Wujudkah pilih kasih sesama blogger Malaysia? Ada blogger Malaysia terutama yang sedang berusaha untuk naik pernah beranggapan begitu. Malah, saya sendiri di awal-awal pembabitan serius dalam arena blogging pun ada terdetik mengenai perkara ini. Pilih kasih antara blogger yang ada nama dengan blogger yang baru nak naik ... macam serius sahaja, tapi benarkah ia berlaku?

Pertama sekali, tanggapan pertama tak selalunya benar. Adakala, maklumat yang tidak lengkap, sumber yang kurang adil menyebabkan kita sering menyimpulkan sesuatu dengan mudah. Kesilapan seperti ini sering saya buat ketika awal mencari tapak dalam dunia blog Malaysia.

Pilih Kasih Sesama Blogger Malaysia

Pilih kasih sesama blogger Malaysia

Kita nampak seolah ada pilih kasih antara blogger apabila seorang blogger popular A sering mempromosikan blog AD dan blog AK. Ada banyak backlinks diberikan kepada dua blog tersebut. Kalau dalam bab komen, komen-komen daripada dua blogger tersebut sahaja akan dibalas. Begitu halnya apabila di dalam media sosial Facebook. Blogger popular A seringkali bagi peluang pada blog AD dan blog AK. Ada sahaja nak dikaitkan.

Itu pandangan kasar. Dan itulah kesilapan saya menilai sesuatu. Maka, eloklah jangan ditiru.

Apa sebenarnya berlaku?

Ok, pertama sekali jika anda pernah membaca blogpost saya bagaimana mahu mempromosikan blog dalam dunia blog Malaysia, pasti anda sudah tahu. Inilah impak yang akan anda dapat jika anda bijak dan pandai mempromosikan blog anda. Inilah juga yang saya ceritakan mengenai soal blogwalking terpilih.

Tidak Wujud Soal Pilih Kasih

Tiada. Tiada soal pilih kasih sesama blogger. Tetapi apa yang berlaku ialah siapa yang pandai menonjolkan diri dalam perspektif positif, maka dialah yang akan ditonjolkan. Semua orang suka pada anda, dan tanpa masalah, baik blogger yang ada nama mahupun blogger baru akan bantu secara sukarela menaikkan blog anda. Ya, tiada pilih kasih!

Inilah yang telah berlaku pada blog ini satu ketika dahulu. Dipromosikan 2-3 kali oleh seorang blogger Malaysia yang cukup terkenal, sehingga melonjakkan nama blog ini dikenali ramai terutama di kalangan blogger baru.

Apabila blog ini sudah ada tapak yang kukuh, blogger terkenal itu beralih pula pada yang difikirkan menonjol dalam penghasilan sebuah blog terbaik untuk diikuti.

Cara Tonjolkan Potensi Sebagai Seorang Blogger

Bagaimana nak menonjolkan diri ini?

Ikhlas dan jujur dalam menyampaikan sesuatu di dalam blog. Bila ikhlas dan jujur, blogpost anda akan sendirinya mempunyai informasi, ilmu dan maklumat yang orang lain mahu tahu. Anda tidak lokek memberikan sesuatu yang anda telah anda tahu dan dapat manfaatnya kepada orang lain. Orang semua suka pada mereka yang murah memberi - konsep sedekah.

Pilih kasih sesama blogger tidak berlaku. Andai anda terfikirkan akan perkara ini berlaku, maka usahalah lebih lagi bagi menonjolkan blog anda, tetapi janganlah sehingga memperjudikan satu-satu isu hot yang nanti akan menghangitkan anda. Elakkan kontroversi dan lebihkan kepada memesrakan entri kepada semua. Bila orang suka ... maka orang akan pilih. As simple as that looo .. :P

In Sha Allah.

Update: Saya terbaca satu entri ini - Blogger Pilih Kasih Hanya Senaraikan Blog Otai Dalam Bloglist - ini luahan rasa seorang blogger yang menyifatkan berlaku pilih kasih dalam dunia blog Malaysia.

p.s: Fahami maksud apa itu pilih kasih. Dan bandingkan dengan pilih potensi.

39 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Otai pun tidak menafikannya... nak kata apa lagi, hehe

      Delete
    2. kat sekolah pon ada yang pilih kawan nak berkawan kan? :D

      Delete
    3. Ada sebab tu .. bukan main suka2 je ... :)

      Delete
  2. antara seorang blogger pakcik pakcik dengan sorang blogger gadis comel...mintak entri khas untuknya,...mana satukah menjadi pilihan blogger tersebut?hehee..ini juga boleh jadi salah satu perkara boleh buat pilih kasih..yeke?hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk pada sebab dan tujuan. Kalau mahu blog ada PR bagus, maka kenalah rapat2 dengan blogger pakcik2 yang ada PR bagus, supaya melekat PR tu nanti... kalau blogger gadis comel, blog tak berapa nak mantap PR dan SEO ... tentulah si blogger A fikirkan sebab lain.

      Delete
  3. Normal letew.. hihi. Nanti lama2 akan paham :)

    ReplyDelete
  4. hahahaha.. saya pilih buat tebal muka.. hahahaha... :D
    ke macamana?

    ReplyDelete
  5. dulu masa awal2 berblogging, memang rasa macam tu juga. tapi, biasalah... adat berblogging ni sama macam dunia bisnes. siapa bijak, dia ke hadapan. Yang pasti, saya selalu buat muka tak malu singgah ke blog mereka yang dah hebat2 even ada yang tak jengah pun blog saya tu. Sebab dah faham, dunia blogging yang sebenar bila semakin hebat seseorang itu, semakin sukar beliau ke blog orang lain kecuali ada masa. Saya sendiri letak bloglist dalam blog personal saya orang2 yang hebat... :D Tapi saya ada blog khusus untuk bloglist saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heh, bagus ayat ni ... macam pernah ku tulis di mana-mana .. terima kasih Ieta sebab sentiasa berikan sokongan kat blogger picisan seperti saya.

      Delete
  6. Dasat eh, 20 komen dah kat blog beliau tu. Secara tak langsung, sifu dah promote blog beliau. Bijak2... :)

    ReplyDelete
  7. Itu yg kita patut praktikkan untuk menonjolkan diri dlm berblog...walaupun blogger femes tak singgah kat blog kita tapi impak komen kita tu beri kesan pada blogwalking....

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog saya hanya ada satu komen je... konfem tak pernah ada blogger femes yang baca. tapi peminat niche saya memang akan baca.

      Delete
    2. Zack Faran, ada ramai pembaca yang senyap lagi baik dalam sesetengah kes.

      Delete
  8. niat kena kena baik,.. itu sahaja, jangan mengharapkan balasan. kena usaha sendiri kan untuk menonjolkan blog..
    terima kasih atas perkongsian hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya praktikkan dalam seni blogwalking saya.

      Delete
  9. Tak kira ada pilih kasih ke tak kalau ada masa aku blog walking.

    ReplyDelete
  10. Kadang2 rasa macam tu gak.. Tapi cuba branding diri melalui gaya penulisan sendiri..

    ReplyDelete
  11. perkara biasa semua tu..berlaku di mana-mana..yang penting niat dan cara kita..jangan terlalu mengharapkan sesuatu balasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila terlalu berharaplah jadinya kes seperti tajuk ini .. :)

      Delete
  12. berbalik pd sifat semulajadi manusia ... memang ada . sbb itu wujud istilah " blog sampah " daripada mereka ... ^_^

    ReplyDelete
  13. he he he ,,,,, ada pilih kasih ke ? tak boleh ke stand alone..?

    Pilih kasih tu biasa le, sebab kita ni manusia.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum hh...biasa la tu kalau ada yg pilih kasih juga...tapi sebenarnya kita juga perlu rajin menonjolkan diri agar mudah dikenali oleh semua blogger...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena bijak ambil peluang. Bila peluang diberikan, terus sahaja manfaatkan bagi kebaikan blog sendiri.

      Delete
  15. Kalau niat kita ikhlas pasti ada jalan..pilih kasih ni berlaku dimana-mana. kat Blog ni pun berlakukan..he..he. Tapi semua tu tak penting sebenarnya. Yang penting kena kena ada usaha sendiri untuk mempromosikan Blog masing-masing. Tak perlu terlalu mengharapkan orang lain untuk mempopularkan Blog masing-masing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada berikan banyak cara untuk kita promosikan blog tanpa harapkan orang lain terutama blogger popular.

      Delete
  16. Lumrah seorang blogger picisan :)

    ReplyDelete
  17. memang ada blogger yang pilih kasih... tapi sudah tentu bukan mia orangnya hehehehe... ai is tak kisah punya..

    ReplyDelete
  18. kena pandai tonjolkan diri dan rajin rajinlah menggali ilmu blog ni yer kalau nak jadi hebat cam kamu ni

    ReplyDelete
  19. takde maknanya nak pilih2...org yg selalu datang blog kita,komen kat entri kita,semestinya kita membalas kunjungan mereka..

    ReplyDelete
  20. jika ada rasa dengki timbul perasaan tu... tp bila muhasabah diri kita akan tau apa punca dan fikir mcm mana nk ke situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Sepatutnya hasad dengaki dan fikirkan benda negatif tak patut berlaku.

      Delete
  21. sebagai manusia normal, berperasaan sebegitu memang biasa.

    Tapi bak kata Abang HH, bijaklah menonjolkan diri sendiri. Bukan untuk fake, atau mengambil kesempatan. Sebab ada juga di kalangan blogger baru cuba untuk mendampingi blogger-blogger hebat dengan harapan mendapat tempias mereka.

    Hahahah! Well, duni blogger ni bukan besar mana. Elakkan lah perasaan negatif dan cemburu, iri hati semua tu!

    Lebih elok naikkan lagi skill kita menyampaikan sesuatu maklumat dengan berhemah dan dengan baik! :)

    *sekadar pandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, satu proses jangkapanjang yang sepatutnya ramai blogger tahu ...

      Delete
  22. Maaf jika gua pilih kekasih dari kalangan blogger.

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  23. Niat itu yang penting....menulis demi saham akhirat. Amin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement