Tawaran pengiklanan RM35K untuk banner dan advertorial, perghhh .... kalau satu blog biasa macam blog saya ini, memang tak berani nak letakkan harga sampai sedemikian rupa. Mesti ada sesuatu yang boleh dijadikan asas untuk meletakkan harga sedemikian tinggi.
Tawaran Pengiklanan RM35K Untuk Banner dan Advertorial
Opps ... saya pasti ada yang ingatkan tawaran pengiklanan ini diberikan kepada saya untuk membolehkan iklan mereka dipaparkan di blog saya ... err bukan bukan. Apa yang saya cuba nak sampaikan ini ialah, saya telah menerima satu email mempelawa saya untuk mengiklan dengan pakej-pakej tertentu. Dan salah satu pakej tersebut adalah yang bernilai RM35,000!3 Kriteria Perletakkan Harga Iklan
Jadi, persoalan sekarang, bagaimana pihak laman web berkenaan berani meletakkan harga sedemikian rupa?- Pertama sekali ialah trafik. Trafik ke laman web tersebut didakwa tinggi iaitu hampir 3.5 juta pageviews setiap bulan! Memang tinggi. Apatah lagi ia dikatakan menerima lebih 450,000 pengunjung unik (UV) setiap bulan.
- Keduanya ialah dari segi tawaran pakej yang disediakan. Pakej bernilai RM35K itu disertakan sekali dengan pengiklanan berbentuk banner iklan dan juga satu penulisan advertorial, dengan diberikan paparan khusus di laman utama.
- Ketiga adalah ROI (Return of Investment). Bab ini memang saya lost, tak pandai sangat, cuma apa yang boleh saya katakan ialah berapakah nilai yang mungkin boleh dihasilkan setelah satu-satu pelaburan itu dilakukan, dalam kes ini adalah harga untuk pengiklanan. Mungkin ada yang lebih arif boleh jelaskan lagi dalam ruangan komen entri ini, in Sha Allah.
Itulah 3 kriteria utama yang saya nampak sehingga membolehkan laman web tersebut meletakkan harga sebegini untuk pengiklanan.
Sekarang, anda sudah nampak key point bagaimana untuk meletakkan harga pengiklanan di blog anda .... :)
Jika blog anda ada UV serta pageviews yang maintain tinggi setiap bulan, in Sha Allah, anda juga boleh meletakkan harga yang bagus untuk pengiklanan di blog anda.
Berikan Sebab Untuk Pengiklan
Seandainya blog tidak ada keupayaan sehebat laman web tersebut, apa yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian pengiklanan di blog ialah dengan tawaran tambahan selain yang sedia ada. Cuma berikan satu keistimewaan lain selain daripada UV dan pageviews. Faham kan?Tak faham? Cuba anda lihat pada tawaran pakej yang telah saya paparkan di atas, terutama pakej 1 dan pakej 2. Nampak tak kelebihan di situ yang ditawarkan, dan berapa nilai harga pakej iklan tersebut ... booommm sampai RM105,000 tu ....
Blog post ini bukan sebab nak paparkan sangat tentang nilai RM35K atau RM105K pengiklanan tersebut, cuma untuk berkongsi sedikit ilmu bagaimana anda sebagai blogger boleh jana income menerusi pengiklanan di blog berdasarkan kekuatan-kekuatan yang ada di blog anda. Dan entri ini hanyalah sebagai satu contoh untuk anda fikirkan.
Di bawah ini saya nak lampirkan sekali harga pengiklanan lebih detail sikit daripada laman web yang sama. Bolehlah buat rujukan jika mahu.
Maafkan saya ehh sebab tak nak beritahu laman web mana yang berikan tawaran ini. Sebab saya fikir ia tidak penting, nanti dah kira macam saya promosikan derang pulak, walhal saya tak dapat apa-apa bayaran pun .. hehehe... jadi biarlah anda mencari jawapan kepada persoalan tersebut.
Saya hanya nak kongsikan kepada anda, bagaimana anda boleh dengan jayanya menulis buat duit dengan menulis di blog. :) sesuatu yang anda dan saya suka buat ... tak gitu?
dasyat nyee
ReplyDeleteMemang dasat tu Abe...
DeleteNice sharing...
ReplyDeleteBanyaknya, 450,000 UV / 3.5 juta PV mmg dahsyat..ada ke blog prestasi mcm tu d Malaysia? hehe..
ReplyDeletenampaknya web tu memang buat analisis setiap tempat ruang pengiklanan dia.Sebagai blogger memang patut buat gini. Ada analisis report biasanya kalau klien gini.Biasanya client yang depa attend bukan calang-calang..:D
ReplyDeletep/s: sekali lagi aku rasa tak best nak komen...sebab takde ruang url/name
Saya terpaksa tutup setting ANYONE dalam satu-satu jangkamasa tertentu, terutama waktu malam bila tak berada depan PC untuk elakkan komen-komen tak sepatutnya.
DeleteMaaf andai menyusahkan.
mantop la.. blog aku je belum bukak untuk pengiklanan..
ReplyDeleteSekadar penambahan je la ek...
ReplyDeleteKalau iklan bertaraf premium, memang kurang saingan dan bila pengunjung masuk.. hanya iklan itu sahaja yang appear. Kalau refresh keluar iklan lain or bentuk banner lain.
Paling menarik bila pengunjung boleh bertahan lama pada satu-satu halaman.
Trafik tinggi takat 2-3 saat je masuk then klik tanda "X" tak mampu memberi jaminan iklan tersebut memenuhi KPi atau ROi yang dimaksudkan.
Apa gua merapu nie
Kalau lah blogger buat harga iklan camtuh..ada ke yg nk beriklan? ;-)
ReplyDeleteKuncinya disini adalah pageview kepada blog itu sendiri. Kalau bayar mahal, tapi orang tak ramai singgah, tak jadi apa jugak.
ReplyDeleteUv tinģgi pv tinggi dan pengnjung boleh lepak lama2 kat situ..mmg kebaboomlah
ReplyDeleteDasat betullah laman tu..fuh
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.