Ramai yang rungut bagaimana susahnya mahu mencari niche sendiri untuk blog. Ya, saya faham. Memang sukar tetapi tak mustahil. Kena buat kajian dan kerja sikit, in Sha Allah boleh punya. Salah satu caranya ialah dengan mencari lompang dalam dunia blog Malaysia untuk dapatkan niche blog sendiri. Saya akan cuba huraikan dan berikan sedikit tips untuk cari niche blog ini.

Saya ambil contoh blog ini, bagaimana saya menetapkan dan mencari niche blog ini.

Untuk pengetahuan, niche blog ini adalah berkaitan dunia blog Malaysia - berkaitan lifestyle dan kehidupan seorang blogger sepenuh masa, tips dan panduan berblog, dan rahsia-rahsia serta teknik terbaik untuk blog blogspot menjadi blog terbaik di enjin carian (SEO). Saya tekankan segalanya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya.

Cari Lompang Dunia Blog Bagi Cari Niche

Bagaimana saya mencari niche ini?

Secara mudahnya ialah dengan menetapkan keyword atau kata kunci blog ini. Saya senaraikan satu persatu tidak lebih daripada 10. Kemudian, saya gunakan keyword ini di enjin carian Google. Cuba lihat apa yang saya telah lakukan ini, saya gunakan dua kata kunci utama untuk menyerlahkan blog ini.


Dua kata kunci tersebut ialah Panduan Blogger dan Panduan Blogspot. Saya target dua kata kunci ini supaya mereka yang mahu buat blog blogspot dapat ilmu dan panduan terbaik.

Awal mulanya saya letakkan kata kunci tips dan tutorial blog, tetapi nampak banyak blog dah gunakan kata kunci ini. Jadi, cari alternatif dengan mencari kata kunci yang hampir serupa.

Cuba lihat kata kunci di atas, Panduan Blogger dan Panduan Blogspot. Lihat pada jumlah carian. Panduan Blogger lebih kecil nilainya. Jadi kata kunci tersebut saya pilih untuk sering menjadi pedoman bila tulis mengenai tips, rahsia, teknik dan berkaitan dunia blog Malaysia.

Ingat lagi tak mengenai tips SEO blogspot berkaitan menjadi ikan besar di kolam yang kecil?

Cari lompang dunia blog bagi cari niche dengan meletakkan kata kunci dan lihat pada jumlah carian yang terhasil. Jika semakin kecil, maka pilihlah kata kunci dan menjadikan ia niche dalam blog sendiri.

Ini sekadar panduan dari yang banyak. Anda boleh cuba dan praktikkan bagi cari niche blog sendiri. In Sha Allah... boleh.



18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mencari niche blog sendiri bukannya dalam waktu sehari, tetapi perlu memakan masa juga kan abang HH?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, saya sendiri kejap on kejap off, cari rentak. Sekejap perkenalkan niche ni, sekejap niche tu ... banyak trial n error ...

      Padam
  2. Terus terang...saya sebenarnya tertarik dengan perkataan lompang tu...(sebut lompang terus teringat kuih...hehe) Saya ingatkan salah eja (lompong) rupanya memang sama maksudnya. Tinggi juga perbendaharaan kata HH.

    BalasPadam
  3. bagus tips ni..teruskan pakcik..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih lelaki kacak dari Ipoh .. hehehe

      Padam
  4. rasanya faham..sikit2..
    :)
    bru2 lagi berjinak2 dgn blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari kata kunci untuk blog, lepas tu try Google, tgk berapa ramai pesaing lain dengan kata kunci serupa.

      Padam
  5. Balasan
    1. Hmmm .. kalau baca pelan2 in Sha Allah faham ... :) tak faham nanti leh tanya ehhh ..

      Padam
  6. Oo.. zara faham ni. Cuma jarang guna kan kata kunci.. masi blaja nak aktifkn pgunaan kata kunci..

    BalasPadam
  7. tips yg berguna ..terima kasih

    BalasPadam
  8. saya bab cari keyword ini ..betul ambik masa..

    BalasPadam
  9. terima kasih untuk tips yang berguna..masih baru lagi dalam dunia blog

    BalasPadam
  10. Perlu kesabaran yang tinggi ni, "menjadi ikan besar di kolam yang kecil" nampak macam simple, tapi step nya macam banyak jer..huhu...dari newbie

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas info yang dikongsikan

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas ilmu ini. Ini ilmu baru bagi saya yang masih baru dalam dunia blog.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement