Entri mahu bikin panas je kan? Kesilapan blogger Malaysia di Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014), apa yang silap? Apakah onar yang telah dilakukan oleh blogger Malaysia dalam majlis yang mengumpulkan lebih daripada 350 blogger ini? Dan mengapa saya anggap ia satu kesilapan? Adakah saya cuba untuk sabotaj kejayaan majlis ini?

Ok, pertama sekali saya mahu katakan ini merupakan sekadar pandangan dan pendapat, itupun hasil dari pemerhatian singkat. Bila singkat ni, akan adalah cacat celanya. Tapi tak salah andai saya mahu kongsikan dengan anda, terutama kepada blogger-blogger yang telah hadir di Majlis Sepetang Bersama Blogger.

Mari singkap dulu apa yang telah saya sendiri buat silap dalam majlis tersebut.

Kesilapan Saya Sebagai Blogger di Majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2014 #SBBYEOS2014

Kad Nama Tidak Mencukupi

Saya tidak mempercukupkan kad nama saya untuk majlis ini yang mengumpulkan ramai blogger termasuklah juga penaja-penaja, wakil media, tauke-tauke kedai online, pengasas produk dan badan NGO. Dek kerana kad nama yang tidak mencukupi, saya tidak berupaya untuk memberikan kad nama berkaitan diri saya dan blog kepada pihak-pihak di atas terutama yang boleh berikan saya income menerusi blog.

Silap Keterujaan

Inilah kesilapan kedua yang telah saya lakukan, iaitu teruja pada perkara yang salah. Saya sepatutnya teruja dengan kelebihan majlis ini yang membuka peluang untuk blogger seperti saya memperluaskan jaringan antara blogger, selain mengambil peluang untuk kenal dengan penaja-penaja hebat seperti Yeos Malaysia, Lazada, Al Ansar Health, MyNic dan beberapa yang lain termasuk dari Ephyra dan Jamu Ratu Malaya. Teruja saya lebih kepada mahu menang cabutan bertuah, sedangkan cabutan yang benar-benar bertuah adalah mendapat contact dan pengenalan dengan penaja-penaja ini.

Fungsi Tag Nama Warna Hijau Tak Menyerlah

Gagal. Saya berani kata inilah kegagalan awal. Gagal kerana tag nama warna hijau yang menjadi tanda pengenalan gagal untuk memperkenalkan sesama blogger yang hadir. Saya nampak banyak tag nama ini bergelimpangan di lantai, bukan selepas majlis selesai, tetapi semasa majlis sedang berlangsung. Adakah tatkala ini semua blogger yang seramai 350 itu telah saling kenal mengenali? Saya sendiri tak berupaya nak membenarkan tag kaler hijau itu terus melekat di badan. Oh badan, bagaimana di badan seorang anak gadis comel, tercari-cari tag nama hijau ini di tubuh badan seorang gadis ...ohh bahaya sekali pandangan nanti. Patutnya apa yang perlu saya lakukan sendiri ialah membuat tag nama sendiri dan lekapkan dengan betul di tempat sepatutnya ia dilihat ramai.

Malu Perkenalkan Diri

Saya memang pemalu orangnya, sehingga saya terkedu lidah untuk perkenalkan diri kepada blogger yang lain terutama blogger-blogger yang ada karisma lebih hebat dari saya. Saya mampu bersalaman dengan blogger Zarul Umbrella, tapi haram ... saya lupa nak perkenalkan diri saya. Alangkah ruginya saat itu. Begitu juga ketika bertemu blogger-blogger lain yang lebih tersohor. Silap saya .. menyangkakan mereka kenal akan saya ... what? Adakah saya seorang blogger dikenali ramai? No, sudah semestinya tidak .... dan itu tidak saya lekatkan dalam kepala otak saya. Saya gagal perkenalkan diri kepada lebih 20 meja yang diduduki blogger-blogger lain. Meletakkan kad nama sahaja di atas meja tidak menjamin mereka akan kenal anda, serius .. sebab saya ada nampak kad nama yang ditinggalkan begitu sahaja tanpa empunya.

Tiada Sesi Perkenalan Sesama Blogger

Mungkin jika ada sesi sebegini tidaklah terlalu janggal untuk blogger Malaysia perkenalkan diri. Sebab saya tahu bukan semua orang ada kelebihan PR seperti blogger lain yang lebih dahulu punyai kelebihan ini. Tak semua pandai berkata-kata bila berada di depan mata. Jika dalam media sosial dan blog bolehlah main lanyak semua ayat. Tak gitu?

Blogger Bersepah Bergambar

Tak salah nak bergambar, tetapi apa yang saya nampak ... yang dok bergambar adalah sesama blogger yang saling kenal. Kasihan pada blogger baru yang teringin nak berada di dalam situasi tersebut. Saya tidak nampak pun ada yang ambil effort untuk ambil gambar meja ke meja sesama blogger. Malah, ada blogger yang tak kenal rakan semeja mereka. Kalau ada effort bergambar kumpulan meja yang sama, mungkin nanti boleh berkenalan kemudian bila gambar dimuat naik. Ini bergambar mana-mana blogger dengan blogger tu jer, yang lain yang memalu nak offer diri tu camner? Kasihan mereka tiada kenangan sendiri dalam majlis tu, terutama macam saya ni yang tak ada kamera canggih manggih. Saya harap IloveTour.com akan ada gambar-gambar yang lebih baik dan sudi dikongsikan nanti. In Sha Allah.

Jurang Sesama Blogger

Ini saya nampak sangat ketara. Ada blogger yang mejanya riuh rendah. Ada blogger yang mejanya sunyi sepi. Ada blogger yang lari dari mejanya ke meja blogger lain. Haishhh ... lack of communication sesama blogger ini sepatutnya di awal majlis boleh diatasi. Nampak sangat ada kumpulan-kumpulan tertentu di dalam majlis ini. Saya sendiri gagal kerana mengadakan jurang ini dengan dok kecoh dengan blogger-blogger yang dikenali benar sahaja. Satu perkara yang tidak semestinya berlaku. Salah saya. Serius saya mengaku, ada blogger yang naik ke pentas ambil hadiah ... saya tak kenal langsung, dan saya berani kata ada blogger yang tak kenal pun blogger yang menang ambil hadiah atas pentas - lebih moleh kalau diperkenalkan siapa mereka ini.

Ok, itu antara beberapa pendapat saya mengenai kesilapan blogger terutama yang telah dilakukan oleh saya .... dan yang saya nampak dari kacamata saya yang ada dua kanta ini. Jika salah silap saya mohon maaf, jika tersilap tersalah, mohon diperbetulkan.

Apapun, secara keseluruhan, saya beranggapan majlis ini telah berjaya mengumpulkan ramai blogger seluruh Malaysia dan nusantara. Malah, ia telah berikan 1001 kesempatan untuk blogger saling lebih mengenali sesama sendiri di luar ruang maya. Saya tabik spring pada penganjur Denaihati Network yang telah bersusah payah, siang dan malam, pagi dan petang menjayakan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 ini.

Dan saya sangat terharu dengan ramai blogger yang tanpa segan silu menyahut dan menyapa sapaan saya ... walaupun jantung berdegup kencang dengan segala gigil yang ada dalam diri. Kan saya kata, saya ni pemalu orangnya.

Terima kasih semua. Saya mahu jumpa anda lagi ... dan harapnya ini bukan menjadi yang terakhir.

Nota - Gambar-gambar yang digunakan adalah sebagai hiasan semata penyeri entri ini.

Kredit Foto: IluvTour.com


74 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Lain pula situasi saya ramai blogger yang tidak pernah kenal dtg menyapa saya sampaikan niat asal nak jumpa blogger yang kenal tak kesampaian sampai akhir majlis. Tetapi saya terharu sebab ada yg sudi tegur terutama Hasrul hassan blogger popular ni awal2 tegur saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeh. Popular la sangat kan .... terima kasih juga kerana menerima sapaan saya .... mungkin lain kali kita boleh duduk bersembang semeja tak sekerusi ... ok .. :)

      Delete
  2. betul belaka tu beb..next event aku kena pakai tshirt..tulis besar besar url blog kasi org kenal gitu..aku ada sembang ngan deqnoor..kot ada slot di skrin..keluar sekali sekala featured blogger secara random semasa event berlangsung..secara xlangsung blog mereka dpt pendedahan dan ramai akan kenal...

    lagi untung, mana yg terpilih tu wajib kenalkan diri kpd audien..tp mgkin kekangan masa..aku sendiri pun mmg terkilan, ramai blogger juga aku xkenal begitu juga dgn sponsor sponsor besar kat situ..

    moga next event aku xbuat silap besar ni..bagus sekali pakcik..entri ni kena share dan baca selalu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah plan nak pakai t shirt yang ada nama blog aku, last2 ... tak jadi, sebab segan lak, nanti ada kata saya poyo ... hahahhaa erkkk ... ini juga silap saya.

      Delete
  3. walaupun saya tak pergi SBB2014, tapi betul saya mengaku, bila tengok gambar2 yang diupload, ada yang boleh saya cam dan kenal, dan ada yang langsung saya tak kenal, mungkin lain kali boleh dibuat penambaikan lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan ... saya pertama kali pergi gathering begini, sebelum ni pergi ke gathering rakan2 sekolah je. Jadi, sedikit sebnayk pengalaman berada di majlis yang iras-iras SBB2014 ini menjadi panduan saya.

      Delete
  4. Alhamdulillah..
    tiqa dapat ambil peluang bertegur dengan blogger yang belum pernah jumpa.
    Akhirnya, dapat peluang jumpa bro HH depan-depan.. sebelum ni duk tegur kat alam maya.

    Entry yang membuka minda.
    thanks bro! :)

    ReplyDelete
  5. Stujuuuu saya pun buat semua kesalahan di atas sepatutnys kite datang
    Dengan tshirt blogger yg kite sendiri yg siap ada url blog huhuhu baru la org kenal kite kan

    ReplyDelete
  6. huhuh sama dengan la... tak ramai yg kenal kat situ. kenal pun bape kerat je tambahan pula time tu sibuk kehulur kehilir ambil gambar. kerja perlu diutamakan terlebih dahulu. mungkin next event bole beramah mesra n kenalkan pada yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi gambar best ... superb ... terima kasih banyak2 sbb sudi jadi tukang ambil gambar peserta SBB2014

      Delete
  7. betul tu bro. benda paling penting pada saya ialah name tag tu, tak sepatutnya sticker gitu je. cepat tanggal. pada saya lebih baik beri buttton kosong kemudian tulis nama sendiri kemudian PIN kan kat baju. itu lebih baik. bab komunikasi pun satu hal, tak berapa nak kenala jadi yang segan nak tegur macam saya jugak ni, memang susah sikit lah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, satu pandangan yang cukup menarik dikongsikan. Ada betulnya tu, lepas ni biar kena bayar lebih sedikit tak mengapa asalkan majlis akan jadi lebih lancar dan meriah, ye tak?

      Uhh hulur2 la RM7K tu kat bro ... :P

      Delete
  8. Setuju sangat dengan entri nih. Sebagai Blogger newbie, saya pun tak sempat nak berkenalan dengan semua Blogger lain yang otai² seperti bro...

    Sempat tegur beberapa orang jer...

    Serious frust! Hehe...

    Apapun, SBB2014 memang Best :) Tahniah kepada Team Denaihati Network kerana berusaha keras untuk memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  9. tu la HH...mungkin kalau ada event blogger macam ni lagi...akan perbaiki semua kesilapan ni...sy pun ada buat silap juga...bawa kad nama tapi separuh saja habis...segan punya pasal nak bagi kad kat blogger...lepas ni memang kena redah je...tak kenal pun hulur je kad...dapat luaskan networking...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena buat muka tebal la ... serius.

      Delete
  10. Terima kasih dengan pandangan HH... banyak perkara wajib yg saya patut buat bila join event mcm ni tapi saya tak buat. Saya hanya selesa bersama group yg saya kenal padahal event ni sepatutnya meluaskan networking.

    ReplyDelete
  11. Bukan salah penganjur...salah blogger juga... kita masing2 dah besar... patutnya dah boleh fikir semua...

    Jangan jadi cam aku... orang tu diri kat sebelah ja haram aku nak tegur.. kah kah kah... sombong tak aku bro?

    Semua di atas ada benarnya... yang paling aku amik port adalah pasal sticker tu... nak sangat aku terus kekalkan kat baju... tapi takkan kena gam pulak kan?

    Pasal yang lain...aku no komen... penganjur dah lakukan yang terbaik... next time wajib ramai lagi jadi volunteer untuk program besar camni... ni aku tengok 6 orang kuat ja yang tolong.. kesian plak aku...

    Adohai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishh ko tak nampak dayang2 tu ... huhuhuhu ..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. @pendekar berkuda thanks hadiah cabutan bertuah tu, xpernah rasa bertuah. heee. cantik beg2 tu semua

      abg @hasrul hassan bella frust xdpt jmpe abg, sbb xdpt nak cari mane abg terselit, ehehe. bab tag hijau bella agree. bdn prempuan sensitip kot kalau nak pandang2. then kwn semeja bella pun xbertegur sape. 1st time pergi event blogger mcm ni memang best.
      pihak penganjur dah bertukus lumus sediakan makanan, sponsor dan hadiah yang best2. maybe kita sbgai blogger ni mmg kena buat muka tak tahu malu pergi bertegur. hahaa. nasib sempat tegur meja 19 dan mak dara sahaja. yang lain takut nak tegur.
      mostly dpt bezakan dunia maya dan dunia nyata, xsama peribadi dan peramah nya seseorang itu mengcoment blog kite. dlm perkiraan saya klau tahun depan nak pergi atau tdk. aha. maklumlah blog xde follower sgt =)

      Delete
  12. Hmmm.. tp apa yang saya nmpk di news feed fb, pd dahulunya ada blogger yang sesama blogger dlm friendlist tidak pernah bertegur, sekarang sudah bertegur dan mengenali, malah ehh pandai dah bergurauuu..hehehe.

    SBB ni yg sy nampak adalah satu platform permulaan buat blogger baru mengenai blogger otai atau blogger lain.. Kalau kita yakni blogger datang untuk memperkenalkan blog sendiri, perasaan malu/segan untuk menegur tu kenalah kikis. Ibarat kita datang mewakili syarikat kita, kita mencari peluang untuk berniaga. takkan nak duduk sahaja di meja dan tegur hanya mereka yang kita kenal?

    Harap SBB ini akan diteruskan lagi, kalau rajin submit header masing2 dan sedikit description blog bagi blogger yang confirmed datang majlis, jadi pihak penganjur boleh buat introduction slide blog2 blogger (gimmick/mockup/trailer).. <-- ke ni ade buat? hehehe sorry la sy xdtg sbb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan yang bagus tu Amir Zahari ... tapi biasalah bukan semua penganjuran akan berlaku seperti dirancang, sebab kadangkala ada perkara tak diundang yang mendatang.

      Delete
  13. Pengalaman & teguran yg membina mengajar kita semua utk menjadi lebih baik... alhamdulillah, syukur dpt terlibat dlm event blogger ini walaupun saya masih dikirakan baru juga dlm berblogging ni. Syukur juga sbb dpt berjumpa dgn HH & beberapa blogger2 yg lain yg sblm ini tak terfikir boleh berjumpa mcm ni..
    Semoga SBB 2015 akan bertambah mantap & in shaa Allah, akan menyertainya juga jika diizinkanNya.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga sangat berbesar hati bertemu dan berjabat tangan sambil gesel bahu dengan Khir Khalid ... serius pada awalnya saya terpinga-pinga...mana taknya, cari name tag kaler hijau tak jumpa .. in Sha Allah, lain kali kita jumpa lagi.

      Delete
  14. Saya tak tahu keadaan sebenar SBB2014 sebab tak berkesempatan nak join. Tapi kalau pergi mana-mana event sebegini, memang inilah yang biasa terjadi. Event yang dihadiri ramai sangat orang selalunya ada masalah dari segi komunikasi sesama peserta. Peserta lebih selesa dengan orang yang dah pun mereka kenal, jadi timbul pulak masalah kroni atau berpuak kat situ. Yang baru terabai. Tapi yang baru join sepatutnya kena berani exposekan diri berkenalan dengan peserta2 lain. Paling tak pun sesama peserta semeja. Event macam ni kena manfaatkan sepenuhnya networking.

    Tapi biasalah, ini baru kali kedua. InsyaAllah ada improvement dalam SBB2015 tahun depan. InsyaAllah saya akan cuba menghadirkan diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, SBB2014 dikatakan lebih baik daripada sebelumnya. In Sha Allah, tahun hadapan andai umur panjang, SBB2015 akan lebih meletup lagi.

      Delete
  15. Nasib baik team DH dah siap setting tempat duduk dan bukannya free seating , merasa jugak kenal dengan ramai rakan yang baru.Ingatan untuk kita semua agar lebih mesra sesama kita dan lepas nie aku nak pegi add FB semua peserta laa....

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. . Certain point HH mgenai bloggger lain tu mmg fakta. Zara xda pegi event tu tp zara mdgr crita blogger yg attend event. Mmg ada yg btukar meja sbb xkenal blogger lain yg semeja, sdikit sbyk point of view dlm entry ni myingkap ktidaksampaian misi dlm event tu. Xpa.. mybe next event bole mnambahbaik.

    ReplyDelete
  17. tahniah buat semua. sama ada penganjur dan blogger yang hadir ke SBB2014.
    moga SBB yg akan datang akan mengambil kira pandangan & penambaikan dari tahun2 sebelumnya..

    * teringin nak jumpa HH dan rakan blogger lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mencemburui kita untuk bertemu. Mungkin andai ada event lain, kita boleh bertemu. Jika tidak asbab hati kuat nak pergi, lagi dengan sokongan isteri ... tak pergi saya ke SBB2014 ni.

      Delete
  18. thanks kepada HH yang menulis entry ini. ada beberapa perkara yang di luar jangkaan juga seperti peserta sendiri menukar seat kerusi tanpa pengetahuan penganjur. Dan menyebabkan beberapa rakan kita berdiri di belakang dewan. Pelekat nama akan kita gantikan dengan button badge kosong nanti, kalau hangpa tak pakai nanti nak cucuk kat dahi. hahha

    Insha Allah, pihak penganjur sudah mengumpul beberapa input bagi mengemaskinikan majlis pada masa akan datang.

    volunteer? huk huk huk...

    ReplyDelete
  19. Saya pula,

    - sampai habis event sticker nama tu masih di dada walaupun tak 100% lekat
    - bisnes kad berbaki lagi 3 kotak, setiap kotak ada 100 keping kad
    - memang tak berselfie sebab phone hbis bateri so tumpang je kamera rakan blogger yang lain

    Best dapat kenal dengan bro, Mahaguru Blogger Malaysia :)

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah....satu event yang baik. Satu perkongsian idea penmbaikan yang baik untuk sesi SBB akan datang. Mungkin silap beberapa perkara ini boleh kita letak kan pada diri sendiri...perasaan malu mengatasi segala nya. Bagi pihak penganjur sekalung ucapan tahniah buat teamwork yang hebat, tanpa pihak tuan penganjur kita tidak berjaya di kumpulkan dalam majlis hebat ini.Mohon maaf pada tuan blog kerana sempat berbuah seketika saja...kerana kami ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

    ReplyDelete
  21. Semuanya benar belaka. Silap juga kepada diri ini krn xpandai nk berkomunikasi.
    Apapun, ini pengalaman prtama. Next time kita jumpa lg.
    Terima kasih sifu

    ReplyDelete
  22. walaupun tak dapat hadir tapi ada benarnya entry ini.[engalaman dari event tahun lepas

    ReplyDelete
  23. tuan usah berasa rendah diri...saya cukup kenal dengan nama blog hasrul hassan..kalau orangya memang belumlah..

    apa-apapun majlis seperti itu memang gempak jika diadakan dalam tempoh masa yang lebih lama..3 hari 2 malam..sambil berseminar..sekadar pandangan blogger picisan!

    ReplyDelete
  24. selamat berkenalan HH, saya antara orang yang rasanya ade kesemua ciri-ciri yang HH sebut tu.

    ReplyDelete
  25. Boni kacak rmai yang kenal rasanya. sebab BK sempat buat perembahan..huhu. Tahniah untuk mereka yang pergi. Terima kasih perkongsian ini HH. Saya tak pergi SBB ini. Ada hal yang tak dapat nak di elakkan. Untuk tahun akan datang kena baiki semua kesilapan ini insyallah.

    ReplyDelete
  26. bagus gak postmoterm mcm ni.. boleh digunakan untuk memperbaiki even akan dtg

    btw dr gmbr tu, nampak meriah sgt :)

    ReplyDelete
  27. kalau akak pun segan bila berada ramai2 macam ni..lidah jadi kelu tiba2...namun suka tgk korang semua ramai2 berkumpul macam ni..teringin gak ikut serta...namun apakan daya sbb duk jauh...tahniah buat semua yang hadir

    ReplyDelete
  28. Banyak blogger yang baru jumpe mase SBB ni......
    AJ pulak jenis hi sane sini.... Hehehehe....
    Tapi ade yang tak sempat nak hulur name card & bergambar.....
    Betul lain kali kene pakai something yang ade url blog, sebab kat alam nyata ni dah tau orang tu owner blog mane..
    Kalau blogger femes sure kenallah....
    Kalau blogger suam kuku cam AJ? Mesti orang duk cakap blogger mane la budak ni.... kan?

    ReplyDelete
  29. salam
    saya masih pakai lagi dah habis barulah di tanggalkan.btw tudung saya licin asyik betulkan sahaja. jawabnya kena buat pengenalan diri sendiri tak boleh juga nak harapkn orang lain.

    saya sempat lari ke dua buah meja. serius meja saya pendiam orangnya majurlah saya jenis tak reti dok diam barulah gamat sikit kalau tak dari mula hingga awal diam jelah.

    ada juga ambil gmabar kat meja saya tapi sampai sekarang tercari-cari mana pic itu sebab rata-rata blogger meja 10 itu blogger yang saya tak kenal.btw bila usik barulah ok.

    setuju banyak perlu kita baiki nak buat pertama kalu hadir sbb moga ia akan jadi titik tolak untuk kita ubah di masa akan datang.

    ReplyDelete
  30. Setuju dgn entry ni. Tag nama hijau tu memang tak berapa sesuai sbb tak melekat. Smoga kelemahan dapat diperbaiki utk event yg akan datang.

    ReplyDelete
  31. mia tercari2 HH tapi tak jumpa... huhuhuh nak majuk macam ni...

    ReplyDelete
  32. Setuju dengan semua kata2 HH.

    Saya tahu saya pun banyak kesilapan, tak pandai nak memulakan perbualan dan malu nak bergerak dari meja sb tak kenal orang. Last2 tak ramai yang saya kenal.

    Lepas ni kena belajar publik speaking so next event boleh bercakap banyak dan tak malu gan orang. Errr ada tak sesiapa yang boleh ajarkan..hehehe

    ReplyDelete
  33. semua salah saya...=( sbb pemalu sgt..tak dpt kenal kenalan baru..

    ReplyDelete
  34. macam acik first time datang SBB ini.. tapi ramai pula yang bertegur sapa , terkejut sebenarnya kerana ada kenal... yelah kita bukan blogger famous.. tapi paling kecewa apabila dapat tahu blogger hasrul hassan dekat dengan meja tapi tak bersapa dan tak ambil gambar.. sebab tak cam muka.. sedih betul

    ReplyDelete
  35. Dah jumpa tuan HH tapi jatanye kad dh abis. Tp xpelah, xde kad pun sy masih kenal jgk orv popular cam tuan HH ni. Hehehe, saya pun pemalu sungguh sebenarnya

    ReplyDelete
  36. So kalau ada lagi event macam ni next year (atau kalau dijadikan annual event) mungkin akan lebih besar, gempar, rapi, tersusun dan pendek kata GRAND... Mungkin akan ada juga bukan lagi BIG Sponsors, bahkan HUGE sponsors...
    Perkara yang dibincangkan dalam entri ni sangat bagus dan kritikal, yang mana saya pasti digemari oleh pensponsor-pensponsor...
    Denaihati memang hebat... en HH pelengkap kehebatan tersebut... and all sponsors are AWESOME...
    (sekadar luahan rasa ajer...)

    ReplyDelete
  37. setuju dgn entry nie walaupon tak join..:)

    ReplyDelete
  38. memang yeop sedar sejak persiapan sabtu lepas. apapun yeop dapat bertemu rakan-rakan blogger yang sangat spoting (sebab tu yeop gelak masa jumpa, perasan tak? boni kacak mesti perasan punya) berbanding event blog di perak.

    insya-Allah kita akan jumpa lagi :)

    ReplyDelete
  39. kesilapan yang diperbincangkan merupakan ilmu bagi saya dalam mempromosikan blog dan juga memberi sedikit sebanyak idea dalam dunia blog dan ape yang telah berlaku merupakan suatu yang perlu dialami dalam dunia blog..

    ReplyDelete
  40. mana2 blogger yang saya boleh cam muka saya selamba jer tegur... dapat juga kad dari HH.. hehe.. walaupun datang dengan pasangan tapi kami dapat meja berlainan.. tak kisah lah.. yang penting saya seronok dapat satu meja yang sangat sporting dan meriah.. :D

    ReplyDelete
  41. Sebenarnya teringin sangat2 nak join..Tapi bagi yang setaun jagung dalam macam ecah ni, rasa malu sangat2 plak..takot takde blogger yang tegur. ecah pulak tak pandai beramah mesra. =)

    ReplyDelete
  42. Assalammualaikum...bro HH,

    xper first impression yang baik... insaallah next event mungkin lebih meriah... amin

    mselim3

    ReplyDelete
  43. biasa la tue klo plan mcmana pun sure ada yg xkena gak last minit

    ReplyDelete
  44. Kesilapan untuk diperbetulkan. Kekurangan perlu penambahbaikan... Yang malu2 kenalah tebalkan muka beramah mesra. Sebab itu post mortem sebegini amat penting. Tahniah HH.
    Peserta dan penganjur perlu menerima segala pujian dan kritikan dengan hati yg terbuka. Semoga SBB2015 akan lebih meriah, gah dan memuaskan hati semua pihak.

    ReplyDelete
  45. Takde nak komen panjang selain mengaku ianya memang benar belaka. Saya juga byk buat silap sbb terlampau segan kot nak singgah meja2 lain...nak kena ubah sikit...

    apapun, nice advice bro! Mmg terbaik!

    p.s - satu keinginan utk tahun depan punya sesi (kalau ada), nak jadi volunteer utk sbb2015..insyaAllah....yeahhh

    ReplyDelete
  46. Baik sekali artikel ini. Membuat analisa kekurangan dan berazam untuk pembaikan merupakan ciri-ciri orang yang mahu berjaya. Insyaallah.

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum hh...yer la kalau ada blogger yg dah kenal mmg x kisah tapi yg belum tu kenalah memperkenalkan diri masing2kan...walaupun x pi sana tapi terasa juga bagaimana rasanya kemeriahannya...semoga segala yg hh perkatakan diatas akan diperbaiki bila ada event seterusnya nanti....majlis seperti ini adalah utk berkenalan sesama blogger tapi kalau ada blogger yg hanya nak bersama blogger yg dah dikenali mmg rasa kesian juga la kat blogger2 yg baru dan yg kurang dikenali...semoga penganjur,blogger2 yg hadir akan menerima teguran ini dan akan dpt memperbaiki bila majlis ini diadakan lagi nanti...

    ReplyDelete
  48. Sangat mengimpikan berada di situasi majlis sedemikian

    ReplyDelete
  49. rasanya kalau saya jadi penganjur, ini merupakan entry yang paling saya tunggu2 sebab pandangan tuan boleh diambil kira bagi menjalan aktiviti yang lebih baik pada masa akan datang...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  50. Nampak sangat jurangnya blogger popular dengan newbie mcm saya

    ReplyDelete
  51. kalau ikutkan acara macam ini lah peluang untuk kita sesama blogger berkenalan .. kita tak boleh nak harapkan blogger baru tergur kita terlebih dahulu dan blogger baru harapkan blogger lama tegur mereka dahulu .. di situ silap nya sbb bila keadaan itu berlaku maka kita akan berseronok dalam kelompok kita sahaja sedangkan kita blogger2 ni banyak kelompok tsendiri ...

    saya rasa semua orang nampak macam mana teruja nya saya dapat jumpa semua orang sampai ada yang tanya saya "tak penat ke berjalan" penat memang penat tapi akan rasa rugi bila lepas kan peluang yang ada depan mata .. bukan setakat rakan blogger je tp kena ambik kesempatan pada penaja utama juga ...

    p/s : panjang sangat nak tulis nanti saya sambung kat blog saya ye :)

    ReplyDelete
  52. Kawe first time dtg majlis tu. So banyak gak silap. Cuma tetap enjoy dan rasa bertuah dapat banyak informasi dan pengalaman berguna.

    ReplyDelete
  53. sedih sbb x dpt join, seat dah full. tp gigih gak dtg kejap kat sana. dapat la jugak jumpa beberapa org blogger yang tak pernah jumpa sblm ni.... next event kalau ada lagi kena cepat2 daftar la nampaknya... hehe

    ReplyDelete
  54. Setuju dengan entry ni sebabnya MJ pun antara yg melalui kesilapan2 trsebut.
    segan + malu + tak kenal ramai.. rasa sedikit janggal di aitu

    ReplyDelete
  55. Saya blogger baru yang masih banyak kena belajar dgn otai2. Cuba sedaya upaya terjah dr meja ke meja untuk beramah mesra namun ada yang kusyuk berborak dan berkenalan sesama mereka.

    Anyways.. good to know u bos n ols bloggers di sbb2014

    Kita jumpa lagi tahun hadapan dgn tshirt masing2 yg sempoi

    ReplyDelete
  56. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh ye ke? saya bukan orang kuat denaihati maa .. yeop khairil pun bukan ... ustazah tu pun bukan .. siapa ehh? rasanya tak ada kot ..

      Delete
    2. saper ek orang kuat denaihati yang menang cabutan bertuah?

      Delete
  57. tips yang baik untuk event2 blogger akan datang. Aku dapat kenal2 rakan semeja je haritu. huuu

    ReplyDelete
  58. kesilapan ini boleh diubaha untuk event akan datang..keterujaan terhadap sesuatu sampai kit alpa perkara penting

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement