Apakah rahsia untuk menjadi top blog di Malaysia? Sebenarnya jika anda kaji dan lihat blogger-blogger yang menjadi top blogger ini ada rahsia yang mudah nampak yang boleh anda praktikkan di blog. Rahsia menjadi top blog terungkai jika anda rajin blogwalking ke blog-blog yang sudah ada nama dalam dunia blog Malaysia.

Baca kenyataan ini - "semua orang boleh ada blog tetapi bukan semua orang boleh menghasilkan top blog". Untuk blog anda menjadi top blog di Malaysia, anda tidak semestinya perlu mempunyai ramai pengikut. Namun jika dapat, itu satu bonus yang boleh anda gunakan dari sudut psikologi pengunjung pertama blog anda.
Rahsia menjadi top blog

Rahsia Menjadi Top Blog

Saya dah terangkan mengenai ciri-ciri sebuah blog yang top. Jika anda belum baca, boleh baca di sini - 3 Ciri Top Blog

Oh ya, sebelum itu, anda jangan keliru dengan menjadi top blogger dengan mempunyai top blog. Adakala seorang yang mempunyai top blog bukanlah seorang top blogger, malah ada yang tak kenal pun memandangkan mereka lebih mengutamakan kandungan berkualiti blog mereka dari diri mereka sendiri.

Untuk menghasilkan top blog, anda perlu mementingkan isi kandungan terbaik untuk pengunjung blog anda. Blog tersebut perlu kekal dengan nichenya tersendiri, dan secara konsisten menghasilkan entri-entri berkaitan yang dicari orang menerusi enjin carian.

  • Top blog adalah blog yang sentiasa menerima trafik.
  • Top blog adalah blog yang sentiasa berada di tempat pertama, atau paling tidak di laman pertama enjin carian.
  • Top blog adalah blog yang menjadi pilihan nombor satu untuk dijadikan rujukan mengenai sesuatu topik - terutama berkaitan dengan niche blog tersebut.
  • Top blog adalah blog yang orang mahu berikan backlinks secara percuma.
  • Top blog adalah blog yang sentiasa berada di dalam bloglist blogger lain tanpa perlu disuruh.
  • Top blog adalah blog yang entri-entri lamanya sentiasa dibaca walaupun ada entri baru yang segar.
  • Top blog adalah blog yang akan orang baca berulang kali walaupun tiada entri terbaru dihasilkan!

Jika anda mahu blog milik anda menjadi top blog, anda perlu meletakkan rahsia menjadi top blog di atas sebagai salah satu kaedah hari-hari menghasilkan entri blog. In Sha Allah, satu hari nanti orang akan mengagumi blog anda sepertimana anda mengagumi blog orang lain.



23 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. In Shaa Allah, mudah2an... thanks abang HH for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Farah ... terima kasih kerana masih sudi singgah dan kaut ilmu blogging yang saya kongsikan.

      Delete
  2. kena usaha dan bijak menggunakan peluang. hehe

    ReplyDelete
  3. blog yang ada tutorial berpeluang besar untuk menjadi top blog... (?)

    ReplyDelete
  4. blog mesti ada trademark yea HH....entry yang berkualiti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trademark akan senang dan mudah orang nak ingat. Kadangkala nama blog panjang, url panjang .. ada trademark mudah sikit orang nak tahu. Bila tahu trademark, mereka akan cari dan guna Google.

      Delete
  5. terima kasih diatas perkongsian ini tuan.

    ReplyDelete
  6. Suka entri sebegini di blog tuan. Bila agaknya saya boleh jadi top blog dengan niche saya sendiri? Terima kasih atas panduan tuan.

    ReplyDelete
  7. setuju tu bro. saya pun masih berjinak-jinak lagi ni. mungkin tak jadi top blogger, underground je. hehe. jadi top blog pulak memang impian saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun dah dikenali ramai dah ... siapa tak tahu mengenai blog hebat SEO KhairulAsrol.com ... :)

      Delete
  8. assalamualaikum hh..perkongsian yg baik...:)

    ReplyDelete
  9. Jadi diri sendiri adalah lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Biar orang lain yang lihat bagaimana diri kita ini turun dan naik.

      Delete
  10. T kasih atas perkongsian tips HH.. :)

    ReplyDelete
  11. Woahhh.. btul2 tips yg bguna ! Insyallah. . Akan d manfaatkn spnuh nya.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya seronok baca komen begini, bila apa yang saya sampaikan dibuat dan dipraktikkan oleh blogger Malaysia.

      Delete
  12. Alhamdulillah setakat ini peraduan saya di rank 1..taip je kat google " peraduan" kat atas sekali tu blog saye..hehe

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Terima kasih , semoga dapat beri manfaat kepada blogger-bloggerbaru.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement