Inilah antara hadiah terbaik selama saya berblog. Walaupun ia bukan wang ringgit atau gajet canggih, kata-kata dari seorang blogger lain tanda penghargaan memang satu yang bermakna dalam diri saya. Ia ibarat pencapaian yang membuatkan hati saya gembira dan bersyukur. Rasa tidak sia-sia selama ini saya menulis penuh hemat dan cermat.

Saya bukanlah seorang insan yang lahir menerusi ijazah yang mengajar cara menulis dengan baik. Apatah lagi apa yang saya belajar lebih banyak kepada bahasa 1 dan 0, yang titiberatkan soal logik.
Hadiah Terbaik Sebagai Blogger Part 1

Ini minat saya. Minat saya dalam menyampaikan sesuatu dengan penulisan. Saya memang suka menulis, dan blog telah memberikan peluang seluas-luasnya buat saya menulis mengenai sesuatu. Jika dikira, saya boleh menulis banyak benda, berdasarkan apa yang saya tahu dan telah alami dalam kehidupan seharian saya.

Blog ini, alhamdulillah, ada impaknya sendiri. Terima kasih buat semua yang sudi berkongsi (like dan share) apa jua artikel, blog post atau entri yang telah diterbitkan. Jasa kalian memang tak boleh dibalas dengan mudah. Semoga Allah berkati atas segala usaha.

Hadiah Terbaik Sebagai Blogger Part 1


Berbanyak terima kasih pada blogger baru mahupun lama yang sudi baca blog ini untuk secubit ilmu yang dipinjam dan diilhamkan kepada saya. Saya menyampaikan mana yang perlu bagi manfaat semua, terutama blogger. In Sha Allah ... saya akan terus lakukan apa yang saya minat selagi hayat dikandung badan, selagi nyawa masih diberikan, selama mana ilham didatangkan kepada saya oleh kehendak Allah S.W.T.

Tahniah dan terima kasih kepada blogger-blogger yang sudi kongsikan ilmu blogging buat semua terutama kepada saya ...

Dan terima kasih kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini ....

 


24 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tahniah hh..lya kekadang segan dgn hh.lya selalu jadi silent reader je baca entri2 hh...lya nie trlalu masih new bie dlm dunia bloging nie..menulis pun biasa-biasa je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu segan dengan saya ... dalam blog nampak cam skema je, tapi in Sha Allah .... saya bukan pencari musuh .. :)

      Delete
  2. TAHNIAH ! saya juga menghargai dan sangat berterima kasih diatas segala elmu dan perkongsian abang selama ini. Blog ini akan sentiasa menjadi rujukan saya.Semoga abang dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. In Sha Allah ... semoga Allah berkati apa yang saya lakukan dalam hidup ini. Tiada yang lebih baik dari redha Allah S.W.T.

      Delete
  4. Memang layak di hargai..worth every penny. Tiada sesiapa yang akan sangkal kredibiliti otai2 blogger seperti anda dan rakan2 yang lain. Saya tumpang berterima kasih...

    ReplyDelete
  5. husna perasan post kak siti rohaida psal HH dan yg lain..
    memang betul pon, husna pon banyak belajar dr sini..
    terima kasih ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana menjadi pembaca dan pengunjung blog ini. Kehadiran dan komen menjadi nadi blog ini untuk terus berkongsi. In Sha Allah .. tak dapat beri 100 .. beri 10 ... beri 1 pun dah cukup baik. Alhamdulilah.

      Delete
  6. Melalui blog HH inilah saya banyak menimba ilmu teknikal mengenai blog. Ilmu yg dicurah diamalkan dan semoga ganjarannya mengalir kepada HH...hanya itu sahaja yg mampu saya berikan, Terima kasih...

    ReplyDelete
  7. Tahniah HH.. baru dpt menyinggah lepas cuti sekolah hehee.
    HH mmg bnyk membantu saya membuka minda ttg kebaikan dunia blog.. boleh juga dikatakan yg saya ni minat juga menulis walaupun tak sebaik mana pun penulisannya. Tetapi melalui berblogging ni dpt menyatukan serta menyokong kerjaya & minat saya secara langsung. Ia dpt juga jadikannya sbg sumber inspirasi kpd anak2 saya, samaada ttg kerja, pandangan atau pengalaman yg saya kongsikan.
    Saya akan ttp ingat akan jasa itu & hanya Allah shj yg membalas segalanya dgn kebaikan & keberkatan buat HH sekeluarga... aamiin. All the best HH.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlupa pula nak ucap Terima kasih HH.. :)

      Delete
    2. Allah Maha Besar .. Allah Maha Besar ... moga usaha ini dapat bersihkan hati dan hapuskan dosa kecil yang pernah saya lakukan. Tiada apa yang lebih baik daripada apa yang Allah berikan.

      Delete
  8. jika dalam arena platform Blogger ..blog HH adalah yang terbaik.kira boleh jadi no.1 dikalangan kami pengguna blogspot

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hanafi, saya telah merasai kesukaran awal menjadi blogger blogspot, jadi pengalaman lampau itulah yang motivasikan saya kini, apatah lagi ada sokongan seperti anda dan ramai rakan yang lain. Bukan mudah, tapi in Sha Allah, berbaloi.

      Delete
  9. yup, seseorang yg dipanggil 'OTAI' memberi inspirasi dan rujukan kpd newbie mcm weools. menulis kerana pengalaman dan minat membuahkan hasil. tanpa perlu dipaksa =) semoga abg HH maju lagi

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..ha..bila nak turun Ipoh..shoot model?hahaha..

    ReplyDelete
  11. Blog ini telah menjadi wasilah untuk saya bangkit kembali berblogging dan mengenali SEO serta teknikal-teknikal dalam blog. Rasanya tak terbalas jasa Sifu HH. Terima kasih, tahniah dan teruslah berkongsi demi semua orang:)

    ReplyDelete
  12. Sis pun banyak belajar dari blog HH ni, inilah tempat rujukan yang pertama sis masuk dan sehingga hari ini pun sis masuk sini.

    Tahniah buat HH dan teruskan usaha murni anda. Semoga dimurahkan rezeki yang lebih berganda

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah Hanny .... saya juga gembira dapat kenal ramai rakan blogger yang baik hati ...

      Delete
  13. Replies
    1. Terima kasih GreenLava ... lama tak buat entri berkaitan blogspot ... :)

      Delete
  14. Ea ??? Terima kasih HH.. zara mmg suka dtg kaut ilmu kat sini. Plahan2 zara bawa ke blog sb kena fahami btul2 dlu.. tp sumber pemahaman mgenai blog mmg kbykn zara tahu dari bloh HH.. Alhamdulillah. . Terima kasih bkongsi ngan kami.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement