Komli adalah merupakan platform pengiklanan Asia Pasifik terbaik buat masa ini. Saya sudah menggunakan platform pengiklanan Komli dalam blog ini selama hampir setahun. Mula daftar pada 20 Jun 2013, pendapatan yang terhasil menerusi Komli alhamdulillah, agak baik. Pembayaran pertama masuk ke akaun saya adalah pada Mac 2014. Mengapa saya pilih Komli? Ada beberapa sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda, mengapa memilih platform Komli dari yang lain.

Komli merupakan platform pengiklanan yang asalnya dari India. Berkembang maju dan menjadi antara medium pengiklanan internet terbesar di Asia Pasifik setelah mengambil-alih Admax. Ia diasaskan oleh Amar Goel dan juga Akshay Garg. Pada tahun 2013, ia telah memperoleh lebih $30 juta dalam pengiklanan internet.
6 Sebab Pilih Medium Iklan Komli

6 Sebab Pilih Komli Ads Untuk Blog

Mengapa saya pilih Komli untuk blogspot saya? Ada beberapa sebab utama.

60:40 Keuntungan Pendapatan Iklan

Peratus keuntungan dibahagi 60:40. Bermakna saya akan menerima pendapatan 60 peratus daripada nilai sesebuah iklan yang dipaparkan itu. Apatah lagi ia merangkumi iklan CPM (Cost Per Impression), CPC (Cost Per Click) dan CPL (Cost Per Lead). Jadi, peluang untuk meningkatkan dan mendapat income hasil pengiklanan adalah tinggi.

Kebolehan Kawal Iklan Tak Berkaitan

Sebab kedua ialah anda boleh kawal iklan jenis apa yang mahu dipaparkan di blog anda. Jika ada iklan yang tidak menepati atau melanggar prinsip anda sebagai blogger, anda boleh ban dan block iklan tersebut, sebagai contoh, saya tak benarkan iklan berkaitan alkohol, judi, penceraian dan skim cepat kaya dipaparkan. Ia dapat dilakukan menerusi AdControl yang ada dalam Komli.
6 Sebab Pilih Medium Iklan Komli

Banyak Pengiklan

Sebab ketiga ialah faktor pengiklan. Ada banyak pengiklan yang menggunakan platform Komli untuk mengiklan. Jadi, agak meriahlah sedikit dengan pelbagai iklan yang dipaparkan di blog. Tak adalah nampak iklan yang sama je sepanjang masa. Cara begini akan menjadikan blog nampak dinamik, selain menyasarkan iklan dipaparkan kepada golongan tertentu secara rawak. Klik boleh terhasil seandainya masa iklan sesuai dipaparkan kepada pengunjung dan pembaca yang sesuai.
6 Sebab Pilih Medium Iklan Komli

Tentukan Nilai Minima CPC Iklan

Sebab keempat ialah anda boleh tentukan nilai minima CPC bagi satu-satu iklan itu dipaparkan. Cara ini akan bantu anda menjana income yang maksima. Sebagai contoh, saya tetapkan iklan yang mahu dipaparkan di blog mestilah iklan yang berikan nilai minima CPC sebanyak USD 0.20 setiap klik. Mana-mana iklan yang berikan nilai bawah atau berikan bayaran kurang dari itu tidak akan dipaparkan di blog. Amacam? Menarik bukan?

Income Masuk ke Akaun Bank

Sebab kelima ialah ia membayar terus ke akaun bank. Setelah selesai membuat permohonan untuk keluarkan pendapatan yang dijana, masa yang diambil selama dua bulan diperlukan bagi membolehkan income yang diperoleh menerusi pengiklanan dimasukkan ke dalam akaun bank. Setiap bulan, Komli akan menghantar invois atau penyata pendapatan iklan dalam blog kita untuk jangkamasa sebulan. Ada butiran iklan yang telah dipaparkan, dan jumlah perolehan yang dapat dari setiap iklan tersebut. Maka, ia adalah telus dalam soal pembahagian keuntungan dan pembayaran.

Boleh Pelbagaikan Iklan Selain Komli


Sebab keenam ialah anda boleh letakkan iklan lain seperti affiliate, churpchurp, 8share, Nuffnang, Adsense, h12 dan platform pengiklanan lain menerusi komli. Malah anda boleh jadikan platform pengiklanan Komli untuk membuat tawaran pengiklanan sendiri di blog dengan harga yang lebih berbaloi, kerana menggunakan konsep rotasi iklan (ads rotator). Kelebihannya, anda boleh jimat ruang di blog anda dengan pelbagai sumber iklan yang memungkinkan blog jana income lebih masyukkk .. yeah ...

Anda boleh baca enri ini - Cara Optimasi Iklan Komli dalam Blog untuk pelbagaikan iklan dalam platform Komli selain default iklannya.

Itulah 6 sebab utama mengapa saya menggunakan Komli dalam pengiklanan di blog. Malah, anda ada pilihan lain untuk memaksimakan income dengan Komli ini menerusi ROI dan juga affiliate dalam Komli.

Bagi yang belum mendaftar, bolehlah daftar secara percuma dengan Komli. Untuk daftar, boleh ke pautan berikut: Register Publisher with Komli

Anda hanya perlu isikan butiran berikut:
6 Sebab Pilih Medium Iklan Komli SEA

Kepada rakan blogger yang mahu mohon, diharap semoga anda berjaya. Banyak tips saya kongsikan mengenai Komli dalam blog ini untuk dijadikan panduan untuk anda. In Sha Allah, anda bakal menerima income pertama dari Komli dengan senyuman lebar nanti.





9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih untuk info ini.. berapa minimum trafik utuk apply Komli?

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik tapi masih belum lagi beralih kepada komli...

    ReplyDelete
  3. dah prnh ltk skjp dlm blog..tp enth..mcm msh blur2 dn x fhm cner nk tgok T&C komli..huhuhu..so remove dr blog..

    ReplyDelete
  4. Saiz iklan 970x.. terbaru komli mmg hebat, kadar klik bbrp hari klh pndptn sebulan berbanding saiz lain..

    ReplyDelete
  5. saya sudah mendaftar komli, semoga di apply
    thanks for sharing ^_^

    ReplyDelete
  6. nak jugak masukkan ads lain..tp risau kalau2 melanggar polisi adsense huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement