Apa yang saya mahu ketengahkan ialah mengenai cara tudung tiruan ini dijual iaitu secara online. Dengan menggunakan laman sosial Facebook, peniaga yang menciplak tudung Fareeda ini menjual dengan harga yang sama tetapi hakikatnya ia produk yang kualiti rendah. Untung banyak tuuuu ....
Jual Tudung Fareeda Tiruan Secara Online
Memetik Kosmo Online:
PUTRAJAYA – Kerakusan enam peniaga termasuk sepasang suami isteri menjual tudung jenama terkenal Fareeda yang diciplak mengundang padah apabila premis mereka diserbu baru-baru ini.
Dalam serbuan berasingan di Batu Caves, Gombak, Selangor dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 20 Mac dan 3 April lalu, sebanyak 1,225 helai tudung tiruan jenis Fareeda Aisya dan Fareeda Mariya bernilai RM77,065 dirampas.
Tudung tiruan jenama tersebut dijual pada harga sama seperti tudung Fareeda yang asli.
Sebab tak best inilah yang akan buatkan ramai pelaku bisnes online terpalit ketidakpercayaan. Disebabkan angkara peniaga online rakus kaut keuntungan, susah nanti pemilik bisnes online lain nak cari makan.
Ini juga antara sebab pihak kerajaan mula ambil langkah untuk mewajibkan mereka yang ada bisnes online supaya daftar pernigaan dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
Nak jual biarlah jujur. Kalau dah buat tahik macam ni, apa yang berlaku adalah akan tutup periuk nasi orang lain. Kasihan yang lain. Nak untung lebih pun biarlah kena cara... ehem..ehem ...
p.s: Gambar tu sekadar hiasan
tudung fareeda telah dipatenkan dan orang ramai or para peniaga tak boleh sesuka suki hati tiru design tudung fareeda... mereka ada hak untuk menyaman sesiapa saja yang melakukannya...
BalasPadamYa, nanti nak paten gak la blog ni .. leh tak Farah?
Padamsy x mampu nak beli tudung fareeda nie...huhuhu...
BalasPadamKeluaran Fareeda yang awal2 pernah beli tapi sekarang x lagi dan bukan sebab bertukar ke yang tiruan...bertukar ke tudung yang lebih mampu dibeli dan lebih mengikut syariat dalam menutup aurat itu yang lebih penting..
BalasPadamTak mampu nk beli tudung fareeda
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTudung fareeda? Tak pernah beli pun sebab deno hanya pakai tudung bawal .. Hihik^^
BalasPadamsekali kena saman.. tak memadai dgn yg dijual.
BalasPadamdulu2 adidas,nike,puma je yang bnyak..
BalasPadamtak sangka pulak tudung pun ada org nk ciplak.
hebat branding Fareeda nie
hmm tudung fareeda ni kalau beli siap nak kena beratur kat bangi
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.