Amaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Berkaitan Isu Kehilangan MH370
Blogger Malaysia Perlu Peka dan Sensitif
Bagi saya, sebagai seorang penulis blog, seawal mula lagi sudah faham akan situasi ini. Kehilangan MH370 memang satu misteri, lalu membuatkan orang lain terutama yang kononnya tahu membuat pelbagai andaian dan spekulasi yang kurang berasas. Elakkan babitkan diri dalam perkara yang boleh menyakiti dan mengguris hati orang lain. Tindakan yang sebegini tidak beri apa-apa kebaikan pun.Jika benarlah anda sebagai seorang pengkaji fakta, dan mungkin ada maklumat kukuh mengenai kehilangan MH370, mengapa tidak tampil ke hadapan berhubung dengan pihak berkuasa untuk jalankan siasatan? Itupun jika benar-benar anda tahu dan mahu ikhlas jujur membantu.
Mahu buat spekulasi? Ok, berikan bukti yang boleh dipercayai dan credible. Buang segala assumption, dan elakkan guna perkataan 'kalau'. Elakkan memberikan harapan palsu kepada mereka yang terlibat.
Kerana Spekulasi, Pembaziran Sumber Berlaku
Bukan sedikit negara, agensi, orang perseorangan yang terlibat dalam misi mencari MH370 ini. Bayangkan seandainya apa yang anda tulis mempengaruhi siasatan dan pencarian mereka. Bila siasat .... tiada bukti yang sah untuk memberikan kesahihan kepada apa yang anda telah sebarkan. Rugi masa, rugi tenaga, rugi wang ringgit. Anda pula senyum sengih bagai ia tiada kena mengena dengan diri anda.Bertanggungjawablah dengan apa yang anda mahu tulis dalam blog. Seperti saya pernah kata, tulis apa yang anda tahu, tulis perkara yang anda pakar sahaja. Jika tak tahu, baik diam dari menjadi mulut murai yang berak merata-rata. Elakkan diri dari terjebak kepada sesuatu yang akhirnya nanti akan berikan penyesalan kepada diri.
makin maklumat itu disebarkan,makin banyak pulak yang tidak sahih dari maklumat asal,,kadang2 mereka ni suka menokok tambah cerita sesedap rasa..
ReplyDeleteApa pun sebagai rakyat,kita perlu berdoa yang terbaik untuk pesawat MH370..
Itulah pasal .. manusia ni suka tambah tambah cerita, benda takat A-C je ... tapi dia pulun tambah lagi sampai jadi Z.
Deletekena berhati2 dengan setiap maklumat yang disampaikan saya pun ada buat entri ni today abang HH, tapi tengah hari sikit ...scheduled post giteww katanya...ahakss...
ReplyDeleteOhh ye ke .. hmm ...:)
DeleteSinggah sini, jemput singgah blog awksweetgitu.blogspot.com =D
ReplyDeleteSupport each other =)
ada segelintir tu boleh buat perkara yang terjadi sekarang ni sebagai satu bahan jenaka, specially menghentam kerajaan Malaysia.
ReplyDeleteItulah pasal Ann Ishak, ada yang cuba ambil kesempatan, lepas tu buat cerita putar belit supaya nampak mereka ni betul, walhal tak betul pun, bila dah tak betul, tak tahu nak minta maaf pulak tu.
Deleteteman dah taknak percaya berita2 yg tak sahih dan hanya bersandarkan kepada AGAKAN aje.. klu main agak2.. main kalau2.. main tulis jea apa ada di fikiran memang tak membantu apa2 pun kan.. menyulitkan lagi keadaan lg ada.. apa2 pun teman punya harapan yg sgt2 besar moga penumpang n krew mh370 selamat kembali ke pangkuan kuarga masing2..
ReplyDeleteIn Sha Allah, MH370 akan selamat.
DeleteTerima kasih peringatan ni. Isu macam ni buan boleh dibuat main.
ReplyDeleteKita seharusnya faham akan perjalanan kehilangan pesawat ini...segala spekulasi yg dibaca membuatkan kita berfikir di luar kotak....
ReplyDeletesetuju
DeleteBetul. Tapi biarlah sampai ia telah disahkan. Spekulasi tetap spekulasi, bila kita sebar spekulasi, ia ibarat sebar fitnah juga, sbb dalam spekulasi tu ada dakwaan, dan ia ada bau-bau fitnah tanpa kita sedar.
Deletekerana tidak menjawa persoalan.. spesikulasi juga berlaku.
ReplyDeleteAda kata satu2 persoalan itu lebih baik dibiarkan menjadi persoalan. Kalau semua benda kita tahu, dan hijab dibuka, akan nanti timbulkan masalah lain. Bukan mudah mahu menjadi seorang pemimpin.
DeleteTulis yang kita tahu...itu yang terbaik.
ReplyDeleteOkay. Noted...
ReplyDeleteIkhlas,
profhariz.com
sya setuju...baik duk diam2....
ReplyDeleteJika ada pengetahuan .... beritahu kepada pihak yang benar, dari dok sebar yang langsung tak berikan apa2 kebaikan.
Deletebetul tu, kalau tak ada bukti kukuh, better diam dari berbicara..terlalu banyak spekulasi kat internet ni ttg MH370, mmg tak berani baca takut terpedaya..hehe
ReplyDeletePenat dah baca pelbagai spekulasi... berdoa dan berharap sangat mereka jumpa MH370 tu... kalau mereka masih selamat, alhamdulillah. kalau sebaliknya, harap Allah berikan kita semua kekuatan untuk terima qada' dan qadrNya...
ReplyDeletememang byk spekulasi. Byk yg ditokok tambah. Terus je berdoa gar #MH370 ditemui. Kita kena redha dengan ketentutan Illahi.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.