Ini cerita pengalaman sebenar kehidupan seorang pesakit HIV/AIDS. Mereka manusia juga. Kesilapan lalu bukan bermakna ia penyudah kehidupan. Masih ada harapan walaupun agak tipis. Antara mereka ada diberikan peluang untuk perbaiki kehidupan yang mungkin hampir musnah. Inilah dia blogger yang menceritakan kisah diri mengidap HIV+/Aids.

Tak ramai yang berani seperti blogger ini yang sanggup bercerita berkaitan kehidupannya sebagai salah seorang pesakit HIV/Aids. Blogger ini telah mengidap penyakit berkaitan sistem pertahanan badan ini sejak dari tahun 2005 lagi. Dari pertama kali menyedari dirinya mengidap HIV/AIDS, pelbagai ujian diterima.... ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Dan dia tidak jatuh, malah berusaha sebaik mungkin menjadi insan lebih baik dari sebelumnya. Matlamatnya ialah untuk menjadi sebaik-baik manusia, paling tidak, andai penghujung nyawa telah tiba, sudah tertunai hasrat mahu membantu yang lain senasib dirinya.

Kisah Sebenar Realiti Blogger Pengidap HIV AIDS

Kisah Sebenar Realiti Blogger Pengidap HIV AIDS

Saya tertarik dengan awal pengenalan dirinya ....

Kerja pertama aku di Parkson kemudian ke pusat peranginan tinggi yang kat atas gunung tu, bekerja disana bertahun juga lah. Kemudian aku bekerja diselatan tanah air di negara jiran dan sempat bekerja di 3 company yang berlainan pulak tu. Dan disini lah juga, setelah hampir 10 tahun merantau dan hidup sendirian bagaikan tiada tuhan, suatu hikmah hidayahku terima dari Allah. Sebelum aku teruskan lebih lanjut lagi, ingin saya katakan yang saya  amat bersyukur dengan ujian yang Allah turun kan kepada saya ini.

Aku memang aktif buat maksiat sehingga hampir tiap hari aku ke tempat maksiat sehingga pil kuat yang dijual ditepi lorong-lorong gelap pun aku telan. Viagra palsu. Memang ada power, bila dah ada power seronok sangat  Setiap hari aku bertukar-tukar pasangan semasa berseronok didalam sauna yang banyak terdapat di sekitar bandar ini.

Sebenarnya aku selalu juga buat ujian hiv setiap 6 bulan sekali, tetapi kali ini kerana permit kerja aku nak tamat so aku buat ujian darah hiv mana lah tahu kut-kut tersangkut kat klinik luar terlebih duhulu, sebelum ujian darah dilakukan di klinik company. Biasanya aku call aje klinik untuk dapatkan keputusan, tapi kali ni pembantu klinik kata doktor nak jumpa. Aduhhhhh aku jadi seram sejuk dan gementar sangat  tapi aku gagahkan juga ke klinik tu.

Melangkah masuk aje ke klinik tu, aku perasan pembantu klinik memandang aku semacam aje, aku dah agak dah. Bila doktor kata awak ada hiv, apa lagi berputar dunia sekejap memang betul-betul terasa berpusing tak tipu kalu korang tak percaya cubalah cari penyakit ni, baru lah korang tau. Masa tu lah terbayang wajah mak bapak, keluarga, kerja dan mati. Kalu di cucuk jarum tajam ke tangan aku masa tu pun tentu aku takkan rasa kut.

Doktor kata kalu tak yakin buat lagi ujian di klinik yang lain pulak tapi aku rasa tak payah lah kerana sememangnya aku dah tahu aku tergolong dalam orang-orang yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini. Doktor kata dalam 4 atau 5 tahun kalu tak menerima rawatan aku akan mendapat AIDS. - Hidup Mesti Diteruskan
... sekali saya baca ... hampir-hampir keseluruhan blog saya terpaku ...

Apa yang menarik mengenai blog ini, anda boleh juga tahu segala kisah dan kesengsaraan mereka yang mengidap penyakit ini, dari yang bermula menjadi Gay, jadi penagih dan bermacam-macam lagi kisah latar pesakit HIV/AIDS yang boleh anda baca.
Kisah Sebenar Realiti Blogger Hidap HIV/AIDS - Hidup Mesti Diteruskan
Malah, kalau disusuri ... ada informasi berkaitan perubatan, tempat untuk meminta pertolongan, dan bagaimana kita sebagai masyarakat boleh bantu pesakit-pesakit HIV/AIDS ini.

Jika anda mahu tahu mengenai HIV/AIDS dari perspektif lebih personal, saya fikir blog ini terbaik dijadikan sebagai rujukan.
Kisah Sebenar Realiti Blogger Pengidap HIV AIDS

Doa Buat Blogger Ini

Apapun, saya mendoakan blogger ini agar dapat kehidupan lebih baik. Saya pasti apa yang dilakukan kini adalah untuk menebus kembali dosa lampau yang dibuat. Untungnya diri blogger ini kerana diberikan kesempatan oleh Allah S.W.T untuk melakukan sesuatu yang terbaik dalam hidup setelah bertahun lama ditenggelami dosa.

Allah Maha Tahu, dan sebaik-baik Perancang.


16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Satu perkongsian yg berguna ..
    Semoga kita semua berada di landasan yg diredhai Allah ...
    Pada blogger tersebut moga pintu taubat sentiasa terbuka untuk anda ...
    jalani lah hidup sebaik mungkin dan jgn lupa tingkatkan amal ibadat ..

    ReplyDelete
  2. Huh! ni kali ke 5 dah rasanya kowt saya baca blog sifu ni.... Semua cerita best je...
    Syukur Alhamdulillah beliau menerima hidayah awal. Allah tahu hati beliau luhur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ieta ... idea ini muncul apabila saya blogwalking. Apabila blogwalking mesti ada perkara menarik saya jumpa.

      Delete
  3. setiap yg berlaku ada hikmahnye.. semoga beliau tabah menjalani hidup ini...

    ReplyDelete
  4. pasti ada hikmah disebalik kejadian..kita doakan kebaikan untuk hamba Allah tersebut..

    ReplyDelete
  5. Orang yang di sahkan HIV tu adalah salah satu tanda Allah sayangkan mereka. menegjutkan mereka dari terus hanyut

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah...
    Alhamdulillah...org2 seperti mereka kekadg beruntung..kerana walaupun sedar sudh terlambat...mereka tidak mensia2kan apa yg tinggal...

    ReplyDelete
  7. nak follow blog tu..thanks atas info :)

    ReplyDelete
  8. satu kisah yang patut jadi pengajaran kepada kita semua...

    ReplyDelete
  9. KK selalu baca blog ni, sedih sgt, nak2 bila cerita bab isteri mengadu yg suami diaorg songsang, sampaikan ustaz pun ada, sedih :'(

    ReplyDelete
  10. Semoga Allah mengampuni dosa2 beliau juga kita semua & memudahkan jalan di dunia utk kejayaan akhirat... aamiin.

    ReplyDelete
  11. manusia boleh berubah dan setiap hari ada peluang utk bertaubat :) semoga kisah beliau menjadi pedoman buat kita yg selalu alpa .

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. satu peringatan yang berguna ..semoga kita di jauhi dari pekara2 buruk serta musibah..semoga allah melindungi kita semua...

    kelapangan singgah ke blog kami ..sana ada murah, murah & murah.. pasti anda suka.

    http://izzium2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum wbt...syukur kpd Allah sbb rata2 yg bg komen ini tidak melampaui batasan.Penghidap HIV +ve juga adalah manusia biasa.Apa yg sy tau ialah ianya tidak merebak melalui sentuhan atau berkongsi pinggan yg sama.Virus HIV juga perlukan perumah untuk hidup.Jika ianya terdedah kpd udara, ianya akan mati.Semoga kita semua sentiasa di dlm lindungan Allah swt sentiasa.Amin....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement