Apakah status halal Pepero - biskut kegemaran ramai pembeli Islam di Langkawi? Saya fikir mesti ramai penggemar biskut Lotte Pepero ini. Ia jadi satu fenomena pula apabila ramai yang menggemari biskut celup coklat ini. Biskut Pepero ini kalau tidak silap saya merupakan biskut trademark negara Korea Selatan. Ada sejarah tersendiri. Bab tu anda boleh Google sendiri. Persoalan tiba-tiba timbul apabila jika dibelek pada kotak Lotte Pepero, tiada status sah halal dipaparkan.

Sedia maklum, Lotte Pepero merupakan biskut berperisa coklat yang diimport dari Korea. Ia juga menjadi antara coklat popular yang dijual di pulau bebas cukai Langkawi. Setiap pelancong tempatan yang pergi ke Langkawi, pasti akan borong coklat Pepero ini.

Lotte Pepero Tiada Status Sah Halal

Lotte Pepero Tiada Status Sah Halal

Coklat Pepero Terkenal di Langkawi

Saya sebelum ini ke Langkawi, dan dapati ramai betul penggemar Pepero. Ada yang memborongnya berkotak-kotak. Isteri saya sendiri membeli beberapa paket untuk dirasa pertama kali. Untuk makluman, ketika itu kami tidak pun terdetik untuk meneliti samada coklat Pepero itu ada tanda sah halal atau tidak. Selalunya kami akan periksa.


Mungkin disebabkan terkena pujukan dan melihatkan adik ipar juga membeli biskut tersebut yang dipesan ramai oleh rakan mereka di Putrajaya, maka kami beli beberapa kotak kecil warna hijau Pepero Almond.

Hati Terdetik Untuk Periksa Kandungan

Entah macamana, setelah balik dari Langkawi, isteri saya memeriksa kotak Pepero, dan mendapati ada bahan-bahan kandungan pembuatannya yang meragukan. Bahan-bahan tersebut adalah Whey Powder, Glycerin, Sodium Prostate dan Shortening. Bahan-bahan ini memang terkenal terhasil dari sumber haiwan, walaupun sumber dari tumbuhan wujud. Namun, disebabkan tiada pengesahan tersebut, jadi ia menjadi bahan yang meragukan.

Lalu, setelah isteri menzahirkan bahawa biskut coklat Pepero itu meragukan akan status halalnya, saya pun melakukan beberapa carian fakta. Adakah benar ia tiada tanda pengesahan halal?

Letto Pepero Almond Tidak Halal - KHA

Lotte Pepero Tiada Status Sah Halal
Di atas merupakan status yang dikongsikan menerusi fanpage Sahabat Halal. Lihat tarikh, iaitu 26 Februari 2014, ini bermakna pengirim tersebut masih baru sahaja berhubungan dengan badan halal di Korea iaitu Korea Halal Association.

Status di atas saya kongsikan di wall facebook dan mendapat perhatian rakan blogger Shakiddo.com. Saya menyatakan bahawa dalam direktori halal Jakim, tiada dinyatakan bahawa biskut dan coklat keluaran Lotte mempunyai sijil sah halal. Yang ada cumalah sijil halal untuk satu jenama coklat lain (bukan Pepero) yang telah dipohon oleh Hersey.

Jadi bagaimana? Lotte Pepero tiada status sah halal diperkuatkan lagi, apabila rakan blogger Shakiddo.com membuat pertanyaan kepada Jakim dan telah diterbitkan dalam satu entri ringkas - Pepero Tiada Sijil Halal
Tiada status halal pada Lotte Pepero - Jakim
Walaupun begitu, ada blogger terkenal yang menyatakan bahawa coklat Pepero Almond adalah halal, berikut adalah perkongsian dari Sahabat Halal yang sempat saya ambil sebagai rujukan.

Ok, dari satu sudut memang ada benarnya, tetapi dari satu sudut pula ada kekaburan. Apatah lagi apabila disahkan sendiri oleh blogger ini bahawa syarikat Lotte sering tukar-tukar bahan kandungan. Lagi telah disahkan juga bahawa Pepero tidak ada sijil sah halal daripada badan Halal Korea sendiri iaitu samada Korea Muslim Federation (KMF) dan Korea Halal Association (KHA). Jakim Malaysia memang tak boleh keluarkan sijil halal memandangkan ia produk import, tetapi Jakim mengesahkan bahawa produk Lotte Pepero tidak disahkan halal oleh mana-mana badan pensijilan halal antarabangsa.

