Oh ya, fiverr.com bukan sahaja tempat anda jual blog yang anda dah tak suka nak update, tetapi ia juga tempat anda jual kelebihan anda, pergilah jenguk sesekali. :)
Ok, tips menjual blog. Apa kriteria untuk membolehkan blog anda dijual kepada mereka yang mungkin berminat nak membeli?
Tips Menjual Blog Dengan Harga Tinggi
Blog Perlu Domain/Hosting Sendiri
Domain dengan hosting sendiri, atau guna domain sendiri. Ada dua benda yang anda boleh jual di sini, iaitu nama domain, dan juga domain serta hosting blog anda. Jika anda guna blog dengan platform percuma, susah sikit nak tarik perhatian orang nak beli, lainlah jika trafik ke blog itu main juta-juta setiap bulan macam blogserius.blogspot.com.Usia Blog
Selalunya pembeli akan melihat usia sesuatu blog itu. Jika blog baru, ada kriteria lain yang perlu dilihat. Namun, secara amnya, pembeli akan lihat blog yang telah ada tapak kukuh dalam dunia internet, sudah berada lama, dan banyak artikel atau terbitan yang sudah berada di internet. Hemat saya, usia blog yang sudah melepasi angka 24 bulan dah boleh jual dengan baik.Rekabentuk Blog
Blog yang mempunyai rekabentuk minimal selalunya mudah nak dijual. Ini adalah kerana kerja-kerja nak ubahsuai mudah dan tidak rumit. Pembeli sukakan blog yang tidak banyak widget, dan boleh loading dengan pantas tetapi pada masa yang sama, sesuai dengan citarasa. Dan pendapat saya, citarasa umum ramai pembeli ialah sebuah blog yang kemas tetapi menarik.Sumber Trafik
Ini antara cirian terpenting untuk menjual blog anda. Sumber trafik daripada sumber organik iaitu dari enjin carian adalah jadi keutamaan. Ini adalah kerana seandainya blog itu banyak terima trafik dari laman sosial seperti Facebook atau Twitter, ia tentu akan bermasalah pada pemilik baru kerana jaringan sosialnya sudah tidak sama dalam menarik perhatian pembaca. Maka, blog yang punyai kekuatan untuk menarik trafik daripada enjin carian adalah terbaik. Pembeli akan melihat jumlah trafik blog itu dari enjin carian untuk meletakkan harga tertentu.Blog Mesra SEO
Seperti yang saya katakan sebelum ini, blog yang banyak terima trafik dari sumber organik adalah blog yang senang dijual dengan harga menarik. Maka, blog mestilah mesra SEO, terutama sekali dari segi rekabentuk atau on-page SEO. Blog sudah tersedia dengan cirian SEO samada untuk keseluruhan blog atau pada entri-entri terbitan. Jadi, pembeli hanya perlu memikirkan pada off-page SEO dan konten sahaja.Jumlah Backlinks Berkualiti
Sebuah blog yang mempunyai backlinks berkualiti tentulah diminati. Ia sudah ada kredibiliti tertentu. Semakin banyak backlinks yang diterima oleh sesebuah blog yang ingin dijual, maka semakin tinggi harganya.Kedudukan Trafik dan Google Pagerank
Ini serupa satu kesimpulan apabila anda mahu jualkan blog anda. Pembeli blog anda akan lihat kedudukan trafik blog anda secara umum dan melihat nilai Google Pagerank blog anda.Rasanya cukup kot tips ini untuk sesapa yang terasa nak jual blognya. Weihh memang boleh buat bisnes jual domain blog atau hosting ni. Ada je blogger yang berjaya dah ... :) Cuba tengok beberapa nama domain yang masuk pasaran jual-beli domain ni.
Nama Domain | Harga Dijual (USD) |
---|---|
MI.com | $3,600,000 |
Trade360.com | $42,500 |
Fun8.com | $25,000 |
JSA.com | $25,000 |
MySuit.com | $24,999 |
SDPI.com | $24,000 |
Kalk.com | $20,700 |
Smart.ly | $20,000 |
CaliforniaAlmond.com | $17,900 |
NickJenkins.com | $16,800 |
AvisosClasificados.com | $16,000 |
LandLeader.com | $15,899 |
Kalk.net | $13,800 |
Chinese.club | $13,750 |
Meet.club | $12,500 |
Toys.club | $12,500 |
Geologists.com | $12,000 |
EVDC.com | $11,750 |
YWY.com | $11,100 |
Sumber di atas, saya cekau dari sini - http://dnjournal.com/domainsales.htm
Semoga tips menjual blog ini akan berikan sedikit pengetahuan tentang nama domain, hosting, SEO serta backlinks - iaitu kepentingannya. Serta ... buka peluang untuk ssesiapa yang mahu buat duit online dengan bisnes jual nama domain.
Semoga terhibur .. hehehe..
Alexa terkini 142, tahniah!
BalasPadamHehehe.. :) saya ada tulis semalam pasal kejayaan ni Wafi.
Padammak oiii...bapak punya mahal harga sesebuah blog....
BalasPadamingatkan gambar saja boleh jual...... :)
BalasPadamJual kat iStock ... hehehe...:) bijak bijak
Padamkalau blog tuan dijual berapa harga yang boleh dirunding...?Jangan marah..
BalasPadamHarga dah ditetapkan kat blog Denaihati ... ada tulis harga blog saya kat situ .. carilah ..
Padamsiapa2 yang dah tak nak berblog silalah fikir2kan idea ni yer...he he he...
BalasPadamBuat masa ni...tak ada sebab untuk orang beli blog saya whoahahaahahaahahaha... kecuali kalau ada yang nak guna untuk pedajal orang lain guna nama saya whoahahaahahaha... :D :D :D
BalasPadamPerkongsian yang baik. Kalau ada blogger yang telah ada akaun social FB, twitter dan G+ untuk blog yang sama, dari satu email yang tersendiri saya rasa nilai blog tersebut bertambah mahal. Banyak blog luar yang mati bila bertukar owner kerana owner baru tidak meneruskan cara yang digunakan oleh owner lama ambil trafik. Mungkin after sale tu tak ada. Kalau kos ditambah dengan after sale servis maka harga tu boleh jadi 2 x ganda.
BalasPadamBetul. Bila tukar tangan .. owner baru tak ikut ... patutnya penjual kena berikan manual .. hehehe
Padamwah ! blog pun boleh jual yer? setakat ni masih lagi berminat dengan blog, takmo la jual, sayang ! hehe
BalasPadamBlog,ramai visitor dan bagus backlinknya, tinggilah harganya. Terima kasih atas perkongsian tips menjual blog ini.
BalasPadamFiverr?kat situ amat murah...rasanya bukan market bagi blog...terlalu rendah dan macam tak sepadan...
BalasPadamkalu nak cite pasal jual blog, memang panjang ceritanya dan tengoklah kot aku pun rasa macam nak tulis benda yang sama juga..ahaha..ingat dulu nak masuk flipping-flipping ni..tapi tak jadi sebab masih belum mampu..tapi site biasa-biasa je pun dah ok walau usianya baru seminggu...:D
owwhhh mcm sayang je nak jual blog.. emmm tak mo tak mo tak mo hahaha :)
BalasPadamPerkongsian yang bermanfaat. Walaupun saya malas nak update blog saya ni, tapi dalam masa yang terdekat ni, saya masih belum terfikir untuk menjualnya. hehe
BalasPadamSaya juga dulu pernah mau jual blog saya tapi gk jadi soalnya gk pake hosting self, ntar aja kalau udah bagus baru jual lagi :D
BalasPadamXtau plak yang blog pun boleh dijual...info yang menarik...dapat tambah lg satu ilmu, thank you En.HH...
BalasPadamWow! Blh tahan gak harga sebuah blog..
BalasPadamBlog ni kalau jual mesti ramai yang nak.
BalasPadamTuan, izinkan saya berguru dengan tuan..
BalasPadamRasa macam nak jual lah blog saya.
BalasPadamTips yang berguna tuan.. terima kasih atas perkongsian..
BalasPadamBlog boleh jual beli di flippa.com...Ni kalau ada hosting sendiri... :)
BalasPadamTrimakasih untuk infonya...domain n hosting sendiri lah yang lebih laku untuk dijual
BalasPadamTerima kasih infonya. Sangat berguna jika nak jualblog-blog murah
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.