Ini tips blogging mudah blogspot untuk blogger baru atau yang baru nak buat blog blogspot sendiri. Yang dah lama berblog, mungkin blog post ini tidak berapa nak relevan, tetapi tidak salah ulangkaji dan tengok kembali. Saya sendiri menulis entri ini adalah untuk ulangkaji diri sebagai blogger blogspot.

Apakah tips mudah untuk blogger blogspot yang saya inginkan kongsikan kepada blogger platform blogspot ini? Ok, pertama sekali tips ini merupakan panduan awal bagi seorang blogger baru berfikir mahu membina dan membuat blog sendiri. Ia merupakan perkara asas untuk seorang blogger blogspot.

Tips Blogging Mudah Bagi Blogger Baru Blogspot

Ok, tips yang pertama ialah ....

Nama Blog (URL Blog)

Fikirkan nama sesuai untuk blogspot anda. Nama ini perlu cerminkan apa yang ingin disampaikan dalam blog anda. Nama sesuai mestilah tidak terlalu panjang, dan tidak pula terlalu pendek. Fikirkan nama yang mudah untuk orang ingat. Jika anda ingin membuat blog peribadi, bercerita berkisar kehidupan seharian anda, paling biasa ialah dengan menggunakan nama sendiri. Bukan nama seperti dalam kad pengenalan, tetapi mungkin nama manja, nama timangan atau nama yang dipendekkan dari nama panjang anda.

Contoh, Siti Nurhaliza Tarudin. Boleh menjadi sitinurhaliza.blogspot.com atau sitinur.blogspot.com atau nurliza.blogspot.com.

Elakkan penggunaan nama blog yang terlalu kompleks, dengan huruf-huruf mengelirukan. Contoh nama mengelirukan adalah seperti kromotixlost.blogspot.com atau ahmedschameil.blogspot.com.

Gunakan huruf perkataan biasa yang menjadi kebiasaan orang bertutur, seperti contoh kromotixlost tadi boleh digantikan menjadi kromotiklost.blogspot.com atau ahmedkamil.blogspot.com. Kan lebih mudah daripada yang awalnya tadi.

Tips blogging mudah untuk blogger blogspot yang seterusnya ialah .....

Template atau Rekabentuk Blog

Awal buat blog, tak perlu lagi anda susah payah nak mencari template itu template ini. Gunakan dulu template yang telah tersedia di dalam blogspot. Di awal mula buat blog, soal rekabentuk blog bukanlah perkara utama yang perlu dititik-beratkan. Anda seharusnya fokus kepada bab lain yang lebih penting.

Anda akan punyai banyak masa untuk diluangkan kelak hanya semata nak mengubah template sedia ada menjadi blog yang cantik dan menarik dari segi penampilan. Jadi, awal buat blog, simpan dulu hasrat mahu memperindahkan blog anda.

Lupakan dulu soal mahu meletakkan widget A, widget B dalam blogspot anda. Fikirkan keperluan asas sebuah blog dahulu.

Isi Kandungan Blog

Dah ada nama blog dengan URL blogspot mudah. Kemudian, sudah ada template dan rekabentuk blogspot anda, kini anda perlu utamakan pengisiannya pula. Isi kandungan adalah poin terpenting untuk seorang blogger mengetahui arah tujunya di dalam dunia blog.

Sebagai blogger yang baru, perlu jelas apa yang ingin anda ceritakan di dalam blog. Kena fikir akan sebab anda perlu ada blog sendiri. Kena ada arah, kena ada haluan. Buat blog kemudian ditinggalkan begitu sahaja, adalah sesuatu yang sia-sia.

Anda mesti terus menulis entri pertama anda. Pastikan ia entri yang cukup panjang, dan bukan satu atau dua perenggan. Anda perlu paksa diri untuk menulis entri pertama lebih panjang daripada 300 patah perkataan. Sekiranya anda gagal menulis dengan bilangan patah perkataan yang saya sebutkan, maka anda boleh diandaikan kurang bersedia untuk bercerita dan menulis sesuatu di dalam blog. Ini adalah kerana anda masih lagi tidak tahu apa yang ingin anda ceritakan di dalam blog. Anda masih samar-samar dan tidak tahu arah tuju.

Jika anda seorang yang ada minat untuk menulis blog. Pastinya passion yang ada akan mendorong anda untuk menulis entri pertama dengan pasti, yang kadangkala boleh lepasi lebih daripada 400-500 patah perkataan tanpa henti!

Seandainya entri atau blog post pertama berjaya, in Sha Allah ... di terbitan seterusnya, anda sudah tahu apa yang ingin diceritakan kepada pengunjung dan pembaca blogspot anda (walaupun belum pasti mereka akan suka).

Tips Untuk Tahu Tulis Entri Terbaik

Cuba hasilkan lebih daripada 5 entri terawal di minggu pertama anda ada blog. Dari situ, anda boleh kenalpasti corak dan cara anda menulis, perbaiki jika rasa ada kekurangan. Lihat samada entri-entri tersebut ada komen atau tidak, lihat juga jumlah pageviews entri yang telah anda tulis (lihat stats di dashboard blogspot).

Apabila blog anda sudah punyai cukup isi kandungan, barulah anda beralih kepada perkara-perkara lain, seperti mahu cantikkan blog, tambah widget, buat header menarik, perbetulkan struktur blogspot, penerapan SEO (Search Engine Optimization) dan perkara-perkara lain.

Tatkala ini dapatkan sumber ilmu yang boleh bantu anda untuk hasilkan sebuah blog yang bagus. Jika perlu sedikit pelaburan, jangan segan untuk berbuat demikian.

Seandainya anda bertanya apakah pelaburan pertama untuk blogger blogspot setelah blog sudah ada isi kandungan yang bagus ... jawapannya ialah mendapatkan nama domain sendiri!


Ini adalah beberapa tips blogging mudah blogspot yang perlu seorang blogger baru guna pakai di awal-awal buat blog, malah boleh saya katakan difikirkan terlebih dahulu sebelum benar membuat dan membina blog sendiri. Jika tidak pasti, buat nota dahulu ... :)

p.s: Blog post ini sesuai dibaca untuk blogger yang baru nak buat blog ... :)


26 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ahmedkamil jadi ahmedschameil..
    Susah nak taip wei nama blog macam tu.. :D

    ReplyDelete
  2. saya masih memerlukan tips begini..tak timbul soal lama atau baru tuan..

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari PORTAL ILMU

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah .. boleh semak entri2 dlam blog ini sedari dari tahun 2011 .... :) ada banyakkkkkk tips dan panduan yang telah saya kongsikan

      Delete
  3. Kadang-kadang kita terlupa dan terleka. Tak salah untuk kita kembali semula kepada asas.

    Salam ziarah http://lobam.my

    ReplyDelete
  4. ha'ah..betul la..nyesal pulak duk tukor2 template..dah ada error dah ni...masih x lepas lagi nak settle balik...ada tutor x HH?

    ReplyDelete
  5. ok..
    take note,
    nama blog yg ringkas tu rasanyer mmg penting,
    mmg susah nk pk nama blog nie,
    sama cam nk pk nama anak pulak.
    hehee

    ReplyDelete
  6. part first tu dah lepas dah..hee..yg lain masih perlu dibetulkan

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk tips ni. Fana pun masih belajar lagi. Mohon kongsikan lebih banyak tips yang berguna buat blogger-blogger supaya menghasilkan entri yang padat dan berinformasi. Bukan sekadar mengejar trafik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Cuba Google PANDUAN BLOGGER atau taip search kat atas Panduan Blogger atau Tips Blogspot .. :)

      Delete
  8. saya masih memerlukan tips seperti ini.. hehe

    ReplyDelete
  9. walaupun bukan lagi baru tetapi masih memerlukan info seperti ini untuk memajukan lagi ilmu blogging..

    ReplyDelete
  10. T kasih atas tips & peringatan ini.. mmg amat berguna utk dijadikan panduan utk maju..

    ReplyDelete
  11. owh... patutla... 300 patah perkataan minimum tp sy selalu trlajak2. idea banyak sgt. tp masa je kurg utk menulis. jd skrg ni sy suka blogwalking. boleh tak mcmtu sifu?

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum hh...tips yg baik buat yg baru nak buat blog moga tips2 ni akan membuat kita terus berkarya...:)

    ReplyDelete
  13. bro HH rajin bebenor bagi tips!
    thumbs up!!!! :D

    ReplyDelete
  14. Tip menarik...teringat masa mula-mula menulis kat blog...

    ReplyDelete
  15. setelah 3 tahun aktif dalam blog..nad akan bertukr blogspot ni menjadi lebih mudah.akan bertukar nama blog sekarang kepada yang lain after bulan 4 nanti..=)..terima kasih bang HH..

    ReplyDelete
  16. Masih belum beli domain lagi...hajatnya bila dah berjaya buat duit online...

    ReplyDelete
  17. Terima kasih sbb berkongsi tips..... :D

    ReplyDelete
  18. Salam.
    Sangat membantu bagi blogger baru macam saya. Terima kasih tuan sebab menerangkan tips ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement