Kolej Swasta Mahu Saman Blogger RM1 Juta
Kolej swasta mahu saman blogger tersebut sebanyak RM1 juta gara-gara satu artikel yang menjadi top di enjin carian Google. Artikel itu telah didakwa memberikan impak dan kesan negatif kepada kolej berkenaan. Ia menjadi perbincangan dan isu hangat sehingga ramai pengunjung blog tersebut telah memberikan input-input dan fakta berdasarkan pengalaman mereka berkaitan kolej tersebut.Kandungan Entri Blogger Luah Ketidakpuashatian
Untuk info, entri tersebut telah ditulis dan diterbitkan pada tahun 2012. Ia merupakan luahan peribadi pengalaman penulis dan adiknya berkenaan kolej tersebut. Jika disemak dan dibaca, didapati entri tersebut tidak merujuk pun pada kolej tersebut tetapi lebih kepada agen pencari pelajar untuk memasuki kolej tersebut.Entri tersebut juga menjadi antara perbincangan hangat di group-group blogger di Facebook. Ramai yang meluahkan simpati. Ramai juga memberikan jalan penyelesaian.
Ada Ambil Kesempatan
Bagi mengelakkan keadaan dan situasi lebih keruh berlaku, penulis blog tersebut telahpun memadamkan blogpost tersebut. Bukan disebabkan blogger tersebut takut atas ugutan, tetapi berasakan isu ini boleh ditanggani dengan lebih baik. Yang nyata, penulisan blogger tersebut di tahun 2012 telahpun membuka mata ramai pihak bahawa terdapatnya ketirisan dalam persekitaran pendidikan swasta di Malaysia. Ia bukti terdapat golongan yang cuba mengambil kesempatan atas ketidakupayaan mereka yang mahu mendapatkan tempat di institusi pendidikan tinggi di Malaysia.Pendapat saya mengenai tindakan kolej swasta tersebut yang mahu mengenakan tindakan saman ke atas blogger tersebut - ia agak keterlaluan, apatah lagi cara dan kaedah mereka gunakan untuk berhubung itu lebih kepada berbentuk ugutan. Ugutan menunjukkan anda bersalah!
Adalah lebih baik melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak jangkapanjang yang baik bagi melenyapkan calar balar reputasi yang telah terjadi.
Bukankah lebih baik seandainya pihak kolej tersebut bekerjasama dengan blogger tersebut untuk mengambil tindakan pada agen yang telah membuat onar sehingga terbitnya entri berkenaan? Pihak kolej perlu mencari punca sebenar dan bukan menjatuhkan hukum bahawa penulis cuba memburukkan imej kolej. Walhal yang memburukkan imej kolej tersebut ialah lelaki yang hanya dikenali sebagai Encik Z yang merupakan agen pengambilan pelajar di dalam entri tersebut.
Blogpost Telah Dipadam Tetapi Ianya Telah Terkesan di Ingatan
Blogpost dari penulis asal cerita telahpun dipadamkan, tetapi anda boleh merujuk sebuah entri yang telah disediakan oleh blogger +Azri Johan yang mengupas permasalahan ini dengan cukup baik sekali.Anda boleh baca di sini - Kolej XXX Ugut Saman Blogger RM1Juta
Anda juga boleh membaca beberapa blogpost yang ditulis oleh beberapa blogger berpengaruh berkaitan isu ini.
- Kes Kolej Nak Saman Blogger RM1 Juta - Encik Titan
- Blogger, Kolej dan Saman Sejuta - Akma Omar
- Kolej Saman Blogger RM1 Juta - Broframestone
Jika benarlah kolej swasta berkenaan rasa terkesan dengan apa yang telah ditulis, tak perlu nak saman sampai RM1 juta, RM 1 pun dah cukup bagi membuktikan bahawa segala apa yang ditulis itu adalah tidak benar - iaitu mencalar reputasi kolej tersebut. Itupun jika benar kolej itu bertindak semata mahu menidakkan apa yang berlaku bukan disebabkan oleh mereka.
Ingat blogger Malaysia ni kaya sangat ke nak disaman sampai banyak begitu?
Entri tersebut telahpun dipadamkan. Saya harap isu ini selesai.
Namun, harus diingat, walaupun entri telah dipadam, nama kolej tersebut dan tindakan mengugut blogger Malaysia sebegitu akan diingati sampai bila-bila. Dan percayalah, seandainya kolej tersebut di masa akan datang masih lagi tidak memperbaiki kelemahan yang ada, dan kejadian serupa masih lagi berlaku dan melibatkan seorang yang ada blog ... aha ... lu fikirlah sendiri ....
Akhir sekali, jangan ingat pihak itu sahaja boleh buat laporan itu dan ini dan menyaman sehingga RM1 juta; orang lain pun boleh buat jika bukti cukup untuk berbuat demikian.
Pasti, nama kolej ini di masa akan datang akan menjadi perhatian seluruh warga blogger Malaysia.
Pihak kolej sepatutnya mencari jalan penyelesaian yg lebih produktif dan komprehensif bukannya pasif....
ReplyDeleteKecewa juga dengan tindakan kolej tersebut tetapi tak pasti memang official atau agen yang menyamar sahaja
ReplyDeleteItula pasal, sepatutnya pendekatan lebih pro dibuat oleh kolej dan bukan dgn cara pintas nak saman blogger utk tutup kekurangan kolej.
Deletesemoga perbincangan secara diplomatik dapat dilaksanakan...
ReplyDeletepihak pengurusan kolej ni nampak tak profesional...senang je nak saman orang...bila baca blogpost asal...blogger tersebut cuma tak berpuas hati dengan cara En. Z tu...luahan...
ReplyDeleteEntry kedua terbaik bagi saya dlm kupasan isu saman 1 juta ini.... selepas entry kupasan dari azri johan... terima kasih tuan hasrul hassan.... terharu pulak saya...
ReplyDeletePeristiwa ni membuatkan saya lebih berhati-hati dalam menulis entry... dan semoga orang lain yg mengetahui kisah ni akan ingt akan perihal kolej tu...
Semoga selepas ni semua org berhati-hati... kesian kat student kalau diorang masih amalkan budaya PA yg tamak dan kurang sopan tuu...
Terima kasih Jaakecik ..:) semoga selepas ini menyedarkan blogger cara terbaik untuk menulis sesuatu berkaitan isu panas.
Deleteeiii takutnya....
ReplyDeletePadam bukan bermakna mengalah. Takpelah, dalam carian masih berlegar-legar cerita itu. Dibawa dari mulut ke mulut. Entah berapa generasi akan dibawa.. yang pasti, bawaan dari mulut ke mulut pasti lebih power.
ReplyDeleteBetul tu. Ia pasti akan diingati ... apatah lagi apabila ia mengaitkan saman ...
Deletecayalah!!! jom kita pi kolej lain...
ReplyDeletePi Kolej Denaihati ... :)
Deletetu menampakan kolej tu tak professional dalam bab pengurusan. kalau semua kes nak dibuat ugutan mmg tak aman la malaysia ni
ReplyDeleteKupasan yang baik dan jelas..
ReplyDeleteharap pihak kolej xxx dpt mmperbaiki kelemahan dalam sistem pengurusan/ambilan pelajar di situ
bukan salah kolej itu tapi salah ajen itu..sepatutnyer kolej berkenaan meminta maaf atas kelakuan ajen tersebut..
ReplyDeleteSecara tidak langsung ia berikan suatu topik / isu yang berguna kepada mengenai pengaruh penulisan seorang blogger
ReplyDeleteBetul tu .. nampak sudah ada kekuatan pada blogger apabila menulis sesuatu ....
DeleteMungkin sebagai satu peringatan bila menulis blog.
ReplyDeleteperggghhhh... panas terus....
ReplyDeleteAku rasa semuanya dah okay ni.
ReplyDeleteIkhlas,
profhariz.com
Kesiannya.. Sepatutnya kena perbaikkan apa yang tak baik.. Tak perlualah saman-saman.. Takder hati perut langsung
ReplyDeleteNi yang risau ni...kalau salah cerita kang..alih2 ada pihak lain yg nak saman menyaman kang...
ReplyDeleteMana r nak cari duit sampai satu juta tu... giler r
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.