Nak Tahu Cara Nak Nikah Lebih Seorang? Saya tahu ramai pembaca blog ini merupakan golongan ekstrimis wanita. Dan selalunya bila seorang lelaki bicara akan soal poligami, hati mereka akan terhenjut-henjut dan mulut akan berkumat-kamit. Ya, mereka sangat sensitif bab lelaki atau suami yang mahu nikah seorang lagi. Mereka akan jeling-jeling bila berbicara soal lelaki atau suami nak nikah lebih seorang. Itu normal. Menjadi tidak normallah andai seorang wanita yang sudah berkahwin buat-buat tak tahu sahaja ...

Ingat Mudah untuk Bernikah Lebih dari Seorang?

Ingat mudah ke nak nikah lebih seorang?

Bagi wanita, memang tak bolehlah nak nikah lebih seorang, sebab memang syaratnya begitu, wanita muslim memang tak boleh nak nikah lebih dari seorang suami dalam satu-satu masa. Jika boleh pun, suami yang ada perlu samada menceraikannya ataupun sudah meninggal dunia.

Tapi bagi seorang lelaki muslim, dia boleh nikah lebih seorang asalkan tidak lebih dari empat. Itu memang syarat untuk umat Muhammad S.A.W akhir zaman. Tak perlu nak debat sangat, sebab ini soal hukum hakam dan syariat dalam Islam.
Ingat Mudah Ke Nak Nikah Lebih Seorang?

Kesusahan Seorang Suami Nikah Lebih Seorang

Cuma ... saya ingin berbicara dengan pembaca-pembaca budiman tentang kesusahan seorang lelaki yang telah bernikah lebih dari seorang ini.

Ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan cetek saya. Pada orang lain, mungkin pandangan mereka berbeza, sebab guru mereka berbeza dengan saya, dan tingkatan ilmu juga berbeza. Pendapat saya bukan pendapat semua lelaki, tetapi merupakan pendapat peribadi.

Ingat mudah ke nak nikah lagi seorang jika sudah punyai isteri?

Susah. Bukan susah bab peraturan bagai ... tetapi susah disebabkan tanggungjawab. Sebagai lelaki, tanggungjawab menjadi seorang suami bukan mudah. Ia merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul dari semua orang yang bernaung dibawah ketiaknya ... siapa mereka? Mereka itu adalah isteri (atau para isteri) dan anak-anak.

Seorang isteri dua anak. Ok.

Dua isteri ... ada dua anak setiap seorang. Ok.

Tiga isteri ... ada lagi dua anak setiap seorang. Hmm .. Ok kot.

Empat isteri ... fikirlah sendiri.

Buruk baik mereka, dosa pahala mereka, si lelaki atau suami atau ayah ini yang perlu dipertanggungjawabkan. Masa depan mereka, pengakhiran mereka terletak di bahu si suami. Bukan mudah. Nikah itu mungkin mudah, tetapi tanggungjawab tu .. bolehkah dipikul?

Hanya Lelaki Muslim Benar Hebat Sahaja

Apa yang saya nampak, suami yang berjaya nikah lebih dari seorang ini bukan calang orang. Isteri solehah, anak-anak pula berjaya dan jadi anak-anak yang soleh dan solehah. Disebabkan mereka berjaya dengan tanggungjawab pertama, maka ... nampak mudah bagi suami seperti ini untuk diberikan laluan bernikah satu lagi ... iaitu lebih dari seorang.

Yang jadi malangnya ialah ada lelaki yang hanya nampak keperluan untuk menjadi suami lebih kepada seorang isteri berdasarkan kepada kemampuan fizikal dan harta benda, walhal ia merupakan satu tanggungjawab yang sangat berat. Andai dia fahami maksud hadith berikut ...
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)
Sebagai suami, sanggupkah anda melihat isteri (atau para isteri) masuk ke neraka? Jangan semasa bercinta sahaja tahu berbicara bulan bintang, lautan api, neraka dan syurga sahaja.

Bukan mudah. Mampukah?

Pesanan Buat Para Isteri

Dan buat ingatan kepada isteri, berilah sokongan kepada si suami, bukan mudah bagi suami nak bantu anda masuk syurga, termasuklah melahirkan anak-anak yang akan mendoakan dan menjadi aset setelah mati. Tidak mahukah anda 'melihat' suami anda masuk syurga? Dan tidakkah anda mahu diri anda terlepas dari seksaan api neraka?

Pilihan di tangan anda semua, baik si suami mahupun isteri.
Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang, Rasulullah S.A.W melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:

“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.

Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?”

Baginda S.A.W menjawab : “Kerana kekufuran mereka.”

Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?”

Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR Bukhari) 
Semoga kita semua beroleh sesuatu manfaat daripada perkongsian kerohanian ini. Saya bukanlah contoh, apatah lagi untuk berkata sesuatu yang sebegini. Namun, ingatan ini harus diberikan kepada semua agar semua kita tahu bahawa mati itu sangat dekat, dan apa yang kita semua mahu tentulah satu pengakhiran yang baik.

In Sha Allah.


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Hahaha... amboiii... baca tajuk entri je terus hilang Monday blues saya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah .... celik celikkan ... dan berikan pada yang kurang nak celik.

      Delete
  2. Salam, yang paling susah dalam hidup adalah bersangka baik dan selalunya kita memikirkan benda yang susah susah. Jelasnya kesempurnaan itu sukar dicari melainkan cuba dengan usaha mengada ngadakannya. Wanita pula sememangnya sukar merasa " puas" dengan apa yang diada adakan manakala kita pula tidak pernah jadi sempurna. Keputusannya laluilah pengalaman itu dengan tujuan bukan nak jadi HERO tau MODEL. Lain orang lainlah cita rasanya, lain cara menanganinya. Kalau pandai berkolek, sampai juga ke tepi pantai, jangan takut pada ombak dan gelombang bergelora kerana gelora di laut sama juga gelora di darat. Lama lama... alah bisa tegal biasa. Selamat mencuba dan selamat pengantin baru, semuga Allah taala membantu anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhh ucapan selamat pengantin baru untuk siapakah??

      Delete
  3. Tanggungjawab seorang lelaki yg kawin lebih dari satu amat berat ...
    Kawin dua berat jugak ..kawin tiga berat lagi kawin empat berat la sangat kalau tak reti nak seimbangkan..Pendek kata la kan ..kalau TERNIAT di hati nak kawin lebih dari satu kena fikir akan kemampuan diri dan sifat diri itu sendiri ..Jika kawin sekadar memenuhi sunnah sahaja tapi tak mengamalkan sunnah susah juga tu ..Fikir2kan selamat beramal...Bila kawin ikut sunnah bila bab tanggungjawab ke mana ??? Jadi fikirkanlahhh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai lelaki tak fikir sangat benda ni .. nak tau sedapp je.

      Delete
  4. Bukan setakat bernikah lebih, seorang pun belum dapat lagi..tetapi apa pun tanggungjawab seorang lelaki ni sebenarnya berat..bila sudah bernikah bukan sahaja tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak, malah tanggungjawab kepada ibu bapa pun tidak boleh diabaikan..

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya tak perlu takutkan sangat kalau kawin lebih dari 1, yang penting jaga kebajikan no 1 dan kebajikan no2. Ramai orang cakap kena adil, yer betul kena adil, tetapi adil mengikut keperluan isteri - isteri . Nak ada isteri dua silakan, perempuan dah lebih ramai dari lelaki sekarang nih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement