Jika anda dah baca entri berkaitan Sepetang Bersama Blogger (SBB2014) sebelum ini, mesti nampak benda-benda yang best je kan? Kecuali satu entri hot saya baru-baru ini berkaitan Kesilapan Blogger di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014. Ramai yang berikan input di dalam ruangan komen, termasuklah blogger yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut.

Entri tersebut mendapat perhatian sebab saya telah dengan secara terbukanya 'mengkritik' dan memberikan pandangan peribadi saya berkaitan majlis tersebut. Niatnya adalah agar dan kelak majlis akan datang dapat memberikan lebih manfaat pada blogger yang hadir.

Cuma saya tertinggal satu perkara, yang pada saya amat penting memandangkan saya datang mahu mencari ilmu daripada blogger lain.
Sepetang bersama blogger dan yeos malaysia 2014

#SBB2014 #SBBYEOS2014 Mengapa Tiada Sessi Soal Jawab?

Mengapa tiada sessi soal jawab bersama panel yang hadir?

Bukan apa, saya memikirkan seandainya panel diberikan soalan, kemungkinan pengisian akan lebih baik dan lebih input berkaitan dunia blog dapat dihadam.
#sbb2014 #sbbyeos2014 - Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014

Keterujaan Melihat Ben Ashaari Naik Ke Pentas

Saya sangat teruja apabila blogger terkenal Ben Ashaari naik ke pentas untuk berkongsi pengalaman berkaitan blog. Tetapi saya kecewa ada perkara-perkara yang saya sangat ingin tahu tak dapat dibicarakan oleh Ben Ashaari sendiri. Saya dapat juga tangkap beberapa isi penting yang disampaikan oleh Ben Ashaari semasa sessi blogger hebat ini naik ke pentas, tapi sayang .... banyak ruang kosong yang sebenarnya boleh ditampung andainya Ben Ashaari diberikan soalan untuk dijawab.
#sbb2014 - Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014
Dari pengalaman lampau saya, seseorang itu akan lebih senang dan lancar menyampaikan sesuatu apabila dia tahu apa yang perlu disampaikan. Jadi dalam soal ini, soalan digunakan. Berikan soalan, dan jawab - tak perlu banyak, 5-10 dah cukup bagi memenuhkan sesi tersebut dengan jayanya.

Ada yang kata masa yang pendek menyebabkan perkara itu tidak dapat dilakukan.

Cadangan Dari Pacar Yang Hina

Ok. Cadangan saya, di masa akan datang, dapatlah kiranya soalan itu dikutip sebelum majlis bermula. Pilih secara rawak, nyatakan siapa blogger yang bertanya dan berikan URL blognya. Proses pengenalan blogger juga dapat dibuat masa ni, maka dari 1 perkara, kita akan dapat 2 perkara - iaitu sesi soal jawab dan perkenalkan blogger lain.

Harapnya pihak Denaihati Network membaca apa yang ditulis ini. Bukan niat mahu perlekeh majlis yang telah berjalan dengan jayanya. Namun, jika ada kesempatan untuk perbaiki ... tak salah bukan memberikan pendapat?

In Sha Allah, andai diberikan rezeki yang baik, dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan, saya teringin untuk menjadi volunteer di SBB2015. In Sha Allah ....

Bagaimana pendapat rakan yang lain?

27 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sebab tu yeop mengantok time diorang cakap. seolah-olah cakap antara mereka saja. tapi takpe, akan datang boleh diperbaiki lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Yeop, tapi saya pasti pihak Denaihati Network dah buat yang terbaik dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2014 ni .. kudos buat mereka.

      Delete
  2. Tahun lepas pernah buat sesi macam tue...

    Sesi pertama je dah terjalak masa sehinggakan sesi kedua yang bro handle terpaksa dipendekan dan tak sempat dibuat Q&A sebab kena bagi laluan kepada acara seterusnya.

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuatu yang ramai blogger tak tahu ... :)

      Delete
  3. tahun depan nak join la nak jumpa otai2

    www.kucinghitam.net

    ReplyDelete
  4. Boleh buat sesi knowledge sharing bersama panel tapi kena buat satu slot je laa...mungkin nanti diorang boleh mintak rakan blogger kasi cadangan baru yang bernas

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, pasti pihak Denaihati akan fikirkan yang terbaik untuk majlis akan datang ...

      Delete
  5. Setuju dengan HH... Sesi Q&A wajar diadakan... Sepatutnya pengalaman tahun lepas dijadikan panduan dan memikirkan cara terbaik utk merealisasikannya dan bukan dengan jalan pintas dengan mengeluarkan terus sesi tersebut. Q&A penting untuk memastikan peserta yg hadir mengikuti dan memahami apa yang disampaikan melalui interaksi...jika tidak, ianya seperti tengok TV dan membebel sendiri...

    ReplyDelete
  6. Saya pun hairan mengapa tiada sesi soal jawab..

    ReplyDelete
  7. Betul tu. Mungkin boleh di berikan timing utk slot Q&A.

    ReplyDelete
  8. tu lah, perasan jugak kenapa tak de sesi soal jawab..

    ReplyDelete
  9. apa yg aku paham..sebab masa..kalau dua hari mgkin sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalan - sanggupkah blogger yang hadir?

      Delete
  10. saya pun mengharapkan ada sesi Q&A ni. komunikasi 2hala sebaiknya. tapi mungkin akibat kekangan masa, jadi saya cuba memahaminya.

    ReplyDelete
  11. mungkin sebab kekangan masa...sebab setahu sy...lepas event SBB2014 hari tu...dewan yang sama...ada event lain malam tu...sebab sy stay sampai semua orang da nak balik...memang kelam kaut set up dewan yang kita semua gunakan pagi tu untuk event SBB2014...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini juga sesuatu yang blogger lain tidak tahu ..... :)

      Delete
  12. Saya setuju dgn cadangan tersebut... secara tak langsung ada interaksi dua hala dgn peserta. Cuma kena cari cara yg terbaik agar tak menjejaskan masa keseluruhan majlis kan... In shaa Allah, klu berpeluang boleh volunteer bantu dgn pengalaman yg ada dlm hal event.

    ReplyDelete
  13. mgkin perlu ada satu sesi khas untk Q&A ni dalam event ntuk masa akan dtg.. sbg pbaca yg xdpt hadir event mcm zara ni bole jgk mgambil sdikit ilmu dr sesi Q&Q antara blogger tuu.. sb confirm akan ada update ke entry oleh pserta event kalo sesi ni di adakan. Tntu bguna kn ? Insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu ... :) perkongsian yang akan dapat dikongsikan menerusi blogpost ye tak?

      Delete
  14. jie xbleh nk bg pdpat sb xprnah join event..kena cuba dlu mcm mane join nya..

    ReplyDelete
  15. mia baru first time join sbb... tak nak komen pape....

    ReplyDelete
  16. kene set timing dengan betul untuk q&A..kalau sekadar datang tanpa ilmu rasa mana2 pun leh jumpa

    ReplyDelete
  17. Cadangan yang bagus. Mungkin lepas ni denaihati boleh anjurkan satu event berbayar macam buat duit dengan blog? Bagi kongsi pengalaman dan Q&A bersama panel yang hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya memang ada event sebegitu dianjurkan denaihati. Kena selalu jenguk Denaihati network untuk tahu aktiviti best yang terdekat khas untuk blogger ...

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement