Dalam dunia blog, jika mahu berjaya, berjayalah secara berjemaah, atau dalam kata lain sebagai satu #teamwork. Saling bantu sesama blogger, boleh mendorong supaya setiap blogger itu mahukan kejayaan.
Kata-Kata Blogger Yang Mahu Berjaya
Sebagai contoh mudah, #teamwork dalam #denaihati network. Anda akan nampak bagaimana mereka sesama blogger menyokong jenama masing-masing, dan paling terbaik berkongsi rezeki yang ada. Tak ramai blogger yang ada keupayaan seperti itu. Saya sendiri sedang cuba meniru langkah mereka ini. Tiru ...bukan copy-paste entri blog ehh ...Teamwork juga saya cuba terapkan dalam group Kelab Blogger Belia. Saya cuba kongsikan tips yang saya tahu mengenai blog. Cuma mungkin belum berapa nak menjadi kerana nampaknya ramai blogger lebih suka ping entri semata-mata.
Terbaru, saya melihatkan bagaimana Encik Titan juga berusaha ke arah itu. Pakar SEO Merah Jambu buat duit bertalu-talu menerusi affiliate ini dengan sempoinya wujudkan group Kelab Blogger Encik Titan, yang menjurus kepada perkongsian tips dan teknik buat duit online. Mungkin sebab ketegasan Encik Titan, nampak ramai yang guna ruangan tersebut untuk yang menjurus ke arah yang lebih spesifik.
Blogger yang mahu berjaya akan suka ambil kata blogger lain untuk capai kejayaan. Mereka jadikan sebagai satu motivasi ke arah impian.
Saya kongsikan beberapa kata-kata blogger lain ... yang saya fikir mahu berjaya dalam dunia blog.
Muhammad Nasruddin - "betul saya agree..dulu saya tak der target tetapi lepas tengok member punya blog rangking 200,000 rasa tercabar pulak nak upkan ranking blog dari 5.1 juta ke dekat sikit dengan member, syukur dalam 4 bulan ranking saya adalah 355,000 nyata usaha saya tidak sia-sia .. bak kata orang hidup kena ada target .. dan selalu baca tips dari ..... " http://www.kacamataview.com
Nur Faizuddin - "sabar tu penting , xde kejayaan yg dtg dlm tmpoh yg singkat , kene bertatih dulu , lama2 baru berlari .." http://faizuddinfuad94.blogspot.com
Najeeb Abdullah - "Take a break. Relax dulu...macam saya.. banyak kali juga malas...down... Tapi kita jangan berhenti terus, ambil masa untuk relax sekejap.. Tapi jangan la lama sangat. Fikir balik tujuan kita menulis... dalam masa yang sama boleh perbaiki mana yang rasa tak okey, tambah mana yang kurang.. Dah rasa okey,... kita boom dan ping balik kasi naik... Hehehehe.." - http://katanajeeb.blogspot.com/
Karlisa Halim - "popular dan traffic yang tinggi belum tentu menjana sesuatu yang berfaedah. Lakukan perkara yang berfaedah walaupun sebaris ayat. YAKIN 90% rezeki Allah adalah dari PERNIAGAAN." http://satunsiam.blogspot.com/
Encik Titan - "makan Cendol" http://ahmadfaizal.com
Yang ini ada satu kata-kata semangat yang bagus untuk blogger baru ... dikongsikan oleh rakan blogger yang suka main Galah Panjang, iaitu pemilik http://www.aimanaziz.com. Kata-kata +Bro Framestone yang terpapar di bawah mungkin boleh berikan sedikit pencerahan .. agak-agak keliru .. tanya pada empunya badan.
Saya harap entri ini dapat berikan sedikit semangat pada blogger yang mahu berjaya. Kejayaan itu manis kalau kita dah rasa perit dan pahitnya. Jadi, jangan takut nak alami kepahitan itu. Pahit itu ubat.
Selamat berjaya semua.
p.s: Syok tak andai Fatin Liyana singgah dan komen blog post anda macam kat sini - FL Minat Zaquan
gua tak tegas.
ReplyDeletegua cuma seorang lelaki yang cuma suka makan cendol sahaja.
Hahaha.. cam comel je.. ;p
Deletegua pom dah habit carik cendol sejak kenal ngan sifu Encik Titan. agaga..kaka...
DeleteBetul, nak berjaya perlukan kesabaran!
ReplyDeletesabar dan istiqamah dalam membuat sesuatu insyaAllah membuahkan hasil..
Biasalah, ada pasang surut. Penat kejar otai, rehat dulu. Masing-masing lain stamina. Takut karang ramai blogger mee segera. Tiada identiti. Semua jadi zombie trafik. Hahaha. Waktu takda idea, pergilah berjalan. Ada idea menimbun, pulun buat artikel. Set schedule post.
ReplyDeletesekadar 50 sen dariku.
Nampak sangat masa gua balas komen itu gua tengah lapar dan fikir pasal makanan je he...23x
ReplyDeleteTerbaiklah contoh yg Bro buat tu... cukup manthop... :)
DeleteSelagi ada rasa percaya untuk berjaya.... selagi itu pasti ada usaha yang berterusan.....
ReplyDeletemacam saya kan...kan...kan... jadikan blogger2 hebat sbgai sumber inspirasi..bhehehe..
ReplyDeleteThat's why kena pandai pilih kawan untuk berjaya. Lagi-lagi blogger otai. Dari mula saya blogging sampai sekarang, saya nampak kemajuan sahabat blogger semua.Tahniah tahniah
ReplyDeleteBetulkan niat dalam menulis blog dan pastikan hati kita tiada hasad dengki..InsyaAllah akan dipermudahkan.
ReplyDeleteBetul tu Farisya
DeleteSaya akan dapat banyak belajar dari HH... Terima kasih kerana sudi memberi ilmu yg bermanfaat
ReplyDeletebuat blog ni kadang-kdang utk kepuasan diri sendiri gak...kalau utk puaskan org lain mudahlah sampai jalan mati sb kita x kan boleh puaskan semua org....saya kalau x der mood saya akan baca blog org lain utk dptkan kembali mood blogging ni...
ReplyDeleteSamalah kita... ^__^
DeleteTq kerana bkongsi tips. Saya menulis kerana hobi menulis & suka jalan ke mana2 yg boleh.
ReplyDeleteCN berblog kerana hobi, tapi bila tengok rank alexa makin cantik, mcm ada semangat baru pulak utk berblog dan untuk terus menurunkan lagi angka alexa tu ;)
ReplyDeletedi mana ada kemahuan di situ ada jalan... penting juga untuk terus bersemangat :D
ReplyDeletekata-kata semangat tu kena ambik perhatian dan hadam cukup-cukup untuk kita ikut jejak mereka menjadi orang berjaya.
ReplyDeleteBlog Adalah Satu Perniagaan.
ReplyDeleteSetuju
Deleteapabila ada rasa nak menulis...aku tulis blog..kalau tak..senyap je kot..itupun sebab bizi..:D
ReplyDeleteSalam Abang, tq sebab highlight blog saya..sekarang semakin bersemangat saya untuk kejar member saya next target alexa 300,000 ranking
ReplyDeletehttp://www.kacamataview.com/
Alhamdulillah.. Saya banyak belajar dari blog ni..
ReplyDeletep/s: ampunn.. saya antara yang selalu ping entri dalam Kelab Blogger Belia.. pasni try nak aktifkan diri plak la dalam group tu.. =)
ok. sama juga dgn saya. Mohon ampun. lps ni takkan ping n3 dah kat situ. tak faham fungsi lg sbb tu selalu share entri ke situ
DeleteBetul-betul.. Kalau dah cukup segala perisa, insya Allah akan sedap di makan.. Hahaha
ReplyDeleteTips sangat bagus. Pasti ambil sebagai pelajaran dan pengajaran. Terima kasih brother.
ReplyDeleterakan-rakan blogger banyak memberi sokongan moral untuk saya berblogging...
ReplyDeletekadang2 pernah rasa down ..pastu up balik
ReplyDeleteTeti ae je akak lapar cendol Cik akak weh... :D
ReplyDeleteSelalu rasa down lebih2 lg bila kita g blogwalking mat blog org tu tp org tu tak sudi pun singgah blog kita tapi kat blog orglain komen berjela2... tp sekejap je down... lps tu... sori lah nk bw ke blog org tu lg... kecuali blog otai... blog otai, hr2 bw pown takpe... :D
ReplyDeletekat blog
Deletesuke entri abg HH nih. terbaik!!!!
ReplyDeleteKata-kata yang paling style dari.... Encik Titan - "makan Cendol" Hahahahaha
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.