Tips Mengenali Bahan Tidak Halal Menggunakan Bahasa Korea

Nak selidik? Mungkin butiran di bawah boleh bantu anda untuk ketahui samada produk dari Korea boleh dimakan atau tidak. Panduan ini adalah panduan asas yang saya ambil dari Facebook Halal Korea. Semoga bermanfaat, in Sha Allah.
Saya sudah maklumkan kepada anda dengan daya yang saya ada. Sekarang pilihan di tangan anda. Jangan silap memilih.

Bagi mereka yang dah telan berkotak-kotak Letto Pepero dalam perut seperti saya dan keluarga, tak perlulah susah payah nak pergi sertu perut tu. Mohonlah keampunan dari Allah akibat kelalaian kita. In Sha Allah, Allah Maha Pengampun.

Harapnya blog post ringkas ini dapat memberikan sedikit panduan terutama berkaitan status halal coklat yang makin digemari ramai ini - Lotte Pepero, yang nyata tiada sebarang sijil pengesahan halal. Dari tertanya-tanya, baiklah kita hindarkan.

In Sha Allah.

Update Status Halal Lotte Pepero

Update 25 Mac 2014, perkongsian dari rakan blogger Eyriqazz.com
Baca - Jawapan Balas Haji Ismail Group Langkawin Mengenai Status Halal Pepero
Status Halal Lotte Pepero -  Jawapan Haji Ismail Group Langkawi

--------
Update terbaru (27 Mac 2014) - Pihak pengeluar biskut coklat ini dakwa kandungan dalam Pepero yang dieksport adalah dari sumber tumbuhan, dan bebas dari sumber haiwan yang diragui akan status halalnya. Anda boleh baca di sini - Lotte Pepero Guna Sumber Tumbuhan - Halal Korea

--------
Update terbaru (22 April 2014) - Sebuah pasaraya terkemuka meletakkan produk ini di bahagian non-Halal.
Lotte Pepero Non Halal


p.s: Pepero ni memang sedap, tetapi sedap tidak semestinya halal dihadam oleh umat Islam. 
p.s.s: Blog post ini bukan nak menjatuhkan perniagaan orang Islam, tetapi sebagai ingatan mengenai tanggungjawab yang serius perlu dipikul apabila membawa masuk produk yang boleh meragukan akan status halalnya.


58 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Baru sekali mkn tu pun org bagi
    Was2 jgn mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Saya dan famili terus tak makan lepas wife saya cakap gitu.

      Delete
  2. thanks 4 the info bro HH. sangat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Mana yang boleh kita bantu, kita bantulah atas daya kita.

      Delete
  3. boleh dimakan sesuatu makanan tu bukan diukur setakat halal dan haramnya, tapi jika ia terbukti syubhah maka kita jga digalakkan untuk mengelak dari memakannya. Thanks for the info bro :)

    ReplyDelete
  4. Siap call syarikat utk confirmkan. Syarikat bukan kerja dijabatan agama islam. Macam² orang ada sekarang ni. Thanks for sharing, selamat tak berminat makanan dari luar. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak halang mereka yang kadangkala kerana sangat sukakan sesuatu, dia tak dapat berfikir dengan baik.

      Delete
  5. good info!
    http://eykabaha.blogspot.com/ ;)

    ReplyDelete
  6. adoii baru nak kirim kat staff opis beli naseb baik baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heh ... bukan Azney sahaja... saya pun ... sib baik tak teruskan niat.

      Delete
  7. Allahuakbar..baru dpt smlm dr kwn pjbt..msh elok ats meja ni..x sgka..huhuhu mujur terbaca artikel ni harini..jd kna la bg pepero ni pd kwn pjbt cina je..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp mcm prnh mkn gak sblm ni..sbb msa trip ke Korea dlu, seingatnye prnh beli.. :'(

      Delete
    2. Produk ni memanglah popular di sana, malah ia merupakan trademark dan biskut tradisi sehingga ada hari PEPERO.

      Delete
  8. Yang sah halal, kita makan. Yang dok was-was.. kita elakkan lah.. kannn..

    ReplyDelete
  9. baru tahu psl ni.. nsb baik first masa kakak sy bwa balik rumah coklat ni, makan sikit je sbb tak berapa suka.. lepas ni boleh la suruh kakak sy stop beli pepero..

    ReplyDelete
  10. kalau boleh elakkan dari makanan was-was macam ni

    ReplyDelete
  11. saya ada makan atas pemberian uncle .. time tu tak tahu halal ke idok ..lepas ni kena elakkan lah sebab dah tahu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai orang Islam kita perlu cermat dengan produk yang kita makan, apatah lagi ia merupakan produk dari sebuah negara yang rata-rata bukan Islam.

      Delete
  12. semestinya tiada tanda halal memang tak sentuh....dah diingatkan pada anak-anak jua....memang nampak sedap....

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Setakat entri ini ditulis .. belum ada lagilah.

      Delete
  14. link blog eriqazz tu rosak..adjust balik..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dah diperbetulkan tuan, terima kasih kerana sudi tegur ...

      Delete
  15. Thanks kerana berkongsi info. Padat dgn isi, fakta & pro & kontra. Saya sendiri berasa was-was.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Adalah menjadi perhatian saya untuk menulis sesuatu yang boleh dihadam oleh orang lain.

      Delete
  16. kita kat malaysia..ada pilihan..tak mati kalau tak makan coklat tu..

    ReplyDelete
  17. ...cuma sedikit keraguan dr Korea Halal federation. Jawapan diberi oleh Director @ pengarah bukan? cumanya keraguan saya apabila email beliau cuma dijawab dgn gmail & bukan email rasmi syarikat @ jabatan.

    Mmg pd sesetengah syarikat ianya biasa, tetapi agak luar biasa juga bg seseorang berpengaruh didalam syarikatnya sekadar memakai gmail bg menjawab persoalan berikut kerana dikhuatiri bukanlah dijawab oleh pihak yg sepatutnya.

    Selain status halal pepero yg menjadi tanda tanya, email drp Pengarah Korea Halal Assoc ini juga boleh diragui .

    Pandangan saya lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KFA adalah sebuah organisasi NGO ...dan ia baru ditubuhkan. Saya tiada masalah mengenai alamat email, walhal saya sendiri terima email yang dari gmail dari pihak Lazada, Zalora, syarikat pengikalan antarabangsa dan beberapa persatuan NGO di Malaysia ini.

      Mungkin ada betulnya, tetapi boleh je sekali lagi diberikan usaha untuk email bertanya .. sudah ada email diberikan.

      Delete
    2. Jika puan rujuk kat laman web mereka ... ada bahagian contact, dan boleh lihat di situ ..

      ASEAN REGION
      1806 Garden Tower B/D Bean- Dong Gangbuk -Gu ,Seoul Korea
      Contact : Mr. Kim Jin Woo
      Email : jsglobal@nate.com | info@koreahalal.org

      KOREA OFFICE,SEOUL
      Contact : Mr. GEORGE KIM
      Mobile : +82-10-5235-8474
      +82-70-7517-1548
      +82-70-7642-8472
      +82-70-7516-1548
      +82-2-999-1548
      Email : halalkim@gmail.com

      Email yang diberikan adalah dalam GMAIL. Harapnya membantu.

      Delete
  18. Klu x halal knp haji ismail jual..dia org apa?? Haji kot bro hh..baik bro selidik sdlm dlm nya isu halal haram ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk entri ini - http://www.hasrulhassan.com/2014/03/lotte-pepero-tidak-halal-bukan-niat.html

      Delete
    2. JAKIM sendiri kata tiada pengesahan halal .... takkan la saya nak memandai, berkaitan Haji Ismail Group pula, adalah menjadi tanggungjawab dia dan bukan saya untuk buktikan ia halal kerana dia yang menjual.

      Tambah lagi, menjadi satu kekecewaan pada saya, apabila pihak tersebut ambil mudah, dengan menjual sesuatu yang masih dalam proses untuk pensijilan .... jika Haji sekalipun, kalau beliau tiada ilmu khusus mengenai bahan2 yang ada dalam Pepero tu, maka keyakinan itu boleh dipersoalkan.

      Delete
  19. kalau tak silap rennet tu memang dari babi..sah le haram bukan syubhah lagi dah..sy pernah bc tp lupa kat mana,pasai rennet tu..

    ReplyDelete
  20. kalau selain dari almond x halal bermakna diragui jugak tu.. yg almond tu guna mesin asing dr perisa yg lain2 ke ek ?

    ReplyDelete
  21. Tuan, ada info halal oatchoco chocolate tak? Halal tak produk Ni?

    ReplyDelete
  22. hari tu pergi AEON Kulai, Johor dan coklat ni diletak kat bahagian NON HALAL...
    tak sure lah pulak kat AEON tempat lain...
    ingat nak amek gambar tapi adaa pekerja dia plak kat situ, jadi terpaksa batalkan hajat...

