Saya menulis blog post ini kerana pernah merasa pengalaman memeritkan ketika menziarah keluarga di ibukota, yang tinggal di flat di ibukota. Sukar benar nak mencari parkir, sehingga terpaksa pusing keliling dua tiga kali. Itu saya, orang luar yang sesekali sahaja menyinggah. Bagaimana dengan penduduk setempat yang tinggal di situ? Saya fikir memang botak kepala la sebab tension dengan masalah seperti ini.
Masalah Parkir (Parking) Rumah Flat di Ibukota
Ramai yang merungut tapi rungutan itu memang tak dapat nak selesaikan masalah. Tambahan lagi, ia wujud disebabkan oleh sikap dan mentaliti penduduk di situ juga. Maaf berkata, tetapi ramai yang mungkin setuju dengan pendapat saya ini.
Punca Masalah
Mana tidaknya, sebuah keluarga yang tinggal di rumah flat atau pangsapuri ada yang memiliki lebih daripada sebuah kenderaan, walhal jumlah parkir di flat selalunya dibangunkan berkadaran dengan jumlah unit rumah yang ada. Bila ini berlaku, parkir yang sepatutnya cukup untuk 100 unit rumah yang ada, menjadi tak mencukupi apabila terpaksa dipenuhkan oleh lebih daripada 100 kenderaan.Ada keluarga yang ada 2-3 anak, dan setiap anak pula ada kenderaan masing-masing. Maka, menjadikan sebuah keluarga di sebuah unit rumah ada 2-3 kenderaan. Memang tak akan cukup, dan masalah ini memang sukar nak diselesaikan.
Masalah parkir atau parking di kediaman di ibu kota memang kronik. Ini adalah hanya salah satu contoh sahaja, dengan merujuk kepada kediamaan flat atau pangsapuri yang telah siap dibina dan dihuni sejak sekian lama.
Jalan Penyelesaian yang Mungkin
Apa jalan penyelesaian untuk masa hadapan?- Salah satu jalan yang saya nampak ialah penyediaan lebih tempat parkir yang perlu ditanggani di tahap pembangunan sesebuah tempat kediamaan terutama flat dan pangsapuri. Mungkin pihak pemaju boleh menyediakan satu bangunan tempat parkir bertingkat untuk penghuni.
- Menghadkan kemasukan kenderaan ke ruang parkir yang disediakan.
- Menghadkan pemilikan kenderaan bagi setiap isi rumah.
- Parkir berbayar.
Ini adalah antara masalah kronik yang berlaku di kediaman flat sebegini. Ada banyak lagi masalah yang dihadapi oleh penduduk di flat dan pangsapuri.
Mungkin di masa hadapan, satu pembangunan lebih mapan dan lestari dibuat agar masalah yang dah menjadi satu ikon ini tidak berlaku lagi.
Apa pendapat anda? Pengalaman peribadi anda mungkin?
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.