Produk ini makin dikenali apabila satu entri yang telah dibuat oleh rakan blogger ini - Pepero Tiada Sijil Halal yang kemudiannya dipanjangkan kepada seorang rakan blogger ini - Status Halal Coklat Pepero - Jawapan Balas dari Haji Ismail Group Langkawi yang cuba mencari pencerahan akan status sah halal produk Lotte Pepero yang menjadi kegemaran ramai.... termasuklah saya .... :)
Ramai yang telah memberikan pendapat dan pandangan mereka mengenai produk coklat Pepero ini di entri saya yang telah ditulis di sini - Lotte Pepero Tiada Status Sah Halal
Kandungan Lotte Pepero Tidak Guna Sumber Haiwan - Halal Korea
Mengapa produk ini menjadi persoalan mengenai isu dan soal status halal (pensijilan)?
- Ia merupakan produk import dari Korea yang bukan sebuah negara yang majoritinya Islam.
- Tiada bukti sahih dari segi perundangan - iaitu pensijilan yang mengatakan ia produk yang halal, baik dari segi pembuatan, bahan-bahan, pengilangan dan sebagainya dari mana-mana badan yang diiktiraf.
Atas kehendak ramai, pihak admin sebuah facebook page yakni Halal Korea telah melakukan usaha untuk pencerahan mengenai status halal produk Lotte Pepero ini. Saya kongsikan kepada anda semua, status wall yang telah dikemaskini oleh pihak page Halal Korea.
Perbualan Telefon antara Pihak Halal Korea dengan Lotte
Dan berikut adalah 'rakaman' perbualan yang telah direkodkan dalam panggilan telefon kali kedua yang telah dikongsikan oleh Halal Korea di Facebook.Perbualan itu boleh anda dengar di sini, ia dirakam dalam bahasa Korea, dan mutu suara agak kurang baik - https://www.dropbox.com/s/uh8m6j2bscq3p62/-1311213019
Dan berikutan masih ramai yang seolah ragu-ragu, ini jawapan yang diberikan oleh Halal Korea.
Halal Korea - as there is hard to get hala certts here in korea, a lot of things are only can be confirmed based on its ingredients. It depends on us to eat or not. If we confident then eat. if we are not confident it is syubhah and syubhah is nearer to haram and better dont eat it. as in other country like malaysia, there are plenty other things that have halal certificate from jakim. so if we dont eat pepero there are still millions of choices.
Halal Korea Bismillahirrahmanirrahim. We check the ingridients as we are the minoriti in non muslim country where there are a few rukhsah (kelonggaran). We refer the halal haram book by Yusof Qardawi. Advise to the Muslim at Malaysia, the choice is up to you. Doesnt mean no halal cop, it is haram. What the best is your confidency(keyakinan) on the food. About lab tested, we are very pleasure if we can ask to do it. Waahualam.
Entri Ditulis Untuk Keyakinan Diri Mengenai Status Halal Pepero
Yang lain-lain tu anda boleh baca dan fahami sendiri. Nanti, silap tulis di sini, anda marahkan saya pula. Jangan silap faham, saya berkongsi informasi ini adalah untuk memberikan keyakinan pada diri saya juga, memandangkan saya juga penggemar biskut coklat ini.Maafkan saya andai ramai yang kurang gemar dengan apa yang saya tulis. Saya tak salahkan sesiapapun dalam hal ini.
Mungkin ada yang nak tahu lebih lagi? Nak tambah input? Boleh hubungi pihak Korea Halal Association (KHA):
ASEAN REGION
1806 Garden Tower B/D Bean- Dong Gangbuk -Gu ,Seoul Korea
Contact : Mr. Kim Jin Woo
Email : jsglobal@nate.com | info@koreahalal.org
KOREA OFFICE,SEOUL
Contact : Mr. GEORGE KIM
Mobile : +82-10-5235-8474
+82-70-7517-1548
+82-70-7642-8472
+82-70-7516-1548
+82-2-999-1548
Email : halalkim@gmail.com
Halal Cerfitication & Halal ISO
Contact : Mr Lee
Mobile : +82-10-6211-1993 할랄 인증
Walaupun begitu, daripada JAKIM, dah sedia maklum memang pihak mereka telah menyediakan jawapan, sila rujuk entri-entri sebelum ini dan entri rakan blogger yang telah saya sediakan di awal blog post ini.
Update: Kenyataan JAKIM Mengenai Isu Halal Haram Lotte Pepero (3 April 2014)
Terbitan ini adalah untuk rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia, dan mungkin tidak terpakai jika anda tinggal dan bermastautin di Korea. Pilihan tetap anda, hanya kita yang mahu mencari yang mudah soal halal dan haram ini....termasuklah diri saya sendiri.
Apa yang dikatakan JAKIM menjadi panduan saya sekeluarga, selagi tiada pengesahan sah sijil halal yang diperakui, eloklah dielakkan, kerana ia telah membawa kepada keraguan. Melainkan anda sebagai pengguna telah yakin, maka silalah beli dan makan semahunya.
TERIMA KASIH
ReplyDeleterefer JAKIM yang terbaik kan abang HH?
ReplyDeleteItulah yang sebaiknya. Kita ada badan yang memantau. Nanti kalau kita tak rujuk, last sekali kita gak yang bising derang tak buat kerja. Maka bila mereka buat kerja, hargailah sepatutnya.
DeleteTK atas pencerahan ini... I like pepero much.. :)
ReplyDeleteSaya pun suka, tapi sekarang for sure saya dah berhenti dari suka.
Deletehaaa boleh lah beli pepero lepas neh hehehe
ReplyDeleteJika Azney yakin ia Halal, bolehlah beli ... tanpa ada rasa keraguan.
Deletememang dah femes dah snek nie
ReplyDeleteTerjawab sudah...boleh makan dengan senang hati :-)
ReplyDeletesha xpernah mkn, tp teringin makan..namun bila dpt tau ni, elakkan dlu, nnt bila da confirm baru mkn, so abg nak sponsor x hahaha
ReplyDeleteBaru makan minggu lepas sbb kwn yg baru ke langkawi bagi.
ReplyDeleteSubahanAllah, walau pihak Lotte kata ingredients dr bhn tumbuhan..tanye la diri kita, kenapa mereka xapply Halal Status from HALAL KOREA...adakah sbb kilang mereka mengilangkan makanan HARAM spt PIGGYBAR from Lotte tu..be careful dearest friends...inilah SHUBHAH aka HARAM bg umat islam...wallahua'lam...
ReplyDeletekalau dah kilang jual barang haram.. produk lain mesti haram punya.. contoh kalau masak ayam dari kuali yang sama yang masak babi.
ReplyDeletethnkz 4 share.xpernah mkn pepero tp rmai benar yg suke
ReplyDeletekalau gula-gula mcm ECLIPSE & MINTS tu mcm mne plak ?
ReplyDeleteMalaysia ada badan halalnya sendiri. Tuan boleh tanya di sana. Terima kasih.
DeleteNew comments are not allowed.