Alhamdulillah syukur.
Ini merupakan satu kejayaan kecil buat blog ini. Terima kasih buat semua pengunjung dan pembaca setia blog ini. Terima kasih juga buat rakan-rakan blogger yang telah banyak memberikan sokongan dan dokongan untuk blog ini terus menapak dan melangkah lebih baik dari semalam.
Sejujurnya, apa yang telah anda semua berikan - rakan-rakan, pembaca dan pengunjung tidak dapat dibalas dengan rentetan kata. Apa yang terdaya dilakukan oleh saya, hanyalah mendoakan segala kebaikan dan keberkatan ke atas semua. Semoga Allah S.W.T membalasnya, in Sha Allah.
HASRULHASSAN.COM Ranking Alexa Malaysia 180
Ranking Alexa Malaysia berada di kedudukan 180 bukan usaha sebulan atau setahun. Ia juga bukan usaha dan daya saya seorang. Ada banyak tangan yang telah membantu. Sekali lagi terima kasih.Yang pasti, untuk berjaya di tahap seperti ini, jangan sesekali abaikan ilmu yang telah anda dapat. Jika sudah belajar, elakkan segan malu untuk mencubanya. Jangan risau atau takut akan kegagalan, kerana tanpa kegagalan kita tidak akan belajar apapun. Pembelajaran dari kegagalan akan buat kita ingat sampai bila-bila.
Saat Sukar Seorang Blogger
Dalam dunia blog Malaysia, ada saat di mana kita berasa sangat lemah dan tidak berdaya. Idea hilang tanpa diduga. Keresahan terjadi tanpa diundang. Itu lumrah dalam kehidupan. Anggap sahaja perjalanan diri sebagai blogger adalah perjalanan biasa seorang manusia. Kita semua akan diduga dalam setiap aspek. Tuhan sayang akan kita, maka diberikan ujian dalam perkara yang kita suka dan minat. Tuhan sayang akan kita, maka diberikan ujian dalam perkara yang kita sayang dan cinta.Saya pernah berputus asa dan berasakan kegagalan diri sebagai seorang penulis blog sepenuh masa. Saya cemburukan kejayaan blogger lain yang menikmati saat mereka. Ini satu pengakuan. Saya juga ada naluri dan keinginan untuk berjaya sebagai seorang blogger Malaysia.
Menulis adalah kesukaan saya.
Saya menulis banyak perkara, saya pernah menulis cerpen, puisi, pantun, seloka, sajak dan juga perkara yang lebih berat seperti laporan, tesis, kertas kerja malah sebuah cetakan berjilid. Menulis dan melukis menjadi antara minat awal saya sejak dari bangku sekolah.
Saya sukakan visual. Saya sukakan kecantikan. Saya gunakan segala pengetahuan saya dalam penulisan, seni visual, seni reka, elemen kecantikan dalam menghasilkan satu bentuk sumber pengetahuan buat orang lain.
Ia Bukan Milik Mutlak
Walaupun begitu, saya sedar bahawa apa yang saya punyai, apa yang saya kecapi, apa yang saya suka buat dan mahir adalah merupakan anugerah dari Allah S.W.T. Esok lusa mungkin ia tidak lagi ada pada saya. Ia mungkin dikurniakan kepada anda.Setinggi mana kejayaan itu, ia bukan milik mutlak tetapi merupakan satu pemberian sementara untuk melihat sejauh mana diri sebagai hamba mensyukuri setiap nikmat diberikan. Jika alpa, maka gagallah saya untuk meraih gelaran menjadi seorang manusia. Ini adalah kerana, untuk menjadi manusia, pasti dan perlu menjadi manusia yang paling baik di sisi Tuhan - iaitu memberikan manfaat pada orang lain.
Bersyukur senantiasa. Alhamdulillah.
Terima kasih kerana membaca blogpost yang panjang tetapi tidak lebar ini. Anggaplah sahaja ia sebagai satu penulisan untuk memberikan anda semangat untuk terus memberikan terbaik menerusi blog anda.
Kejayaan menanti, hanya andai kita tahu bagaimana untuk memperolehinya. In Sha Allah.
tahniah bro... huhu :)
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak, sokongan dari rakan blogger juga yang menaikkan blog ini.
DeleteAlhamdulillah dan Tahniah!...
ReplyDeleteSaya suka kata-kata ini : "untuk menjadi manusia, pasti dan perlu menjadi manusia yang paling baik di sisi Tuhan - iaitu memberikan manfaat pada orang lain."
Terima kasih perkongsian yang penuh inspirasi.
Semoga usaha tuan diberkati Allah swt... :D
In Sha Allah, cuba lakukan yang terbaik.
DeleteTahniah HH...usaha tanpa mengenal erti jemu dan menghargai sokongan orang lain...
ReplyDeleteTahniah HH..You deserved that. Entry pemangkin untuk ramai bloggers di luar sana..Moga terus succes...
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah...semoga terus menghasilkan entry2 yang bermanfaat lagi ye...^_^
ReplyDeleteIn Sha Allah Mama Amir, terima kasih kerana sudi singgah dan berikan kata semangat.
DeleteAnda berhak berbangga dan selayaknya blog ini berada diposisi ini. Tahniah! Semoga ianya menjadi pemangkin utk lebih berjaya lagi...
ReplyDeleteEnd of this year, I wish to see Blog HH below 150! Good luck bro... :)
Subhanallah... sy impikan juga dapat page rank terbaik, tapi belum terwujud. Sekiranya sudi cik berbagi tips atas keberhasilannya... Insya Allah menjadi amal sholehnya...
ReplyDeleteGreat writing from the great people...congrats!
ReplyDeleteTerima kasih. Masih jauh lagi perjalanan blog ini untuk digahkan.
Deletetahniah HH..segala usaha tidak sia-sia..memang berbaloi..dan rasa nikmatnya
ReplyDeletesalam. tahniah abg hasrul
ReplyDeleteHebattt..tahniah..
ReplyDeleteAllah Hebat!
Deletecongrats tuan HH :)
ReplyDelete& terima kasih untuk semua tips blogging :)
Tahniah bro..boleh belanja saya kuey teow ipoh camni..
ReplyDeleteErrr kat mana tu?
Deleteuikkkk ada nama mia di situ... heheheheh... betul tu kata eyriqazz... bila nak belanja mia ni... nak jugak...
ReplyDeleteterbaek..
ReplyDeletemmg layak bro HH berada disitu..
mungkin next monk akan berada lebih baik dari ini.
gud luck bro.
Terima kasih.
DeleteTerbaik.. Bro punya makin ke laut dah...
ReplyDeleteTak mampu nak pertahankan ranking alexa, hanya mampu mempertahankan rumah tangga je nie he..23x
www.broframestone.com
Tahniah Bro HH. Semakin baik tu jadi 180.
ReplyDeleteMantap gila, respect!
ReplyDeleteTerima kasih, susah sebenarnya nak capai ke tahap itu .. serius banyak pengorbanan telah dilakukan.
DeleteTahniah Sifu HH...
ReplyDeleteKalau dikara blogger malaysia punya top berapa ni bro?
ReplyDeleteIkhlas,
profhariz.com
Ini Malaysia la ni ... :P top berapa tak tahu ... malas nak kira2 ..hahaha ..
Deletedasat pakcik ni..ahaha..kejap bukak..kejap tutup ruang URL nih..ehehe
ReplyDeleteTak tahan spam masuk berpuluh2 dalam sejam ... walaupun tak keluar, jenuh gak la nak padam ...
DeleteTahniah bro.. Jeles pun ada.. Hihi.. Nak jadi camni satu hari nnti.. Doakan saya ye.. =)
ReplyDeleteVisit My Blog
Tahniah bro.... aku nyer still berjuta-juta lagi...ekekekekeke... tp blog personal mmg susah nak naik ranking kot... www.shamphotography.com hanya cite pasal personal life aku jer... :D ... ari tu berselisih jer dgn bro hasrul ni masa SBB...malu lak nak tegur...ekekekeke....
ReplyDeleteSemua orang boleh, saya dulu juta2 gak .. tapi saya cuba lakukan sedaya upaya untuk naik dari satu ke satu. Pengorbanan harus dibuat untuk capai ke tahap ini. Bukan kecil ... sampai 2-3 hari tidur tak cukup dibuatnya. Sampai si pasangan pun dah tarik muka. Bukan mudah. Kena banyak tabah.
DeleteTahniah HH... sememangnya HH layak mendapatnya. Semoga terus berjaya... aamiin.. :)
ReplyDeleteTahniah HH,Bukan senang blogger nak mencapai ke tahap seperti HH...
ReplyDeletetahniah! Semoga terus sukses..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.