Sejak akhir-akhir ini, tertimbul pula mengenai isu berkaitan kerisauan blogger berkongsi kisah anak-anak dalam blog. Al maklumlah, kehidupan sekarang bukan seperti dahulu. Zaman serba canggih ni dah ramai bijak pandai yang mahu ambil kesempatan. Jika bijak pandai itu dengan niat baik, mungkin tiada masalah. Tetapi, jangan lupa akan peristiwa-peristiwa yang telah gegarkan masyarakat tempatan. Menulis kisah anak dalam blog tidak salah tetapi mungkin perlu ada batas, dan beberapa perkara lain yang perlu diperhatikan.

Larangan Blogger Menulis Kisah Anak Dalam Blog

Saya nak tulis mengenai larangan blogger menulis kisah anak dalam blog dengan beberapa panduan tertentu. Anda boleh fikir dan ikhtiar mana yang boleh. Ini sekadar pendapat. Saya sendiri pun ada kala bercerita mengenai anak dalam blog, sebab keterujaan saya sebagai seorang bapa.
Panduan blogger menulis kisah anak dan kisah income blog

Aspek Butiran Keluarga

Pertama sekali, jika anda mahu menulis kisah keluarga, kisah anak-anak - perlu sekali anda lihatkan butiran penulisan itu. Elakkan daripada ianya menjadi terlalu 'lengkap' sehingga menjadikan anak-anak sebagai sasaran mereka yang ada niat tidak baik.

Perkara-perkara berikut kena ambil perhatian - tempat asuhan anak-anak, nama sebenar anak, nama timangan anak, alamat rumah, alamat sekolah, kesukaan anak. Apatah lagi andai anak itu masih lagi kecil dan mudah mesra dengan orang lain. Jika anda punyai kapasiti untuk mengawasi anak-anak anda, mungkin boleh diketepikan soal ini. Namun, adalah lebih baik berhati-hati daripada berlaku perkara tidak diingini.

Aspek Butiran Income

Kedua. Elakan menulis dan memperlihatkan sesuatu yang boleh menjadi agen kepada masalah itu berlaku. Contohnya, anda tunjuk income ribu-ribu di blog. Sampai ada entri anda tulis dengan tajuk "Saya jana income 5 angka dengan berblog" ... Tidakkah itu akan menjadi agen penyebab masalah terutama jenayah? Apatah lagi jika ada insan-insan yang terdesak cuba ambil kesempatan?

Soal wang jangan main-main. Berapalah sangat BR1M yang diberikan oleh kerajaan pada mereka yang dalam kesempitan? Ohh bukan saya nak perlekeh mereka yang dapat bantuan BR1M kerana ibu saya sendiri menerima BR1M. Nota saya, ia mungkin menyumbang kepada perlakuan jenayah.

Isu ini hanya tertakluk pada blogger-blogger yang ada keluarga. Jika bujang, mungkin entri ini tak dihadam untuk jadi ingatan.

Bagaimana Parenting Blogger?

Ok. Perkara pertama boleh dibuat tanpa masalah, asalkan perkara kedua tidak dibuat - jangan memperlihatkan akan 'kemewahan' dan pendapatan anda. Pilih salah satu, tapi dalam keadaan terbatas.

Dan untuk perkara kedua juga boleh dibuat, asalkan anda tidak memberikan butiran diri terlalu lengkap mengenai diri apatah lagi mengenai keluarga. Nak letak gambar anda mandi duit ke, tidor dengan duit ke ... dipersilakan ..... namun, segera diingatkan, ada kemungkinan mereka yang cuba ambil kesempatan akan gunakan segala sumber untuk menjerat anda ke dalam kancah jenayah.

Ini sekadar pandangan, saya sendiri kadangkala lalai akan perspektif ini.

Elok berhati-hati.

Pendapat anda?

25 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. baru tulis pasal Ash ni, heee, tapi biasanya general jer lah...tak ada lah terlalu dalam dan detailss... despite, saya tak suka cerita hal personal secara keterlaluan dan isi luar dalam rumah tangga habis semua nak dijaja... thanks for reminding dan teguran abang HH...

    ReplyDelete
  2. ye, bab anak ini mama memang pandang serius.. takut terjadi bukan-bukan...

    ReplyDelete
  3. blog sy pn biasa berkisar psl anak..tp xde cete details..just tulis peel2 dia, perkembangan dia..gtu je..hehehe..mtk jauh la kan?

    ReplyDelete
  4. satu ingatan yang terbaik..sama juga dengan FB lagi mudah berbanding blog..
    maklumat dalam blog boleh diperolehi dengan mudah melalui FB juga

    ReplyDelete
  5. ye betul tu,penjenayah zaman sekarang ni semakin bijak.ramai di antara mereka aktif di media sosial.berhati-hati untuk berkongsi segala hal mengenai kebahagiaan bersama keluarga di blog.

    ReplyDelete
  6. kalau nak kongsi pun,berpada pada..jangan terlalu kerap.

    ReplyDelete
  7. saya pernah diculik tahun 2008..lepas kejadian tu sy lebih berhati2..kalau boleh tak nak ape yg berlaku dulu berlaku pada anak sy pula.. Hidup di tengah-tengah bandar ni macam-macam orang n macam macam ragam. Tak boleh cuai tentang aspek keselamatan anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ecah ada pengalaman diculik?... ada cerita kat blog?

      Delete
    2. sorry lmbat baca..ade..tengok dekat entry lama2..

      Delete
  8. terpanggil utk baca entri ni, sbb selalu jgk tulis psl ank. tp normally scra general je sekadar kenangan nnti..apapun terima kasih boleh jdkan sbgai pnduan..

    ReplyDelete
  9. yup, setuju. dulu org slalu update kat FB. segala aktiviti now kat blog ibarat diary.
    tapi untuk keselamatan better jgn dedahkan tempat, tarikh, full name dan maklumat peribadi. berkongsi cerita dan pengalaman tak salah =)

    ReplyDelete
  10. Nak share pun general shj..jangan terlalu detail..

    ReplyDelete
  11. berhati-hati dalam penulisan mengenai anak...reminder untuk diri sendiri jugak.....

    ReplyDelete
  12. Sebab tu saya tak suka dedah siapa anak2 saya.. waima di FB saya payah nak upload gambar2 kami sekeluarga. banyangkan kadar dan peratusan anak hilang skrg ni. Punca salah satu ialah kenal di FB.. dan ada anak2 ni punya Blog peribadi dan upload gambar yg pelbagai aksi... ini titik tolak berlaku gejala sosial, penculikan, pemerdaganan, penyeludupan dadah dan sebagainya... parents kena pantau lebih. kalau nak cerita pasal anak, general pun memadai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut dengan situasi yang berlaku sekarang. Jenayah mudah berlaku. Bukan sebab PDRM tak buat apa2 tetapi kerana masyarakat kita sudah semakin berani dan mudah terjebak.

      Delete
  13. Saya selalu kogsi cerita anak2 tetapi terhad.

    ReplyDelete
  14. hmm ok jer suka gak baca pasal qalif anak bro ben

    ReplyDelete
  15. Saya rasa... saudara HH mempunyai point-point yang menarik dan memang boleh dijadikan panduan memandangkan kejadian-kejadian jenayah seperti penculikan kanak-kanak yang luar biasa semenjak dua menjak ni... dalam berblog tentang anak-anak boleh terperinci tentang gelagat dan kelakuan mereka sebagai kenangan atau perkongsian menarik, dan berhati-hati jangan sampai mendedahkan maklumat yang boleh dijadikan peluang oleh penjenayah :D
    Sambil tu, sebelum tulis, baca bismillah, niat elok-elok dan doa kepada Allah Taala supaya dalam perlindunganNya... InsyaAllah.. dijauhkan Allah dari sebarang bahaya... :)

    ReplyDelete
  16. Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

    Mohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  17. Jangankn pasal anak..even suami isteri bdua pun mcm zara ni, zara xkongsi cerita sgt dlm blog.. cerita jg tp xlgkap . Sngaja buat mcm tu.. sb suami slalu kluar outstation. .zara slalu sorg kat ruma. Kena hati2 ..Jan tlalu letak detail dlm blog.. bahaya.

    ReplyDelete
  18. sudah beberapa tahun ni aku jarang menulis pasal anak di blog. sesekali sahaja.. begitu juga dengan income dari blog. kena "simpan"

    ReplyDelete
  19. Mmg kena berhati2 dlm bab ni.. t kasih atas peringatan HH..

    ReplyDelete
  20. Boleh je Zana .. blog saya tiada masalah untuk copy paste ....

    ReplyDelete
  21. Risau jugak, ada jugak kongsi gambar2 anak dan cerita dia tapi tak lah terlalu terperinci. Hurmm lps ni kena berhati-hati..terima kasih atas peringatan ini..:)

    ReplyDelete
  22. banyak cerita pasal anak.. tapi tak detail seperti perkara-perkara yg dinyatakan kat atas

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement