Saya baru sahaja baca satu blog post oleh rakan blogger mengenai strategi buat duit dengan blog. Dalam blog post tersebut, ada dikongsikan mengenai skill penulisan. Skill ini menurut rakan blogger tersebut merupakan skill atau kemahiran yang perlu bagi blog menjana income. Ok. Lupakan dulu soal income dari blog, tapi saya nak huraikan dari segi memantapkan penulisan di blog.

Kalau ikutkan, memang susah bila kita objektifkan cara kita menulis. Yelah, ada peraturan tertentu la pulak sampaikan idea yang membuak sukar nak diluahkan. Kena ikut inilah, kena ikut itulah. Jadi, bagaimana nak menulis dengan cara santai yang berasaskan kejujuran dan keikhlasan?

Tak perlu garu kepala, sebab saya sudah memikirkannya untuk anda. Apa yang anda perlu buat, ialah baca blog post saya ini sehingga habis, tak mau sekerat-sekerat sebab nanti jadi lain fahamnya. Eceh .. saya tau ... ada main baca takat A sampai M je, tak abis sampai Z, sampaikan ada yang komen merapu meraban tak tentu hala dalam ruangan komen .. hehehe... erkkk ok, bukan anda .. orang lain lah tu ... :P
3 Skill Penulisan Blogger Patut Tahu

3 Skill atau Kemahiran Penulisan Blogger Malaysia Patut Tahu

Memujuk

Tang mana memujuk-mujuk ni nak diaplikasikan eh? Mesti ini antara soalan yang bermain di fikiran. Saya gunakan skill memujuk ini dalam menulis entri berkaitan advertorial dan juga untuk entri yang ada link affiliate. Tapi bukan jenis memaksa. Memujuk ni cara halus, cara yang lembut. Tidak guna bahasa yang direct tetapi lebih banyak menulis secara kias.

Teknik ini juga digunakan supaya entri yang kita tulis itu dikongsikan oleh pengunjung kepada orang lain. Cara penulisan begini berkesan untuk membolehkan si pembaca merasa senang untuk klik LIKE atau SHARE mahupun Tweet atau G+1. Bila ada unsur pemujukan dengan artikel yang cukup baik, in Sha Allah ... entri anda bakal menyumbang trafik yang tidak terhingga banyaknya.

Perundingan

Teknik menulis sebegini saya gunakan untuk tajuk-tajuk entri yang agak kontroversi. Saya menulis dengan tajuk memikat membolehkan sesiapa sahaja yang terasa terkena tempias untuk baca setiap inci kandungan yang dipaparkan.

Contohnya, saya menulis mengenai isu A yang tergantung penyelesaiannya, saya cuba berunding dengan mengakhirkan penulisan untuk meneliti dan menulis lebih lagi mengenai isu yang dibangkitkan. Jadi, mereka yang telah baca akan tertunggu entri seterusnya. Saya berikan kebaikan, dan saya tangguhkan untuk berikan keburukan mengenai sesuatu.

Contoh entri mengenai bagaimana nak dapatkan rumah 1 Malaysia yang dikelolakan SPNB. Ada yang layak, ada yang tidak layak. Jadi dalam entri tersebut, saya berikan jalan perundingan untuk dapatkan rumah dalam program lain pula. Maka, yang merasakan tidak layak untuk dapatkan rumah 1 Malaysia, akan baca entri lain yang ada kaitan dengan pemilikan rumah. Saya sediakan satu bentuk rundingan, tak dapat program A, program B ada yang boleh dicuba.

Menggoda

Teknik ini saya pernah perincikan dalam tajuk-tajuk lain sebelum ini, seperti 3 Teknik Umpan Pengunjung Laman Sosial ... ....  errr mungkin tak sama, tapi lebih kurang la .. malah anda boleh dapatkan tips untuk cari ayat menggoda yang mengumpan di sini - 13 Perkataan Umpan Terbaik Tingkatkan Trafik

Menggoda selalunya akan disertai dengan gambar. Bukan gambar awek buka baju goda goda iman, tapi gambar yang memberikan bukti penceritaan dalam blog anda. Macam anda tulis tajuk entri - '2 Sebab Perlu Makan Burger Bakar' .... anda berikan sebab dan anda sertakan gambar. Gambar ini boleh berikan impak trafik yang tidak dijangka. Serius saya katakan, blog ini banyak dapat trafik hanya kerana gambarnya sahaja!

Contoh paling senang, lihat gambar di bawah, dicilok dari http://www.tiffinbiru.com. Amacam? Ini baru gambar menggoda, lagi ada pautan ke entri lain dengan gambar seberahi ini.

Dah cukup huraian pendek (pendek ke?) mengenai 3 skill penulisan yang blogger patut tahu. Ada lagi kot teknik-teknik lain, tapi setakat ini itulah yang saya tahu, itupun hasil perkongsian rakan blogger lain - Sabree Husein.

Cubalah pratikkan perlahan-lahan. Tak perlu gopoh. Dan janganlah anggap teknik meknik bagai ni satu bebanan pula pada diri nak menulis. Tulis seperti biasa, tetapi dalam ingatan anda sudah tahu akan ayat-ayat memujuk, berunding dan menggoda yang boleh digunakan.

Satu lagi, 3 teknik penulisan blogger ini juga akan membolehkan pengunjung terpikat dan rasa ingin lama berada di dalam blog ... tak percaya? Nanti praktikkan ehhh ....



12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. skill penulisan sangat penting bagi seorang blogger...melalui penulisan lah kita boleh kategorikan blogger tu jenis macam mana....

    BalasPadam
  2. skill penulisan memang sangat penting abang HH, bukan ciplak identiti orang...skill penulisan kita adalah identiti kita tersendiri...

    BalasPadam
  3. fuh! remeh juga nak menulis blog ni ye bro. Kena ada skill dan tatacara pujukan yang betul. Tapi, cabarannya semakin menarik bila apa yang kita kongsikan itu dapat dimanfaatkan untuk orang lain jugak, macam entri bro ni :). Terima kasih atas perkongsian, akanku cuba sematkan dalam kalbuku hihi :D

    BalasPadam
  4. salam singgah. kalau blog saya banyak letak testimoni, kiranya style menggoda la ye. wah biaq betoi :D

    BalasPadam
  5. Nice nnt kena aplikasikan goda pujuk runding mcm nak jual beli brg jer hehehe... jmput melawat www.kucinghitam.net

    BalasPadam
  6. Kan....kalau blogger gegurl kena lahh panggil ABANG HASRUL...jangan panggil pakcik atau uncle.....ehhh..silap komen pulak...hahaha....

    BalasPadam
  7. Setiap ciri penulisan bagi tiap-tiap blogger adalah tidak sama. Masing-masing ada keunikan tersendiri yang mana ianya terhasil melalui pembacaan yang meluas serta komunikasi yang pelbagai. Kemahiran menulis ini memerlukan masa yang lama untuk dibangunkan. Tetapi, ianya sangat berbaloi buat blogger kerana ia memberikan faedah jangka panjang.

    BalasPadam
  8. Ok. Akan cuba di praktikkan. Thanks for the tips ☺

    BalasPadam
  9. follower tak ramai takpe, janji post entri ada org baca dan komen :)

    BalasPadam
  10. Zara try plahan2 dan akan kongsi pula ngan suami. Kami bkn nak jd blogger pemes tp penulisan yg baik pasti mbuatkn pbaca kerap dtg blog kita.. alhmdulillah. .

    BalasPadam
  11. skill penulisan amat penting dalam mempengaruhi pembaca untuk terus membaca sehingga habis. thanks atas info ni bro. tang memujuk tu mesti lebih kepada blogpost promosi. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement