Tips elak pengunjung tak baca entri di blog - Ramai blogger yang seperti ambil mudah bab ni. Pada mereka, apa yang mereka mahu ialah blog kelihatan cantik dan menarik pada pandangan mereka. Tak fikir pun adakah cara mereka itu disukai oleh pengunjung dan pembaca blog. Saya tertarik nak kongsikan satu tips ini setelah blogwalking ke beberapa blog baru.

Tips Elak Pengunjung Tak Baca Entri Blog

Tips Elak Pengunjung Tak Baca Entri Blog

Sebenarnya tip ini dah pernah saya keluarkan untuk tatapan pembaca blog ini, tetapi mungkin tak berapa jelas kot. Kali ini saya berikan terus satu contoh untuk anda lihat di akhir entri ini, dan mungkin boleh perbaiki di masa hadapan.
  1. Elakkan dari memilih jenis font yang terlalu kecil atau terlalu besar. Saiz standard yang disyorkan ialah antara 10-14 mengikut jenis font yang digunakan dalam blog.
  2. Gunakan warna font yang membolehkan ia jelas dan mudah dibaca. Elakkan penggunaan warna menyakitkan mata seperti warna-warna terlalu terang atau florescent.
  3. Kontrakan warna, jenis, dan saiz font yang sesuai untuk kandungan dan tajuk. Cuba nampakkan perbezaan tersebut.
  4. Elakkan penggunaan latar blog yang menyukarkan pembacaan entri.
  5. Gunakan cara terbaik latar penulisan hitam dan putih kerana ia warna asas yang boleh diterima oleh semua. Tak perlu nak fancy sangat.
  6. Gunakan jenis font yang standard atau yang mudah dibaca. Elakkan guna font yang terlalu artistik untuk menulis isi kandungan blog.
  7. Ini antara tips mudah yang dapat saya kongsikan kepada anda semua. Mudah-mudahan boleh dipraktikan dan diamalkan sebaik mungkin.

Pembaca adalah penting. Jika anda inginkan pembaca, cuba pastikan mereka tidak hadapi kesukaran nak baca blog anda.

Cuba lihat contoh di bawah ini. Agak-agak senang tak nak baca apa yang disampaikan?
Tips Elak Pengunjung Tak Baca Entri Blog


30 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. heheh..
    biasanya kalau tulisan berwarna ni blog diorg mmg cantik.
    tapi cantik tu jugak yang menyakitkan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu rasanya pernah buat gak shark .... lepas tu rasa cam tak best .. hehehe

      Delete
  2. zam suka guna tulisan kecil dan menulis dalam perenggan :)

    ReplyDelete
  3. betul HH ckp ni..tp blog sy biase2 je, x ramai pn pengunjung. Tulisan tu rasanye x de masalah dh..mgkin ada sesuatu yg perlu sy tingkatkan lg :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan sertai segmen yang ramai orang join.

      Delete
  4. Arrrghhhhh... My eyes!

    Sakit mata membaca entri guna font cenggitu. Warna font fluorescent satu hal, pakai typeface Comic Sans lagi satu bala. Kalau dalam web design, gabungan kedua-dua unsur tu memang mendatangkan 'malapetaka' buat pelawat.

    ReplyDelete
  5. saya pun x suka baca kalau tulisan terang sgat macam tu..belum kalau tulisan bersambung2 lagi..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh.. Yang Ayesha .. tau tak apa .. hehehe

      Delete
  6. Ok... kena take note... cuma memang suka tulisan yang tak skema sangat kot. Hehe

    ReplyDelete
  7. Blogger perlu meletakkan dirinya sebagai pembaca...barulah dapat melihat kelemahan yang ada. Lakukan pembetulan dan kongsikan pengalaman... :) Andalah terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bin Muhammad .. kena jadi diri sebagai ginipig

      Delete
  8. yang berwarna tu, dia rasakan cantik...bukan pembaca dia...nampak tak disitu..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkk ada maksud tersirat ke nih? Mushkil lak aihhh ...

      Delete
  9. Terima kasih untuk tips..akan cuba baiki lagi lepas ni..

    ReplyDelete
  10. warna terang sakit mata.. memang terus pangkah, huhu

    ReplyDelete
  11. pernah guna warna hijau muda sbg tulisan saya kat blog dulu..heheh..now dah ok kot rasanya..

    ReplyDelete
  12. Tiba2 biji mata bertukar hijau baca entri contoh lat bawah tu.

    ReplyDelete
  13. hohoho tak boleh letak kaler font macam tu ya

    ReplyDelete
  14. blog yg ada font kaler maler macam tu memang saya pun tak baca..

    ReplyDelete
  15. mata tua knah pun susah nak baca =)

    ReplyDelete
  16. Kalo warna tulisan macam ini cpt masuk wad sakit mata dan mental calar ni...hahaha

    http://arjunakasih23.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. oohh begitu, terima kasih HH atas perkongsian tips. kenit pun biasa buat cenggitu dulu tapi pastu powere spek sendiri makin naik gara2 bentuk font dan warna pink terang melampau haha.

    Sekarang dah insaf ...back to basic :D

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. kategori syok sendiri rasanya ...

    ReplyDelete
  20. tulisan hijau halus2 tu mesti tulisan budak sekolah menengah yang baru kenal blog...hahaha!

    ReplyDelete
  21. ok semua yg ditulis memang dah ada kat blog saya.yelah sbg blogger yg dah lama tapi baru belajar byk benda sy memang lbh pentingkan entri.belajar dari pengalaman sendiri bila bw ke blog org.apa yg kita tak selesa dgn blog org tu kita jadikn dia teladan untuk blog sendiri

    ReplyDelete
  22. tips yg berguna. dulu rajin juga guna warna,skarang dh x suka..hitam putih sudah laa senang nak membaca

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement