Ada yang tanya saya, "layakkah seorang blogger baru beriya-iya letakkan widget Alexa dalam blog?" Saya kata .... "Awal mula buat blog, inilah antara perkara pertama saya buat, iaitu letakkan widget Alexa." Kerana apa? Ini disebabkan Alexa Rank boleh berikan kesan psikologi yang bagus untuk ada semangat nak update blog.

Ya, saya letak widget ini sebagai membakar semangat untuk update entri hari-hari. Anda mungkin tidak nampak widget itu di dalam blog ini, tapi saya sebenarnya memang ada meletakkan widget itu di tempat yang khusus, sesuai dengan nilainya sebagai tanda aras sesebuah blog.
Alexa Rank Naikkan Semangat Update Blog

Alexa Rank Naikkan Semangat Update Blog

Saya suka melihat widget ini sebagai salah satu antara target, misi dan visi dalam berblog. Sebabnya, kita akan ada arah, tahu apa yang ingin dicapai. Ingat lagi mengenai konsep M.E.S.T.I yang pernah saya tulis? Ia merupakan panduan untuk seorang blogger berjaya bersama dengan blognya. Bukan setakat berjaya menaikkan nama blog dalam dunia blog Malaysia, tetapi juga menjadikan blog sebagai salah satu sumber pendapatan.

Tentu seronok bila melihat rank Alexa semakin hari semakin baik. Dan apabila ada yang tidak kena, atau ranking makin menaik, secara automatik, pastinya akan cuba perbaiki. Salah satunya ialah dengan kemaskini blog dan berikan entri-entri terbaru.
Alexa Rank HasrulHassan.com April 2014

Widget Alexa Bukan Kemestian

Namun, seandainya anda tidak memerlukan widget Alexa dalam blog ... tidak mengapa, dan bukan jadi satu kesalahan serius pun. Saya cuma memberikan laluan untuk anda tahu bagaimana saya telah memperoleh kedudukan yang ada sekarang ni. Dan ia menjadi antara pemangkin saya update blog saya setiap hari.

Jadi, janganlah terkejut kalau satu hari, saya ada update entri blog sampai 3-4 dan kadangkala sampai 10 entri sehari .... sebab bukan apa, ada blogger baru yang tanya saya, dari mana dapat semangat update blog hari-hari .. dan inilah salah satu puncanya.

Blog Suka-Suka Tetapi Ada Misi

Sekali lagi, dalam dunia blog walaupun hanya buat blog untuk suka-suka, anda kena ada misi, target tertentu, takkanlah mahu buat satu blog untuk sesuatu yang sia-sia, lagi sia-sia jika anda berkongsi cerita yang dok aibkan orang lain, dan kemudian letak gambar anda yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang lain.

Buat blog biarlah memberikan manfaat, dan untuk menjadikan ia bermanfaat, jadikan blog itu satu yang bermanfaat untuk diri sendiri, dan barulah untuk orang lain.

Elakkan diri untuk cepat berputus-asa. Dan paling penting, sentiasa rasa bersyukur dan tidak hasad dengki dengan kejayaan orang lain.



13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. serius sy dah hilang semangat... klu ikut konsep mesti ... perlu ada mentor.. HH jd mentor sy lah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ini saya dah ada mantee-mantee .... bukan kerja mudah, ia satu yang banyak ambil masa saya. Selalunya saya buka ruang bertanya pada saya di FB dan saya akan jawab semua persoalan yang boleh saya jawab.

      Seandainya ia boleh berikan kesan positif pada yang lain, saya akan terbitkan dalam blog. Jadi, di sebalik kita belajar, kita juga 'mengajar'.

      Delete
  2. setuju dengan HH . bila tngk angka semakin kecil . ia menjadi motivasi untuk trus kecilkan lagi no tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan? Lagi2 la kalau blogger baru .. benda2 camni walaupun sebenar impak tak banyak tapi dari segi saiko .. memang boleh membantu.

      Delete
  3. Tahniah sekali lagi buat encik Hasrul..anda. Memang hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weschairs juga tak jemu jemu cari ilmu, tabik tabik.

      Delete
  4. Ya...Alexa Rank dapat memberi semangat dan motivasi jika ianya berterusan bertambah baik...tapi kalau makin menjunam...boleh hilang pula semangat tu...huhu

    p/s: Tahniah! Satu lagi rekod baru...dan sememang rekod dicipta utk dipecahkan... Next record please :)

    ReplyDelete
  5. setuju sgt bro.. tp klu merudum, be positive & tingkatkan usaha utk naik :)

    ReplyDelete
  6. Dulu sy selalu monitor sy punya alexa.. bahkan pernah jugak lah dlu alexa rank dlm lingkungan 1000~1500 kat malaysia.. tetapi setelah byk blog baru tumbuh bak cendawan selepas hujan .. habis terus rank tu... terus jd beribu2..hahaa.. tak terkejar dah...hehe -syafiq tao slayerz-

    ReplyDelete
  7. betul tu,teringat masa baru tukar domain, teruk gak rank alexa jatuh, mmg ambil masa la nk kembali cantik bawah 2k, alhmdulillah, sekarang dah kembali bawah 2k dan akan terus berjuang utk bawah 1k ;)

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum...bro HH,

    moga2 dengan kenaikan ranking alexa nie menaikkan lagi semangat bro HH utk terus maju...amin.

    mselim3

    ReplyDelete
  9. dah letak dah widget kat blog...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement