Tips atau petua menambahkan pengikut Twitter ini asalnya ditulis dalam bahasa inggeris, jadi maafkan saya jika penerangannya kurang jelas. Tips original anda boleh baca di sini - 5 Tips to Gain Twitter Followers
5 Tips Terbukti Bagi Menambah Pengikut Twitter
Tunjukkan Anda Punyai Akaun Twitter
Tunjukkan bahawa anda punyai akaun Twitter dan anda aktif di dalamnya. Akaun twitter yang sentiasa aktif selalunya akan menjadi perhatian. Orang lain tidak akan ikut sebuah akaun twitter yang lesu. Jadi, anda perlu menampakkan bahawa akaun twitter anda hidup.Pastikan letakkan URL akaun twitter anda di blog, paling bagus, anda letakkan widget twitter seperti yang pernah saya tampilkan dalam entri ini - Cara Letak Follower Twitter di Blog
Anda juga boleh tampilkan feed live tweet anda di dalam blog seperti yang pernah saya tulis menerusi tutorial widget tersebut di sini - Widget Twitter Pilihan untuk Blog
Anda juga boleh meletakkan URL akaun twitter anda di Facebook, Google+ mahupun email anda. Beritahu orang lain bahawa anda punyai akaun twitter, terutama kepada pembaca blog anda.
Kongsi Tweet
Share the #Love. Kongsikan tweet orang lain juga mampu meningkatkan jumlah pengikut atau follower akaun twitter anda. Lebih-lebih lagi jika ia sesuatu yang menarik dan ada kaitan dengan kehidupan anda. Misalnya saya, ada akaun twitter hasrulhassan.com, yang selalunya berkaitan dunia blog, jadi mana-mana tweet dari mana-mana sumber ada kaitan mengenai blog, akan saya kongsikan dan retweet.Gunakan hashtag (#) tertentu. Ada orang suka membaca tweet berdasarkan hashtag ini. Jadi, pastikan setiap tweet anda ada hashtag berkaitan, selain memberi impak pengikut, anda juga membina jenama anda sendiri dalam media sosial twitter.
Tweet Program atau Event secara Live
Haa .. ini merupakan antara cara dan kaedah yang semakin popular sekarang. Mana-mana event besar yang ada, kongsilah apa yang berlaku secara Live di twitter anda. Gunakan hashtag event berkenaan dalam tweet live anda. Mereka yang mahu mengikuti perkembang, cerita terkini pasti akan klik menjadi pengikut twitter anda. Terbukti! Ia pasti akan menambah pengikut atau follower twitter anda.Jadi Pengikut Akaun Twitter Orang Lain
Untuk mendapat ramai pengikut yang sama mode dengan anda, maka anda juga perlu mencari pemilik akaun twitter yang berkongsi atau tweet perkara yang sama dengan anda. Jadi pengikut individu atau organisasi ini. Kongsikan tweet anda dengan mereka dengan meletakkan @nama pada setiap tweet anda yang ada kaitan.Teknik ini juga saya gunakan untuk menambahkan trafik ke blog, malah ia cukup berjaya membuatkan nama-nama yang ada pengaruh tertentu menjadi follower akaun twitter anda. Contohnya seperti yang pernah saya tampilkan dalam entri ini - Bila Selebriti Jelita Baca Tweets dan Follow
Promosikan Akaun Twitter
Dalam apa jua produk, jenama dan sebagainya; jika mahu dikenali dengan lebih cepat, pastilah menggunakan teknik promosi. Ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk mempromosikan akaun twitternya. Namun, ada sahaja teknik atau promosi percuma yang boleh dilakukan.Anda boleh promosikan akaun twitter anda merupakan giveaway atau kontest - samada menjadi penganjur atau penaja. Boleh juga sediakan banner tertentu dan letakkan di blog-blog.
Cubalah tip-tips dan petua yang telah dikongsikan ini untuk tambah pengikut twitter anda.
Oh ya, jangan lupa untuk follow akaun twitter saya - http://www.twitter.com/hasrulhassan
Selamat mencuba.
Hanya perlu rajin buat semua tips tu. Kalau malas memang tak jadi la.
ReplyDeleteain nampak twitter ain disituu~~~
ReplyDeleteterima kasih sebab sudi follow tweet ain
Deno ada acc twitter tapi tak aktif... huhu
ReplyDeleteAda yang typo mas :3. Kata "Akaun" hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.