Tak ada rezeki nampaknya blog ini untuk meletakkan iklan platform Google Adsense yang sudah sekian lama kena banned dari disiarkan. Dan hari ini, saya telah cuba appeal buat kali ketiga agar dibenarkan semula menggunakan servis Adsense di blog www.hasrulhassan.com ini. Dan apa jawapan dari pihak Google Adsense? Uhh kena tolak lagi ....

Syoknya Iklan Google Adsense

Google Adsense antara platform pengiklanan yang boleh saya katakan agak mewah juga. Jika kena caranya, boleh jana income sehingga ribuan ringgit sebulan. Malah, ada blogger yang pernah nyatakan kepada saya, dia berjaya dapat ribuan ringgit sehari hanya dengan menggunakan iklan Adsense di blognya.
Syoknya Iklan Google Adsense

Papar Iklan Berkaitan Dengan Apa Dicari Pengunjung Blog

Google Adsense yang menariknya ialah .. ia akan memaparkan iklan yang berkaitan dengan apa yang pengunjung cari. Katakan saya merupakan pengunjung sesebuah blog yang meletakkan iklan Adsense. Sebelum saya singgah ke blog tersebut, hari sebelumnya saya telah menggunakan Google untuk mencari mengenai perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu. Dan apabila saya masuk ke blog yang ada iklan Adsense ini, dengan secara automatiknya menggunakan cookies carian yang terbenam di dalam pelayar internet, iklan-iklan berkaitan kereta sewa Kota Kinabalu akan dipaparkan.

Maka, seandainya saya .. yang masih buntu nak mencari servis kereta sewa terbaik di Kota Kinabalu, iklan yang keluar itu sedikit sebanyak mempengaruhi untuk ingin tahu. Jadi, saya kemungkinan akan klik iklan Adsense tersebut. Jadi pemilik blog yang ada Google Adsense akan terima bonus klik iklan dari Adsense; selain pendapatan berdasarkan kos per view yang disediakan.

Itulah yang menariknya Adsense.

Ia juga akan paparkan iklan yang ada kaitan dengan isi entri atau blog tersebut. Katakan blog itu bercerita tentang biasiswa, maka iklan yang bakal dipaparkan oleh Adsense adalah seperti peluang belajar ke oversea, pinjaman pelajaran antarabangsa, promosi dari institusi pendidikan dan sebagainya.

Ia jadi paling untung apabila blog dikunjungi pula oleh pelawat-pelawat dari negara-negara yang matawangnya lebih tinggi dari Malaysia. Pada ketika itu, iklan-iklan yang ditawarkan tentulah mengenai latar belakang si pelawat blog, katakan ia dari Eropah, dan ketemu blog anda menerusi enjin carian, iklan terpapar pula adalah iklan yang telah dibayar dalam unit Pound Sterling ... perghhh .... masyukkk ....

Cuba lihat ni - USD1000 Seblan Menerusi Google Adsense

Jadi, jika anda ada akaun Google Adsense, sila ikuti terma dan syaratnya yang ketat itu dengan sebaik mungkin. Jangan dilanggari nanti jadi macam saya ni .. huaaaa... dush dush ...


14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. gua tak pernah dapat adsense... haha...

    BalasPadam
  2. HH buatlah entry cara nak selamat dari kene banned google adsense, ape yg perlu dipatuhi dan mengapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah tulis dahhh pun ... tahun lepas rasanya .. tak pe .. nanti saya buat entri recall balik yer ..

      Padam
  3. Taruk kat blog BM dah boleh ke? Atau kena guna trik jugak?

    BalasPadam
  4. yang tak bestnya cpc untuk malaysia punya location, tak mahal....kalau keyword dalam BM tu biasanya murah..jarang ada orang luar nak cari info dalam web Bahasa Melayu ni..sistem google semakin bijak, lainlah kalau gunakan blog lain dalam bahasa inggeris menggunakan niche tertentu atau video di Youtube..:D

    BalasPadam
  5. Salam HH,

    baru follow n singgah sini setelah ada beberapa n3 kawan2 blog yg lain yg mengatakan kehebatan HH... :)

    noe dah daftar lama adsense ni...baru2 ni dah dapat la check hasil adsense ni...hehehe...tp x ada la sampai 1K macam kawan HH tu...tp yg HH cakap tu mmg betul...apa yg kita cari dalam google...iklan tu akan keluar sama dengan apa yg kita cari...

    BalasPadam
  6. sebab tu saya buka blog baru..cuba mohon gugel adsense tu,dah berjaya dah..tapi mohon melalui youtube,bila letak iklan gugel tu jadi tak nampak dalam blog..tapi iklan tu belum kena banned lagi..dah pening kepala cari punca knp iklan tu x nak juga kluor2...dah tak tahu nak mintak tlg ngan sape...huhu

    BalasPadam
  7. Masalah bahasa tetap jadi penghalang blog saya utk diluluskan. HH ada tips bagaimana sebuah blog Bahasa Melayu boleh dapat adsense?

    BalasPadam
  8. kira ok ler ada nuffnang..
    hehehe..
    google nama besar.
    so mmg agak susah ler nk dpt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak susah nak dapat sebenarnya. Btw, HH, saya ada satu akaun Adsense yang tak digunakan. Mahu sewa? Hehe

      Padam
  9. adsense mmg straight silap sikit mmg kena banned

    BalasPadam
  10. Dah apply tapi masalah bahasa katanya ....

    BalasPadam
  11. Buat masa ni Google memang tak support laman Bahasa Melayu.

    Tapi dlm 1,2 minggu lepas Adwords utk Bahasa Melayu sudah dibuat oleh Google. Jadi mungkin tak lama lagi akan ada support utk Adsense di blog Melayu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement