Hadiah yang saya terima adalah atas sebab kemenangan saya dalam rekacipta salah satu produk dengan jenama Astro Sahabat. Ia merupakan hadiah gantian memandangkan hadiah sebenar tidak dapat diberikan atas sebab-sebab tertentu.
Hadiah Samsung Galaxy S Advanced Astro Sahabat
Agak jenuh juga nak mencari lokasi Astro yang terletak di Bukit Jalil. Nasib baik saya sempat install satu aplikasi android iaitu Waze. Nyata perjalana saya dari Putrajaya ke Astro sangat mudah dan senang....lagi lagi membuktikan satu teori saya iaitu pemandu pelancong atau penunjuk arah adalah sebaiknya lelaki....hehehe...aplikasi Waze menggunakan suara lelaki, tak seperti aplikasi lain yang lebih kurang yang menggunakan suara wanita....hehehe
Tak sesat. Dan aplikasi ini memang saya galakkan anda muat turun dan guna.
In Sya Allah, saya akan muat turun juga dalam Samsung Galaxy S Advanced ini nanti.
Oh ya, bercakap pasal telefon pintar ini. Pada mulanya saya nak let go je pada peserta hadir #sbb2014 #sbbyeos2014. Tetapi sambutan yang saya terima kurang baik. Hanya ada dua orang rakan Facebook yang juga blogger yang telah PM (private message) saya.
Nak dijadikan kesah, anak sulong saya telah memberitahu menerusi isteri yang dia inginkan telefon tersebut. Lagilah menguatkan hasrat saya batalkan niat untuk jual. Dah tak ada pembeli yang berkenan, maka telefon pintar ini saya simpan sebagai hadiah nanti jika anak saya berjaya dalam akdemik tahun ini. Tahun lepas dapat pelajar terbaik tahun tiga, tak terima apa-apa, maka in Sha Allah tahun nie, Samsung Galaxy S Advanced jadi pembakar semangat.
Maaf pada mereka yang simpan hasrat nak dapatkan Samsung Galaxy S Advanced tu. Lepas tawaran ditutup ramai pula yang bertanya...haishhhh....mintak maaflah ehhh...lain kali andai ada rezeki.
Ok. Buat mereka yang akan hadir #sbb2014 #sbbyeos2014 Sepetang Bersama Blogger seperti yang tertulis di akhbar Utusan Malaysia (7 Mac 2014) pada 8 Mac 2014, awas dengan kehadiran lelaki berkulit gelap baju biru berseluar yankie dengan beg merah belian online Zalora. Jangan terasa dengan katanya, jangan ambil pusing dengan jenakanya. Hadirnya lelaki itu mencari sesuatu yang hilang... Dan pastinya mahu merebut peluang yang terhampar di depannya.
wah tahniah abg hasrul rezeki tue
ReplyDeleteTerima kasih . :) alhamdulillah ...
DeleteRezeki yang tak disangka-sangka tu. tak nak jual ke?
ReplyDeleteAsalnya nak jual, tapi tak ada orang berminat, kini nak buat hadiah untuk anak.
Deletewahh.... tahniah2!!!! :)
ReplyDeleteTahniah HH, rezeki lah ni,simpan sahaja untuk anak .. hehe
ReplyDeleteYa, terima kasih ye Anajingga ..
DeleteTahniah.. =)
ReplyDeleteLebih baik pun tuan simpan dan gunakan sebaiknya hadiah tu.. hehehe, atleast bertuah jgk tuan hari ni, saya langsung apa pun xdpt. Kekekeke sedih saya tau
ReplyDeleteIshh wat apa nak sedih, rezeki dapat kenal ngan blogger lain tu pun dah kira satu hadiah best tu ..kan kan?
Deleteassalamualaikum hh...tahniah2 sbb telah berjaya...;)
ReplyDeleteTahniah.. bagus tu buat pembakar semangat anak.. semoga beliau terus berjaya... aamiin.. :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.