempuan separa bogel bukan salah satu cara untuk menarik pengunjung membaca blog anda, tetapi ia adalah salah satu cara anda memberatkan timbangan 'amal' yang kiri di akhirat kelak.
Kalau ingin rasa hidup bahagia dan diberkati, cubalah elak guna teknik ini. Kasihan juga pada perempuan-perempuan yang telah sanggup gadai maruah menunjukkan tubuh badan tanpa pakaian dengan kamera.
Andai saya boleh berubah, mengapa tidak anda? Dan lihat perubahan yang telah memberikan impak hebat pada blog ini. In Sha Allah, jika kita buat jalan ke arah kebaikan, maka kebaikan akan datang pada kita.
Jangan LIKE dan Share Entri/Blog Sebegitu
Dan kepada pembaca dan pengunjung blog yang sedemikian rupa, nasihat saya ... janganlah anda LIKE atau Share mahupun jadi pengikut blog sebegini. Kalau anda buat begitu, seolah anda berikan lampu hijau buat pemilik blog terus-terusan melakukan teknik yang sama.Katakan anda seorang belia remaja LIKE dan mahu kongsi cerita yang mungkin pada pandangan anda berguna dan bermanfaat, tetapi apabila ada gambar perempuan separuh bogel yang ditampilkan bersama, benda yang manfaat pun boleh undang celaka. Ianya boleh menjadi penyebab runtuhnya akhlak belia remaja Malaysia.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesokong..rimas ngan paparan blog sebegini,bimbang juga kalau2 anak2 akak membaca blog sedemikian,sbb tu akak elakkan like bila membaca entry yang sedemikian
ReplyDeleteKak Tie, apa yang boleh ibubapa buat ialah buat penapisan pada pelayar internet ... dan sebagai langkah berjaga-jaga, beradalah di sisi mereka ketika mereka gunakan komputer.
Deleteseeloknya elakkan dari berkongsi cerita tentang perkara yang tak elok dan melucahkan pemikiran kita. Sebab tu lebih selesa berkongsi cerita sendiri dan info yang berguna untuk tatapan pembaca.
ReplyDeleteYa, saya setuju. Ini antara kesilapan lampau saya dalam berblog.
Deletesetuju bro... kalo nak lama dalam blogsphere.. kena lah ada etika kan... kan...
ReplyDeletesetuju dengan entri nie ,mungkin trafikk memang akan tinggi , tapi kerja tak baik orang tak senangi Allah pun tak suka...
ReplyDeletesetuju dengan ayat ni. "Tapi sayang, mana keberkatan yang akan diperoleh dengan teknik dan taktik ini?" renungkan.
ReplyDeleteAda banyak cara HALAL yang boleh digunakan. Cuma cara-cara ini memerlukan kita untuk keluarkan duit. Bila bab keluar duit ni ramai yang seperti main selok2 poket je.
Deleteastagfirullahhalazim...moga kita semua dilindungiNya. Dalam FB pun kadang2 ada link2 mcm ni. Bimbang sebab FB kita ada melibatkan anak2.
ReplyDeleteBetul tu, saya yang ada anak dah pandai guna komputer dan internet ni pun risau sentiasa.
DeleteSemoga kita semua terhindar dari azab Allah...
ReplyDeleteApa kejadahnya
ReplyDeleteada orang memang macam tu sesuka hati letak gambar2 yang tak sepatutnya...
ReplyDeleteHmm .. :) mereka mungkin masih belum sedar lagi akan keburukan yang sedang disebarkan.
Deletekita dah remove iklan yg xbaik tu :( maafkan kita
ReplyDeleteElelelele ... elelele .. ok nanti nak singgah blog .. huhuhuhu....
DeleteTerbaik. Entri2 mcam yg bro HH cakap ni, trafiknya mmg mencanak, begitu juga bahagian dosa di kiri juga mencanak seiring dgn viralnya post tu.
ReplyDeletesama2 kita buat sempadan..thanks bro!
H12 ads.. huhu..
ReplyDeletebetul..betul..betul...tak pasal-pasal buat dosa MLM..kalau dah mati pun dosa bertambah2 sebab blog on je..fikir-fikirla,buatla benda yg bermanfaat dan dapat cari pahala MLM...
ReplyDeleteApabila depan mata dah dikaburi dengan nikmat keduniaan, akhirat yang menjangkau jauhnya langsung dilupakan...Nauzubillah...
ReplyDeletemesti berhati-hati dalam mencari rezeki!
ReplyDeleteSehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO
macamana nak guna pelayar internet tu HH..ada tutor tak?
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.