Bagaimana Awalnya Saya Belajar Mengenai SEO?
Gara-Gara Gila Nak Buat Duit Online
Pertama sekali, saya mula buat blog hanya kerana tarikan buat duit secara online. Saya giat cari cara untuk tambah income saya bagi langsaikan hutang yang ada, lebih-lebih lagi hutang dari kad plastik yang banyak buat orang muda muflis.Ketika itu, kebanyakkan blog saya adalah dalam bahasa Inggeris, dan saya menjadikan Adsense sebagai salah satu cara untuk jana income menerusi blog. Saya wujudkan beberapa blog yang ada niche sendiri. Paling banyak adalah blog berkaitan online marketing. Artikel saya ambil daripada beberapa direktori artikel yang membolehkan artikel disalin tampal dengan sah (atau dengan izin) ke dalam blog. Masa tu, tak timbul isu copy paste ... sebab backlink dah tersedia, hanya salin bulat-bulat dan letak dalam entri. Google pun tak marah masa tu, dan Adsense saya berjalan seperti biasa.
Kemudian, saya sedari sesuatu.
Online Marketing - Penting SEO
Banyak artikel marketing menyebut tentang SEO. Apatah lagi apabila ia berulang kali mengatakan bahawa penting untuk seorang blogger yang mahu income dari blog supaya menerapkan penulisan di blog yang ada ciri SEO ini.Saya pun, secara bertatih belajar mengenai SEO daripada blog-blog dan laman web yang bercerita pasal perkara tu. Dan antara blog yang banyak saya refer adalah Problogger.net. Malah saya melanggan semua newsletter yang disediakan oleh blogger Darren Rowse ini, antaranya Digital Photography (belajar teknik ambil gambar).
Dalam proses belajar tu, dah beberapa kali blog saya dirombak template, sampai pernah sekali saya hampir putus asa.
Template SEO yang paling best pernah saya gunakan ialah .... baca sini - Thesis Template for Blogspot malah saya juga pernah mencuba template SEO lain di sini - Dua Variasi Template Mesra SEO Blogspot
Semua template yang saya gunakan, saya buat beberapa perubahan supaya sesuai dengan citarasa selain menambahkan lagi kemungkinan entri dan blog berada di halaman enjin carian.
Dan dari situ, saya beralih belajar teknik SEO yang lain, terutama berkaitan Seni On-Page SEO dan Off-Page SEO.
Banyak juga pendedahan blogger-blogger hebat seperti Eizil, AriffShah, Kujie, Akma Omar dan beberapa nama lain yang tak dapat nak disenaraikan semua yang mempengaruhi cara saya menulis teknik SEO ini.
Berani Untuk Mencuba
Satu benda yang paling penting dalam belajar mengenai SEO ialah keberanian untuk mencuba, praktikkan di dalam blog. Mungkin ada masa ia undang bahaya dek kerana ilmu koding yang tak seberapa, tapi in Sha Allah, ia berbaloi untuk maju dengan blog sendiri.Blog saya pernah kena malware, pernah hilang, pernah kena penalti Google, pernah dibuat semula, pernah juga domain name dibeli oleh orang lain! Itu antara pengalaman yang banyak saya belajar.
Inilah sedikit sebanyak yang saya boleh katakan mengenai bagaimana awalnya saya belajar mengenai SEO ....
Belajar mengenai SEO bukan sehari dua, tapi bertahun. Dan lebih mencabar lagi apabila teknik SEO itu berubah dari tahun ke tahun. Hari ini, mungkin nampak banyak entri blog ini di carian Google, esok lusa mungkin tidak. Jika saya tak belajar lagi dan lagi ... dan anda pula lebih cekap daripada saya, in Sha Allah .... anda bakal jadi blogger yang lebih hebat.
apa yg penting setiap blogger tahu cara nak optimize blog memasing dr awal..:)
ReplyDeleteYa, dari awal .. tapi kalau tengah jalan cam aku pun leh gak Reezluv. :)
Delete"Satu benda yang paling penting dalam belajar mengenai SEO ialah keberanian untuk mencuba, praktikkan di dalam blog."
ReplyDeleteBetul tuan. Kena berani mencuba. Tapi masalahnya sampai sekarang saya tak jelas sangat macam mana SEO ni bekerja? Huhu
saya juga akan belajar, belajar dan belajar :D
ReplyDeletein sha allah....
singgah sini.. moga tuan blog dimurahkan rezekiii... amiiin
Amin, semoga doa anda dimakbulkan.
DeleteCabaran dan dugaan itulah yang membuatkan SEO ini menarik dan menyeronokkan. Tambahan pula ianya sering berubah dan berseni...maka ianya sesuatu yang sentiasa perlu dipelajari dan difahami.
ReplyDeleteIni baru belajar peringkat awal belajar...akan saya nantikan seterusnya!
Betul tu Bin Muhammad, cabara yang kadangkala pening pala ooo ..
DeleteBelajar menulis blog ni memang sampai bila-bila pun tak kan khatam. Dunia online ni perubahannya pantas, hari ni kita buat orait belum tentu besoknya tu akan orait juga.
ReplyDeleteYa, kalau blogger part time nak main-main SEO ni dengan belajar sendiri, memang susah la .. :) tidak dinafikan satu kelebihan blogger sepenuh masa.
Deletemasih lagi belajar dan terus mencuba sehingga berjaya...
ReplyDeleteByk kali jatuh jd byk kali bangun dengan semangat yg makin kuat. Kalau minat tu dh mmg dalam 'darah', jatuh byk kali pun takper kan Hasrul Hassan? Hihi
ReplyDeletenad pun masi belajar..kalau boleh berkongsi ilmu lagi seronok..=)..terima kasih bang hh sebab share perkara macam ni
ReplyDeletesusah betul gua nak lepas komen kat blog lu nih. haiyaa....malam-malam baru bukak kahh..
ReplyDeleteAku siang aku buka Titan .. memalm ni .. kang nak tido aku tutup la kasik setting Registered User tu ....aku tido paling lewat jam 4 ... huhuhu
DeleteMmg bnyk lg yg saya perlu belajar.. t kasih atas perkongsian HH..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.