Sebelum ini, saya pernah menulis mengenai tips lain berkaitan loading blog ini. Ada beberapa tips loading blog yang boleh anda amalkan untuk blogspot anda. Antaranya ialah ...
Tips Loading Blog Pantas
- Blog Perlu 3 Saat Untuk Jadi Bernilai
- Apa Maksud Blog Berat?
- 3 Tips Ringankan Blog
- Blog Laju Template Simple
- Pagespeed Insights Bantu Baiki Kadar Loading Blog
Blog post di atas adalah antara catatan-catatan saya tentang bagaimana nak bagi pengalaman bagus untuk pengunjung blog jadi suka dengan blog berkaitan kadar loading blog (kepantasan blog untuk papar isi kandungan secara keseluruhan).
Tips Loading Blog Pantas dari Google
Sekarang, saya kongsikan tips loading blog pantas dari Google pula. Lihat cadangan yang diberikan oleh Google sebagai salah satu enjin carian utama di internet. Tips - Make your blog load faster.Berkaitan Blog Post
Pastikan jumlah post di laman utama anda minima, cadangan dari Google ialah, kurang dari 10 post. Macam blog saya, saya hanya letak 5 sahaja, memandangkan saya gunakan banyak gambar yang akan beri kesan pada kadar loading blog.SkripJava dan Pautan (Link)
Google beri nasihat supaya hanya gunakan skrip (javascript) dan widget daripada Blogspot/Google sahaja. Namun, jika mahu gunakan skrip luar atau widget luar, pastikan ia diletakkan dalam kod HTML di bawah sekali. Dan jika diletakkan di bahagian sidebar, pastikan ia berada di sidebar bahagian bawah sekali.Imej dan Video
Semakin banyak imej atau video yang ada dalam blog akan membuatkan paparan blog lambat nak keluar. Namun, imej dan video adalah salah satu cara terbaik untuk menarik perhatian pengunjung blog kekal berada lama di dalam blog. Ia berikan pengalaman menarik buat mereka yang pertama kali singgah. Untuk itu, Google berikan beberapa tips tambahan berkaitan imej dan video yang ingin dimasukkan ke dalam blogspot.- Kecilkan saiz gambar anda dalam blogspot, atau gunakan fungsi thumbnail yang ada link ke imej penuh (saiz lebih besar).
- Jika guna third-party seperti imej dari photobucket, flickr, sila download dan letakkan dalam Picasa Web Album menerusi editor post yang ada dalam blogspot.
- Andai anda ada banyak gambar untuk dipaparkan bagi satu-satu tajuk entri blog anda, dinasihatkan anda buat satu album khas dalam Picasa Web Album, dan gunakan pautan bagi diletakkan dalam entri atau di bahagian sidebar blog anda.
CSS - Rekabentuk
Pastikan kod-kod berkaitan rekabentuk ini (CSS) berada di bahagian atas kod HTML blogspot anda. Jangan sesekali letakkan di bawah atau di akhir kod HTML blogspot kerana ia akan membuatkan segala-galanya jadi haru biru.Selamat mencuba.
tips yg berguna... thanks sharing... :)
ReplyDeleteTerima kasih Maria Firdz ... semoga boleh dipraktikkan dengan baik.
Deletetips yang sangat berguna kepada newbie terutamanya..Terima kasih sebab kongsikan tips ini HH...
ReplyDeleteSama-sama Diyana ... tips ini dari Google, moga nanti blog boleh makin laju .. :)
Deletethanx,... mcm ni rupanyaaa...ohhh ok...
ReplyDeletegreat piece of sharing abang hh....
ReplyDeleteowh mcmtu....
ReplyDeleteBlog saya loading hingga 6 saat dan sangat-sangat lah tak pantas. Boleh guna tips ni untuk buat pembaikan... tapi bab CSS tu memang tak reti langsung, so tak berani ubah apa-apa bila mai tang coding tu...
ReplyDeleteHehehehe .. macam la saya ni reti sangat ... :) apapun kita sama2 belajar.
Deletesaya pun tak suka kalau blog lambat loading. cemuih dok tunggu :D
ReplyDeleteKalau guna sharing hosting kira bernasib baiklah kalau boleh kurang 3s.
ReplyDeletekadang2 kompius jugak..
ReplyDeleteblog berat atau internet lembap..
hehe..
nice sharing :D
ReplyDeletekalau internet laju...page loading terasa cepat juga..
ReplyDeleteThanks bro.. Tapi blog ambe rasanya widget kiri ni tak laju lagi lah..
ReplyDeletelambar kuar..
banyak x faham bab ni..hehe..HH, boleh tgk loading time blog ena tak? laju ke lajuu?hee
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.