    ReplyDelete
  23. Sya tnya benda ni halal ke x kat fb sbb sy tgk org post...pas 2 ada la hamba allah ni..dia blh ckp sy budus...mksudnya bodoh la x ikut perkembangn...bahawa benda 2 halal....islam2....benda yg haram x blh di halalkn....tq 4 info...blh sy bgtau dia balik..

    ReplyDelete
  24. Piggy Bar ada daging khinzir? Sempitnya otak orang kita ni. Fitnah je. Selidik la dulu! Google sikit dah jumpa info:

    One of Korea’s most original ice-bars. Called the Piggy bar because of its greedy contents – covered by 5 million crunchy, crispy chocolate cookie coating, inside is soft vanilla ice cream which is also covering the delicious center which is strawberry jam. Since 2010 the pig character was added to the current packaging.

    Adakah sebab nama ada sebut pig dan ada gambar khinzir jadi haram? Ni lah pemikiran yang sesat lagi menyesatkan. Halal dan haram adalah hukum dari Allah, tak semestinya takde sijil halal semua benda jadi haram. Kalau musyikil tu, elakkan je, senang cerita. Tapi jangan sebarkan info salah. Ini menunjukkan kebohdohan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tambah reply sebelum kena blast, kat website Jakim memang dah sebut Pepero ni takde sijil halal. So, terpulang pada korang nak makan ke tanak.

      Isu aku atas tu adalah sebab author ni buat statement Piggy Bar ada daging khinzir. Reducing his credibility.

      Delete
    2. Mohon rujuk pada isi kandungan ais krim berkenaan, dikhuatiri menggunakan sumber lemak haiwan.

      Delete
    3. Saya memang tak ada kredibiliti ....kerana itulah diletakkan sumber2 yang boleh dipertikaikan termasuklah ais krim piggybar ini. Tentu ada sebab mengapa menggunakan logo babi sebagai daya penarik ais krim tersebut.

      Ia membuatkan kita berasa sangsi ... tambah lagi bila tiada sah halal. Jika piggybar itu jenama aiskrim yang ada status sah halal, mungkin saya tak letak pun kisah mengenai PiggyBar ...

      Ais krim juga mengandungi lemak haiwan .... kena ingat tu.

      Delete
  25. alahaii br dpt dr sedara blk dr langkawi....mjr x mkn lgi sbb seblom ni ade terbc kat fb kecoh benda ni x halal...terus surf internet cr info mengenai produk ni.....alhamdulillah ade dan alhamdulillah x mkn lgi huhuhu....tq for sharing the info

    ReplyDelete
  26. Bro2 sekalian...go research pasal lotte company dulu la sblum nk ckp halal...lotte group ada byk...lotte confectionary...lotte food and etc...go research pasal lotte food co ltd tu....meat processing company...

    ReplyDelete
  27. https://www.lotte.co.kr/eng/02_bussiness/food6.jsp

    ReplyDelete
  28. Semasa berada di Langkawi pada 21 hingga 23 Mei 2014 yang lalu, HIG masih jual...mungkin kerana JAKIM tidak membuat pengesahan lanjut. Kedai RAM Langkawi pun masih jual...memang susah apabila produk yang "grey area" nie....dengan kes terbaru produk Cadburry Hazel n Almond yang disahkan haram kerana dikesan kromosom DNA khinziri. Astaghfirullah....sesungguhnya memang kita perlu muhasabah diri kita dan berubah kepada yang lebih baik.
    Terima kasih atas bual minda dan hati ini. Semoga kehidupan tuan sekeluarga dirahmati dan diberkati atas perkongsian maklumat ini.
    InsyaaAllah...semoga kita semua dilindungi dan dipelihara Allah....astaghfirullah....

    ReplyDelete
  29. bagus informasi dan kajian pd pepero ni. moga ramai lg org2 islam yg concern terhadap halal haram makanan serta minuman

    ReplyDelete
  30. sifu, saya backlink sini entri saya. wa... entri ni duduk di 1st page google tu... keyword saya search, pepero

    ReplyDelete
  31. Assalamalaikum. Saya minta izin share di blog saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  32. salam en HH,
    boleh bantu saya untuk mengetahu status coklat daim...halal atau sebalikya

    terima ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok refer pada pihak yang berwajib. Jakim boleh ditanya .. dan in Sha Allah, anda akan dapat jawapan yang anda mahukan.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement