Perghh, hangat juga isu tudung Fareeda Nyata Jelita ini ye. Saya tak mahu nak panjangkan isu, cuma nak kongsi sedikit mengenai satu komen facebooker di page FB Fareeda Nyata Jelita. Satu komen teguran yang ditinggalkan berkaitan isu Jual Tudung Fareeda Tiruan.

Semalam, saya kongsikan pendapat berkaitan tiru paten tudung Fareeda ni. Itu dari sudut dan pandangan bahawa jangan menipu pelanggan dengan jual tudung tiruan dengan guna satu jenama terkenal, jual lak dengan harga sama mahal. Tak patutlah tu. Hang jual produk 'ciplak' tapi harga sama.

Al Kisah Tudung Fareeda

Isu tudung Fareeda memang hangat diperkatakan, bukan sahaja di Facebook malah di blog-blog Malaysia.
FB Fareeda

Bukan terpakai kat produk si Fareeda ni sahaja, tetapi semua produk-produk lain, termasuklah Quran Digital, telefon bimbit, alat solek, produk pemakanan .... nampak je satu produk ... lagi-lagi yang ada brand yang digilai ramai, terus buat yang ciplak .. pastu jual harga sama ... yang pelanggan punyalah percaya lalu beli. Walhal leh je dapat produk tu dengan harga lebih murah.
 
Jelas tak keypoint kenyataan di atas? Jual produk tiruan dengan harga sama dengan produk original.

Komen Terbaik Facebooker Dalam FB Fareeda Nyata Jelita

Blog post kali ini, ada lain sedikit .... seperti awal saya sebutkan, saya nak highlight satu komen dalam page FB Fareeda Nyata Jelita. Satu nasihat, satu teguran yang sangat baik. Dan pihak yang dimaksudkan mesti ambil peduli akan teguran tersebut. Bukan nak menutup periuk nasi ... tetapi sebagai satu langkah untuk memperbetulkan apa yang yang mungkin tidak betul.

Isu tudung Fareeda ... 

Inilah komen dan teguran yang saya maksudkan:
"sy beli tudung murah2 je.tdung bawal biasa.selesa jgk dan yg penting labuh ttp dada,dan labuh belakang xnampak lekuk bdan.ikut syariat jgk..xmampu beli yg mahal2,tp pendek..nampak bntuk dada..kesian suami nti kne tnya kat akhirat.."
Komen Terbaik Facebooker Dalam FB Fareeda Nyata Jelita
Jelas komen yang ditinggalkan itu sangat benar. Sekarang terpulang .. baik empunya bisnes Tudung Fareeda, mahupun pelanggan yang setia-setia tu. Fikir dalam-dalam, masak-masak ... apa yang sebenarnya yang ingin dicapai dengan jual tudung ....

Tudung berkaitan aurat muslimah ... bukan berkaitan fesyen. Nak berfesyen pun ... hmmm .... biarlah kena dengan apa yang sudah termaktub dalam hukum hakam.

Maaf andai ada yang cedera di hati ....

Pilih nak untung kat mana - untung kat dunia ke .. untung kat akhirat.

58 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wife pun memang tak berkenan tudung fareda nie, singkat sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebagai suami .. jadi tanggungjawab utk nasihatkan si isteri ... benda camni bukan pada diri si pemakai je, tapi yang dok tengok derang pakai gak. Tak kuat dengan 'tangan' guna cara lain.

      Padam
  2. Saya cukup suka dan tertarik dgn entri HH ini dan amat setuju dgn komen tersebut serta pandangan HH. Ayat terakhir tu adalah kesimpulan yang paling jelas dan perlu dijadikan renungan!

    BalasPadam
  3. Segala sesuatu tu atas niat... dan perbuatan yang baik di balas baik... perbuatan tak baik tuhan janji dah balasan yang setimpal... Apa yang di hati biarlah sama dengan bicara di mulut... Moga-moga Allah buka pintu hidayah... kepada saya dan semua..

    Bagus komen dia tu... bertuah suami dia... semoga dua-dua suami isteri tu kekal bahagia dan sentiasa dalam syariat... :D

    Tak berapa tahu pasal tudung Fareda ni... huhuhu... isteri biasa beli kain dan tempah jer buat tudung hahahaha... katanya nak bagi match dengan baju... :)

    BalasPadam
  4. Nampaknya termasuk saya.. hanya lelaki saja komen entri ini buat masa ini.. huhu
    Tunggu komen wanita plak.. ;)

    BalasPadam
  5. biar lah mereka selesaikan masalah mereka. yang penting siapa yang mampu beli anda teruskan membeli yang tak mampu membeli beli ikut kemampuan kita..fesyen2 jugak tetapi jgn membelakangkan syariat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm, bukan masalh duit bang oiii..masalah agama ni..bak kate ustaz azhar idris, nk tutup aurat ni, pakai baldi pon boleh..tp biarlah betul tutup auratnye..nabi pon da ckp, ade satu saat nnt, manusia bogel walau pakai baju (aku senangkn maksudnye)..yg nk dkatwkn, zaman tu nnt, org pakai baju, tp nmpk mcm xpakai..zaman kite la ni la tu..

      Padam
    2. Kena juga ditegur dan diberikan jalan penyelesaian .. tudung masalah berkaitan aurat seorang Muslimah, kalau kita yang muslim ni ..lagi2 lelaki yang konon khalifah ... tak buat apa2 ... susahlah Phat.

      Padam
  6. kompom lepas ni fareeda keluar jnis labuh pulak tudung dia,

    BalasPadam
  7. Terbaekkk la komen tu! Betul, nak berhijab banyak lagi fesyen yang lebih sopan dan menutup aurat boleh digayakan..:) Hope Fareeda terima dengan hati terbuka...

    BalasPadam
  8. Huhuhu Dah La MAHAL ..Singkat pulak tu ...
    Diaorg tak pikir ker sebelum design ...
    Berapa banyak la dosa si ''PENDESIGN'' aka ''PEREKA'' itu sendiri apabila ramai pelanggan yg membeli ... Tepuk dada tanya iman ..
    Maaf andai komen melukai hati sesiap ..
    Sekadar komen dari rasa hati sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen jujur ikhlas ni .. harap yang baca boleh ambil positif. Kita semua ni pun bukan baik sangat, utk itu kena saling menasihati.

      Padam
  9. dah jadi isu besar macam ni... semoga timbul kesedaran
    Dari mula lagi memang kagum sangat dengan harganya...
    seperti biasalah harganya memang tak mampu ditandingi tetap juga dapat sambutan
    kini... sudah tiba masa untuk berubah ke arah yang lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu orang tak ambik port .. tapi itu dulu.

      Padam
  10. Memang mahal sangat, isteri pun tak pakai, beli yg biasa2 je

    BalasPadam
  11. Pernh dh kena fire pemilik freeda ni..psl aurat dan design tudung singkt tu.. Tpi balas blik tu.. Xpe lah moga diorg dpt hidayah satu hari nnt...

    BalasPadam
  12. jual tudung singkat sama macam jual tudung tapi tak pakai tudung. seee

    BalasPadam
  13. heheh tahu xpe..memang singkat melampau...tu bukan nak tutup aurat tp skadar tutup kepala...dorg ni kdg2 slh phm tutup aurat dgn tutup rambut.huhuhu...harap fareeda amik pendekatan lebih muslimah la lps ni.

    BalasPadam
  14. indeed. malu nak pakai tudung tu. better beli tudung bawal je. rm5 je pun then pakai dengan inner. belanja beratus utk tudung yg tak menepati shariah compliance such a wasting time.

    BalasPadam
  15. Terbaik lah komen tu... Entri nih pun bagus sangat sebagai peringatan buat penjual tudung :D

    BalasPadam
  16. Ada terbaca psl org yg jual tudung singkat ni , hasil tu jadik x berkat sbb bkn galakkan tutup aurat pun. Mahal tp aurat nmpk x ada maknanya. Size tudung xl. Murah2 je pn. Beli kat hijab galeria. Murah pn murah. Labuh pn labuh.

    BalasPadam
  17. saya memang tak pakai tudung fareeda sebab terlalu pendek menampakkan dada. saya masih lagi memakai tudung bawal versi lama dan selendang yang labuh. cukup la menutup aurat. tak perlu beli tudung sampai harga mencecah RM 60++. tak berbaloi saya rasa.

    BalasPadam
  18. Rasanya dh ramai orang tegur pasal tdung nih. Tp pihak tudung ni jual tudung ni atas dasar untuk mengajar untuk pakai tudung. Dari tak pakai tudung baik pakai tdung macam gini. Mungkin lama2 derang pakai tudung yg sebetolnya. Entahla. Macam tak kene pun ade.

    BalasPadam
  19. Kini. Bertudung untuk berfesyen dan bergaya itu lebih utama daripada bertudung untuk menutup aurat.

    Sigh. -_-

    BalasPadam
  20. tak mampu nak membeli tudung fareeda yg makan harga ratus...baik penuhkan barang keperluan dapur...huhuhu..

    BalasPadam
  21. jawapan itulah yg sebaik-baiknye... :)

    BalasPadam
  22. Beli tudung kak siti lah best....

    BalasPadam
  23. Kalau labuh sedikit mesti ramai yang beli lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa kan.. lebih baik begitu, hanya labuhkan sedikit je ...

      Padam
  24. tudung diaorg jual just untuk biz bukan untuk menjaga aurat wanita..

    BalasPadam
  25. setakat ni tak pernah ag beli tudung fareda @ lebeh kurang mcm patern tudung pendek , hehe,,

    BalasPadam
  26. assalamualaikum hh..betul ckp pengomen tu beli tudung mahal2 tapi x tutup dada nak buat apa susah suami nanti nak menjawab kat akhirat...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tudung labuh cantik gak apa .. haishhh .. kan Mas Zull?

      Padam
  27. Saya juga berharap agar Pihak fareeda and the crew buat design semula yg lebih islamic, bukan sekadar bergaya mengikut fesyen shj...Malah, dalam islam tidak di salah untuk bergaya tapi jika aurat tidak ditutup dengan sempurna,(faham2lah kan)..

    Semoga komen tersebut mampu menjentik semula team fareeda agar memperbaiki design tudung ke lebih islamic.

    BalasPadam
  28. Dulu,ada yg request fareeda buat labuh dan ikut syariat, mereka kata,ada yg version labuh (koleksi umrah kot) dan mereka menjual tudung bukan utk berdakwah tapi utk perniagaan.

    (saya ada baca comment Fareeda tu dgn mata kepala saya sendiri, tp saya x ss plak)

    Dan mereka mengatakan, bahawa Cina pun suka tudung ini kerana apa saya tidak ingat.

    Comment fareeda tu pada tahun lepas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada baca .... ya, mereka cakap semuanya kerana bisnes dan hal dakwah aspek lain, mereka kata nak menarik perhatian kaum lain pakai tudung ... masalahnya ialah .. ini berkaitan aurat muslimah ... diikutkan aurat seorang muslimah, oang bukan islam walaupun sama jantina pun tak leh tgk ..

      Padam
  29. ramai dah salah faham pasal hijab nie. hijab yang tak comply, pakai tudung saji pun boleh. lagi satu, bro highlight juga rancangan hijabnista, sebab ramai gadis2 yang tengok, dan simply tiru dan ikut. baju nangka, tapi pakai hijab :(

    BalasPadam
  30. Bagaimana agaknya kalau Rasulullah SAW ada bersama kita sekarang, apakah perasaan Baginda bila melihat umatnya sedemikian rupa...

    BalasPadam
  31. Tertarik dengan ayat ne...Pilih nak untung kat mana - untung kat dunia ke .. untung kat akhirat...yalah..tudung ni bukan utk fesyen gak, tapi ia merupakan syariat wanita untuk menutup aurat... dahlah mahal, tapi...hihi..tak nak cakap banyak...semoga gak ada perubahan dangan apa yag berlaku sekarang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita semua dilindungi dan diberikan rahmat oleh Allah S.W.T

      Padam
  32. jujur cakap, saya mmg tak suka pakai tudung fareeda sbb susah sgt nak tutup kat bahagian dada.

    BalasPadam
  33. Betul2...selain harga yg agak mahal, nak beli kena ambil no, tudung pun terlalu colourful, singkat....emmmm ada hikmahnya...

    BalasPadam
  34. komen yang jujur, betul dan menepati syariat, kira tanggungjawab bersama mengingatkan. tahniah bagi yang komen macam tu.

    BalasPadam
  35. memang terbaik komen tu.. iklas daripada hati.. sedih juga kita sebagai pengguna memang nak kan harga yang murah..sampai beli yang tiruan tapi harga murah..bukan yg tiruan tapi harga sama degan original.. so pikirkanlah sendiri...:P

    BalasPadam
  36. da la mahal bukan main tudung tu...terlalu singkat pula tu...fesyen je lebih...pelik kenapa ramai yang sanggup beratur nak dapatkan koleksi tudung2 tu...

    BalasPadam
  37. Pelikkan ada juga orang yang beli kalau tak xde la dia jual...

    BalasPadam
  38. xpenah minat dgn tudunbg spesis mcm ni .. kesian kat suami nnt kne soal ..

    BalasPadam
  39. Bila dijual terlalu mahal orang lain ambil untung atas angin. Sama.seperti produk2 ternama.

    Ya benar. Suka dengan ayat untung di dunia atau untung di akhirat.

    Salam ziarah http://lobam.my

    BalasPadam
  40. Salam... saya tak ikut sangat yang berjenama ni... Fareeda ke, Siti Nurhaliza ke, Fatin Liyana ke, Rosalina ke, Ashwarya Rai ke. Asala saja yang jenis Shawl sopan dan dapat menutup aurat isteri, gua beli.

    BalasPadam
  41. sy pun tak berkenan sgt sgt sgt dgn tudung nie.dari awal2 lagi.tapi ramai aja kwn2 yg beli.hanya disebabkan ianya 'mahal', konon nya ada 'class'. I just don't like it..memanipulasi hijab,kononnya menutup aurat padahal.....hurmm...

    BalasPadam
  42. Sy tak pakai tudung Fareeda tu pon tetap nyata jelita jugakk... :D
    Kurang minat pasai singkat sangat juga harga makkk haii..
    boleh beli stok ikan utk mkn seminggu...xoxoxox

    BalasPadam
  43. Sy tak pakai tudung Fareeda tu pon tetap nyata jelita jugakk... :D
    Kurang minat pasai singkat sangat juga harga makkk haii..
    boleh beli stok ikan utk mkn seminggu...xoxoxox

    BalasPadam
  44. Sy tak pakai tudung Fareeda tu pon tetap nyata jelita jugakk... :D
    Kurang minat pasai singkat sangat juga harga makkk haii..
    boleh beli stok ikan utk mkn seminggu...xoxoxox

    BalasPadam
  45. Sy tak pakai tudung Fareeda tu pon tetap nyata jelita jugakk... :D
    Kurang minat pasai singkat sangat juga harga makkk haii..
    boleh beli stok ikan utk mkn seminggu...xoxoxox

    BalasPadam
  46. Takpernah lagi pakai tudung Fareeda sbb tak suka ngan awning dia..:D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement