Di Malaysia, hak paten ini diselenggara, dipantau dan diuruskan oleh MyIPO - Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Segala informasi berkaitan paten, hak cipta, tanda dagangan boleh anda dapati menerusi laman web MyIPO.
Perlukah Blogger Paten Nama Blog?
Apakah Itu Paten?
Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta, sama ada suatu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, ataupun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Paten dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.Apakah hak pemunya paten? Pemunya paten mempunyai hak untuk menggunakan rekacipta yang dipatenkan atau memberi lesen kepada orang lain bagi menggunakan rekacipta tersebut atau menjual hak tersebut kepada orang lain yang akan menjadi pemilik baru kepada rekacipta tersebut.
Itu sedikit sebanyak mengenai paten. Dan apa kaitannya dengan blogger ehh? Ok, apa yang saya nampak, blogger Malaysia boleh gunakan hak paten ni untuk satu benda iaitu trademark atau tanda niaga. Dalam hal ni, logo blog, logo kelab blogger, tagline blog boleh dimohon untuk diminta hak paten.
Trademark atau Cap Dagangan
Trademark ni, atau dengan kata istilah lain ialah cap dagangan. Manalah tahu kot-kot ada blogger yang mahu gunakan logo blog untuk bisnes-bisnes tertentu misalnya nak buat kelas SEO Blogspot. Bagi blogger yang sudah ada kredibiliti dan dipercayai oleh dunia blog Malaysia, cap dagangan ini boleh memastikan agar tiada salah guna dilakukan ke atas cap dagangan (logo).Cap dagangan ialah apa-apa tanda yang dapat membezakan barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga daripada peniaga-peniaga yang lain. Cap dagangan termasuklah perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut. Cap dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna membuat pilihan barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan.
Katakan saya nak patenkan doodle saya yang kacak bersama lelaki ensem ini:
[post_ads]
Sekarang persoalan adakah perlu blogger paten nama blog? Hmm ... dah baca dari awal sampai takat ni, rasanya jelas dah kot. Jika nak paten, ada benda yang boleh dipatenkan maka patenlah, seandainya anda merasakan ada kemungkinan salah guna digunakan ke atas logo-logo, gambar, ayat tagline untuk kepentigan tertentu terutama sekali dalam perniagaan. Ia juga untuk lindungi daripada disalah guna pihak tertentu ....ada wooo ... jangan memain.
Nak tahu siapa blogger atau blog yang ada perlindungan paten ini? Blog Denaihati.
Buat Duit Disebabkan Hak Paten
Ok, skang nak cerita kesah awal-awal tadi, berkaitan abang ipar saya bercerita mengenai paten. Dia pernah cerita, berkaitan paten satu bahagian dalam enjin sebuah kereta jenama terkenal. Jenama kereta mewah. Oleh sebab produk atau hasil kreativiti seorang anak tempatan, syarikat itu telah menggunakan paten bahagian enjin itu, dan sampai sekarang anak muda tu dapat komisen sebab syarikat tu gunakan hasil kreativiti produknya. Hak paten itu dikongsi bersama.Oh ya, hak paten itu hanya tertakluk di Malaysia sahaja, memandangkan anak muda itu tidak apply untuk part antarabangsa. Kalau tak, memang leh jutawan dah mamat tu .. hehehe....
[post_ads_2]
Dapat komisen setiap kali kereta jenama mewah itu terjual. Jika komisennya adalah 5 peratus untuk sebuah kereta mewah berharga RM300,000, pastu terjual pula lebih 100 unit.... uiskk .. jadi ini antara kelebihan memiliki hak paten atas sesuatu produk, jenama, logo dan sebagainya.
It's strictly business my mann .. hehehe...
[Baca Juga] MyIPO Lindungi Karya Idea Kreatif Anda Secara Sah
Jadi, sekarang ... meh sama-sama fikir ya.
terima kasih penjelasannya .... suka dengan explanation HH
BalasPadamTerima kasih juga kerana kesudian achik share di wall ... banyak trafik masuk ke blog dan ketahui entri ini. Alhamdullilah.
PadamWaahhh.. menarik entry nie.. saya baru je baca pasal benda nie kat blog Denaihati.. siap mention nama HH lg.. hehe
BalasPadamkalau secara melawaknya dan mungkin juga nak serious, nak jugak patenkan supaya duplicate tak dapat nak claim entri kita tiru entri dia...ha ha ha...
BalasPadamsaya dengar paten tu adalah untuk alarm lock kereta.. tak pasti betul ke tidak
BalasPadamSbenarnya ada banyak citer pasal paten ni, mengenai cadar yang ada fitted getah tu, citer pasal Zul Design .. dan macam2 lagi.
Padammcm2..nak terpelihara kna paternkan la..
BalasPadambaru tau apa tujuan paten ni..
BalasPadampaten ke trademark nama blog ? huu..
BalasPadamtrademark atau tanda niaga terletak di bawah paten
PadamIzinkan saya menegur, Trademark ianya tidak tertakluk kepada Paten, Tagline tuan jadilah orang yang kaya ilmu. Sila pastikan maklumat yang tuan tulis tidak memburukkan lagi kecelaruan masyarakat perkeadaan hak harta intelek.
PadamSalam hormat
menarik nie....
BalasPadamsuka sangat dengan entri ni dan jalan ceritanya.....
BalasPadamkalau busines mmg pentng nk patenkan, tapi kalau blog biasa2 mcm cn, tak ada apa2 nk dipatenkan..hehe
BalasPadamYap, saya setuju.
Padambaru lari ke blog denaihati terus singgah sini baru dapat pencerahan lagi.dan lagi.busines pun nak petenkan blog mau juga ceh wah..sah kena daftar pastu kena keluarkan duit dan wajid renew ke ? hii...
BalasPadamjangan mara aeh..
kalau utk buat bisnes seelok eloknya baik patern kan.....kalau just main suka2 macam saya ni x kisah sgt pom..
BalasPadamBetul tu .. lagi2 kalau logo, kata2 .. blog... entri boleh dijadikan sumber duit ..
Padamsama-sama fikirkan, insyaAllah takkan rugi untuk jangkamasa panjang
BalasPadamNak fikirkan nak paten apa ye.. he he...
BalasPadamKalau blogger bukan komersil macam saya mungkin belum ada keperluan sangat untuk hak dan paten nie
BalasPadamkalau 1 blog yg menjadi rujukan dan sumber ntk para pembaca di luar sana. better paten kan. its not talk about money. tp idea dan sumber rujukan biarla 100% dari yg asal. barula boleh maju. kan.. ^__^
BalasPadamsemalam baca kat blog tn. Amir, denaihati pun sebut nama sifu HH gak. Glamer sifu... ^__^
BalasPadamErk, Blog ieta tu kalo patenkan tak kelakar ke sifu?
Salam.
BalasPadamTakut jadi macam Ujang je nanti kalau tak patenkan. Kalau rasa blog kita boleh pergi jauh, elok patenkan. Kan3. Hehe
Ya betul. Tapi sebelum nak paten apa2 kena pastikan apa kelebihan yang kita ada untuk dipatenkan. Kalau tak ada apa2 ... buat abis duit je . hehehee
PadamSalam.
BalasPadamTakut jadi macam Ujang je nanti kalau tak patenkan. Kalau rasa blog kita boleh pergi jauh, elok patenkan. Kan3. Hehe
hak cipta terpelihara.. bila ader tulisan mcm tu, mmg takut org nk ambil.. tak pasal2 kene saman kan...
BalasPadamAssalam.
BalasPadamSecara asasnya, penerangan tentang maksud komponen-komponen harta intelek adalah tepat iaitu paten untuk rekacipta dan cap dagangan (trademark).
Namun dalam artikel di atas, terdapat beberapa salah faham berkenaan penggunaan istilah paten. Ini juga banyak terjadi kepada kebanyakan rakyat Malaysia termasuk juga dalam penulisan artikel berita surat khabar. Adalah kurang tepat untuk menyatakan "mempatenkan cap dagangan" atau "mempatenkan hakcipta". Sepatutnya,penggunaan istilah yang lebih tepat ialah disebut mendaftarkan cap dagangan (logo perniagaan, jenama, tagline dll.)
Bagi kes doodle di atas dan juga tajuk artukel ini "patenkan nama blog", kedua-dua ini lebih menjurus ke aras hakcipta (copyright). Di Malaysia dan hampir kessemua negara di dunia yang menyertai Bern Convention, hakcipta tidak perlu didaftarkan. Walaubagaimanapun, bermula dari 2012, MyIPO menyediakan kemudahan pemberitahuan hakcipta secara sukarela (copyright voluntary notification) untuk orang ramai.
Di harap sedikit pencerahan berkenaan paten, trademark dan hakcipta dapat meluaskan pemahaman semua berkenaan harta intelek.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.