7 Tips Menulis Entri Hari-Hari - Ada rakan tanya, mana dapat idea nak tulis entri hari-hari? Hmmm ... kalau tanya orang lain, mungkin mereka boleh berikan banyak kaedah ... dan cara ikut kesesuaian masing-masing. Saya pun pernah juga beritahu bagaimana untuk tulis entri dalam ketiadaan masa, dan sebelum-sebelum ini juga saya pernah juga kongsikan panduan dan tips untuk tulis entri berdasarkan vlog oleh Redmummy dan juga Benashaari ....

Kalau tak pernah baca, anda boleh cuba search di ruangan carian yang dah disediakan.

Tapi, di sini saya nak kongsikan cara yang saya buat:

7 Tips Menulis Entri Hari-Hari Untuk Blog

7 Tips Menulis Entri Hari-Hari Untuk Blog

  1. Membaca artikel dari dalam majalah, akhbar. Dari situ anda akan dapat idea, dan anda akan gunakan enjin carian seperti Google dan Yahoo, untuk dapatkan fakta yang lebih banyak berserta gambar untuk menguatkan entri, olah mana yang patut ikut ayat dan bahasa penyampaian dalam blog.
  2. Mencari artikel dan juga info dari ruangan forum dan juga laman komuniti tertentu, contohnya mymesra dan forum-forum luar negara mahupun tempatan. Cuba berada tetap di ruangan forum tertentu. Dari sana anda bukan sahaja leh ada idea, tetapi bahan untuk dijadikan entri di dalam blog.
  3. Baca akhbar online, tetapi bukan tajuk utama, ambil tajuk kecil2 yang nampak menarik, sebab tajuk utama dah diambil oleh enjin carian untuk akhbar tersebut.
  4. Menerusi Facebook dan juga Twitter. Anda boleh nampak trend sesuatu cerita, dan anda boleh ambil info2 dari Facebook dan Twitter untuk dijadikan entri. Contohnya; kisah kejayaan pasukan Malaysia menang Piala Suzuki AFF. 
  5. Untuk mereka yang sering buat entri mengenai keluarga, kalau macam sikit je idea nak tulis, boleh kuatkan dengan buat carian sedikit fakta. Ia akan buat entri lebih menarik.
  6. Untuk pelajar, boleh kisahkan cerita-cerita masa remaja, masa kecil anda, tentu ada pengalaman yang menarik, lucu dan mungkin seram yang boleh dijadikan tajuk entri.
  7. Bagi surirumah, of course kongsikan tentang masakan, tentang asuh anak, tentang petua yang anda gunakan. Kalau boleh petua sendiri yang anda gunakan, sebab ia akan jadi lebih menarik jika anda ada pengalaman sebenar mengenainya.

Okeh .. itu sebahagian idea untuk anda, yang saya sendiri gunakan dalam blog ini. Saya juga pernah jadi pelajar, dan saya tahu menjadi surirumah (househusband), saya juga pengguna Facebook dan Twitter, dan saya ada pengalaman seram sejuk, gembira, sedih dan saya juga suka baca akhbar online.

Manfaat boleh dicari, cuma kita jer yang kadangkala rasa malas nak menaip ... oh ya, jangan lupa, apabila ambil sesuatu, beritahu, tak beritahu pun kasiklah backlink untuk si pemberi info ... :)




28 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. so,point paling penting...
    banyakkan membaca.kan? Hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam, bagus tips menulis hari2 ni.. thanx sharing :)

    ReplyDelete
  3. Idea tu sebenarnya ada di sekeliling kita.Contohnya tengok burung, boleh cerita pasal burung.Tengok cicak, boleh cerita pasal cicak.Tak gitu? :D

    ReplyDelete
  4. bagus tips tu, akak biasanya buat n3 dari pembacaan

    ReplyDelete
  5. @azrijohan yer betull, tu la, saya pernah terbitkan entri ttg bagaimana kita sebgai rakyat Malaysia ni kurang membaca ..

    ReplyDelete
  6. utk yg slalu baca bahan2 di internet, npapers dan majalah tu, kalo dlm BI pun bacalah jugak. kebanyakan org suka petik sesuatu isu semasa dr sumber2 berkenaan dlm BM ajer. try to explore bahan2 yg dlm BI lepas tu translate balik ikut apa yg kita faham dr bahan berkenaan dan tulis di blog. ni blh jadi 1 lg cara utk luaskan skop pengetahuan dan bahan utk disiar dlm blog.

    ReplyDelete
  7. HH, tq for the tips...hmmmm..byk faedah nya...tips2 awak..huhu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. . Tips yg btol2 bguna. Trima kasih =) zara bkongsi blog ngan suami. Suami suka baca blog HH.. dia try update entry kblkgn ni..kongsi tips jg tp masih blur2 nak guna ganti nama diri dan masih myelesakn diri ngan dunia blog.. sma ngan zara.. hehe.

    ReplyDelete
  9. Silakan .. memang diminta pun ... hoho ...

    ReplyDelete
  10. good tips..ida pun dh brape ari xupdate blog ni..kering idea..huhu

    ReplyDelete
  11. TQ... ada yg dah praktikan dan ada yg belum lagi, tip yg menarik dan berkesan.

    ReplyDelete
  12. Semua dah pernah cuba, cuma penyakit MALAS yang jadik hantunya...hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement