Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimanakah blog ini boleh berada di posisi ranking Alexa bawah 200 antara laman web dan blog Malaysia? Secara jujurnya, ini merupakan rezeki dan kejayaan yang diberikan oleh Allah S.W.T. Bukan usaha kecil dan mudah. Pengorbanan tinggi diperlukan untuk capai tahap ini. Apakah tips Alexa Ranking bawah 200 di Malaysia berjaya dicapai?

Sebenarnya tips-tips menaikkan ranking Alexa telah pun saya kongsikan kepada pengunjung dan pembaca blog ini. Ia soal konsisten dalam melakukannya. Blog ini walaupun telah berada di kedudukan yang baik di ranking Alexa, namun saya tidak pernah berhenti untuk mencapai lebih baik untuk blog ini.
Tips Alexa Ranking Bawah 200 Malaysia

Tips Dapatkan Alexa Ranking Bawah 200 Malaysia

Untuk tidak menghampakan rakan blogger terutama yang baru mengenali mengenai Alexa, saya sekali lagi cuba merumuskan dan memberikan tips mudah ringkas untuk mencapai ranking terbaik. Oh ya, sebelum itu, sebagai info, ranking Alexa adalah berkaitan trafik blog. Jika semakin kecil nilai ranking Alexa, maka bermakna blog atau laman web tersebut menerima kunjungan dan trafik antara tertinggi di Malaysia dan dunia.

  1. Pertama sekali, untuk mendapat perhatian Alexa, blog anda perlu didaftarkan dahulu dengan Alexa. Pendaftaran adalah percuma, anda boleh melakukannya menerusi akaun email atau Facebook.
  2. Keduanya ialah menulis mengenai Alexa, inilah antara perkara paling kerap saya lakukan bagi memastikan ranking Alexa blog ini diperbaiki dari semasa ke semasa - walaupun ia telah berada di tahap yang baik.
  3. Ketiga ialah dengan memasang toolbar yang disediakan oleh Alexa ke dalam pelayar internet. Anda akan dihargai tanpa anda sedar kerana menggunakan servis Alexa dan kemudian mempromosikannya kepada dunia. Saya sendiri telah custom-made toolbar Alexa menerusi entri ini - Cara Mudah Ketahui Ranking Alexa Sebuah Blog atau Laman Web
  4. Keempat ialah kekerapan anda untuk update entri baru di dalam blog. Walaupun tiada nampak keperluan khusus, tetapi percayalah, setiap kali entri baru diterbitkan, setiap kali itulah robot Alexa akan analisis blog kita. Lebih banyak kita update blog, maka lebih kemungkinan untuk blog dapat kedudukan terbaik Alexa.
  5. Kelima ialah memanfaatkan sosial media terutama Facebook untuk membolehkan pengiraan trafik Alexa dibuat. Ini suatu teori daripada saya, kerana sejak beberapa entri saya mendapat perhatian di Facebook (dapat jumlah LIKE yang tinggi), ranking Alexa saya semakin baik (saya login Alexa menggunakan akaun Facebook).

Itulah antara 5 tips yang dapat saya kongsikan kepada anda semua untuk bagaimana blog ini boleh berada di ranking bawah 200 Malaysia dan bawah 40,000 di dunia. Tips di atas adalah mudah untuk semua blogger praktikkan. Jika rajin, dan kuat berusaha, in Sha Allah, satu hari nanti anda bakal memintas blog-blog ternama yang ada rankin baik dan berada di atas.

Sebelum ini saya telah memasang hasrat untuk pintas kedudukan blog personal terbaik Denaihati.com dalam carta Alexa. Hasrat tersebut telah saya tetapkan pada awal 2012... dan alhamdulillah, dengan segala perancangan ... blog ini berjaya juga akhirnya... walaupun nanti esok lusa kedudukan ini bakal berubah.


32 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wahh...dah dikupas...good point HH

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ini, sangat berguna untuk blogger baru seperti saya.

    Jom singgah Dipecat Kerana MH370 ;)

    ReplyDelete
  3. terima kasih utk tips n perkongsian =)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian. Ena pun teringin juga naikkan ranking blog ena even blog ena bukan la share mengenai yang best best. Terima kasih!

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...bro HH,

    terima kasih dengan tips2 yang dikongsikan ini.. insaallah akan cuba terbaik utk memperbaiki ranking...

    mselim3

    ReplyDelete
  6. Tips yang baik untuk blogger baru seperti saya. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian ini, hebat benar dapat menandingi blog denaihati.com. Tahniah atas kejayaan!

    ReplyDelete
  8. Wah bagus tips ni :)

    Taufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)

    ReplyDelete
  9. Tips yang menarik dan banyak saya miss.. yq atas perkongsian.

    ReplyDelete
  10. ohsem...boleh dipraktikkan kat blog....

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas sharing ini. Bolehla dipraktik utk blog saya nanti. ;)

    ReplyDelete
  12. tahniah.. tuan HH memang hebat.. terima kasih dia ats perkongsian tips alexa ini.. sangat berguna untuk aiza cuba praktikkan..

    ReplyDelete
  13. Tahniah HH..memang relevant tips ni...

    ReplyDelete
  14. Tips yang baik..saya dah bookmark entri ni..thanks bro HH..

    ReplyDelete
  15. http://myrujukan.com

    saya dulu blog paling kuat pun pernah capai kedudukkan 400 lebih ja, ni bro tahap bawah 200 memang kencang lah kan

    ReplyDelete
  16. tips yg bagsu! thanks uncle HH

    p/s: awal bulan 4 deno email pada uncle ya^^

    ReplyDelete
  17. Kalau pasal toolbar dan buat review pernah gak dengar.... tapi nak kerap update tu kena ada perancangan yang betul laaa....

    ReplyDelete
  18. memang sangat membantu tips2 ni...tips ketiga saja yang sy tak buat lagi...tips keempat tu dalam proses untuk membiasakan diri balik untuk kerap update entri...

    ReplyDelete
  19. T kasih atas perkongsian tips ini HH.. amat2 bermanfaat buat saya..

    ReplyDelete
  20. okay boleh cuba lepas nie :) terima kasih HH

    ReplyDelete
  21. tahniah HH... terbaik entri ni... perkongsian yang boleh dimanfaatkan oleh semua..

    ReplyDelete
  22. terima kasih bro sudi berkongsi!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement