Jika dilihatkan pada gambar keadaan kereta terbabit kemalangan, memang nampak teruk juga. Al kisahnya, kemalangan ini berpunca daripada masalah lampu isyarat di persimpangan. Itulah menurut apa yang dikatakan oleh rakan blogger ini - http://goo.gl/y6h4k4
Rakan Blogger Eyriqazz Kemalangan Jalanraya
Daripada berita yang dikongsikan oleh rakan blogger di tempat kejadian +Hisyamudin Fadzil keadaan blogger Nor Iman Nazuki (eyriqazz.com) tidak ada kecederaan serius, kecuali sakit dada disebabkan hentakan ke stereng kereta.Pada entri ini ditulis, Eyriqazz telah pun menjalani pemeriksaan doktor, dan kes kemalangan ini juga sudah dilaporkan kepada pihak polis.
Alhamdulillah selamat.
Baru-baru ini seorang rakan blogger +Tengku Syukri juga kemalangan selepas pulang daripada Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB2014). Dan alhamdulillah, walaupun terpaksa duduk berehat di wad beberapa hari, blogger pemilik blog Minda Syukri sudah sihat walafiat.
Punca Kemalangan
Punca kemalangan setakat yang saya tahu masih belum jelas. Tapi seandainya benar berkaitan lampu isyarat yang asyik kuning, izinkan saya kongsikan sedikit informasi berkaitan mode lampu isyarat kekal kuning (adakala berkelip) di persimpangan.Sistem Simpang Berlampu Isyarat Menjadi Simpang Keutamaan
Ada sesetengah tempat di Malaysia terutama di persimpangan lampu isyarat tertentu yang lazimnya agak lengang di waktu tengah malam, automatik lampu isyarat akan menyalakan warna kuning (samada berkelip atau tidak). Lampu isyarat ini tidak rosak, tetapi menunjukkan bahawa persimpangan itu perlu berhati-hati kerana peraturannya sudah menjadi persimpangan bukan berlampu isyarat atau menjadi persimpangan keutamaan.Persimpangan berlampu isyarat yang sudah menjadi simpang keutamaan di waktu tengah malam memang sering menjadi faktor kemalangan.
Masalah ini berlaku, pada pandangan saya disebabkan oleh kurangnya atau tiada langsung tanda amaran sebelum persimpangan diberikan buat pengguna jalanraya yang sering menganggap bahawa lampu isyarat kuning adalah lampu isyarat rosak, walhal ia merupakan tanda meminta pengguna jalanraya berhati-hati.
Sistem ini ada pro dan kontra. Sebagai bekas penyelidik berkaitan trafik di Malaysia, saya boleh ceritakan ... tapi saya fikir tak sesuai kot nak cerita di sini, saya serahkan kepada anda ... samada patut atau tidak sistem seumpama ini dibuat atau diteruskan?
Untuk info, sebelum perlaksanaan sistem isyarat kekal kuning ini, fungsi lampu isyarat adalah seperti biasa, kekal hijau kuning merah walaupun pada waktu-waktu kenderaan lengang di persimpangan tersebut.
harap2 dia cepat sembuh...slalu juga baca blog dia...
ReplyDeletesupport moral dia.. dan masing2 pun kena hati2 memandu..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh.
ReplyDeletesemoga cepat sembuh
ReplyDeletesemoga semuanya baik2
ReplyDeleteDi Presint 14 ni , presint diplomatik . Dekat dengan Mydin Putrajaya . Alhamdulillah , tak ada kecederaan yang serious .
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh..
ReplyDeleteKadang warna kuning tu yg keliru tapi kalau dah tahu.time tu kita kena hatai2 tgk ada kenderaan ke simpang lain
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan urusannya ...
ReplyDeleteAssalammualaikum...bro HH,
ReplyDeleteMoga blogger eyriqazz cepat sembuh...
mselim3
bikin kaget aje..alhamdulillah x dapat kecedaraan yang teruk kan?
ReplyDeleteBetulkan apa yang dikongsi oleh bro pada waktu lewat malam lampu trafik akan bertukar menjadi kuning dan berkelip-kelip. Cuma perlu berhati-hati melalui simpang kerana ada pengguna lain yang mungkin memandu secara cuai.
ReplyDeleteAlhamdulillah nasib x de pape
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.