Tips ini mudah sahaja. Cuma ada satu kekurangan, dan kekurangan ini boleh anda selesaikan dengan kerajinan anda untuk semak blog anda setiap hari untuk komen.
Saya tulis entri ini selepas diberikan teguran oleh blogger +Ammar Yasir .... hehehe...
Tips Mudahkan Pengunjung Tulis Komen di Entri Blog
Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menetapkan setting ruangan komen blogspot anda seperti di bawah ini.Anda perlu tukar atau ubah setting di bahagian Posts and comments ... dan bahagian Who can comment ... anda letakkan Anyone - includes Anonymous Users. Bila tukar setting ini, pengunjung blog yang mahu komen entri blog anda, akan ada pilihan seperti ini:
Memang terbukti entri akan dapat banyak komen, tetapi awas .. akan ada komen Spam yang masuk. Ini adalah disebabkan ada keluar pilihan Anonymous untuk pengunjung tinggalkan komen. Ia juga akan berikan peluang untuk satu-satu perisian blogwalking + komen bermaharajalela.
Untuk itu, anda kena rajin sedikit semak bahagian dashboard blog anda di ruangan berikut:
Bahaya Komen Spam Terlepas
Ada juga komen yang berbentuk Spam ini terlepas, selalunya saya akan pantau menerusi email yang dihantar oleh blogspot. Jika mencurigakan, saya akan padam. Selalunya ia berlaku, apabila ada pengunjung yang ambil kesempatan nak promosikan sesuatu, pengunjung akan gunakan Name/URL yang menjurus kepada pautan-pautan yang boleh membahawakan blog terutama blog yang ada Malware, atau Link Spam yang akan merosakkan akaun Google Adsense.Blog ini pernah menerima hampir lebih 30 komen spam dalam satu-satu masa. Memang jenuh la nak tengok, tapi selalunya saya akan padam semuanya bila sudah dimasukkan di bahagian Spam di atas.
Terbukti Boleh Terima Komen Banyak
Kelebihan bila buat setting seperti ini, blog anda boleh terima komen yang banyak. Selain itu, anda berikan peluang untuk pengunjung blog membina backlinks dan dengan sedikit teknik yang baik, boleh meningkatkan Google Pagerank blog anda.Ia juga salah satu cara yang mudah untuk anda balas kunjungan pengunjung yang ada blog, sebab ada ruangan untuk mereka meninggalkan link atau URL blog mereka, termasuklah blogger Wordpress.
Elak Letak Moderasi Komen (Comment Moderation)
Secara tak langsung, sistem komen blog anda tampak lebih mesra komen, asalkan jangan diletakkan setting Comment Moderation pada blog. Comment moderation akan menyebabkan sesiapa yang tinggalkan komen menulis Captcha yang muncul, dan bagi sesetengah pengunjung, mereka kurang berkenan ...Ok, moga entri ini jelas dan dapat bantu ramai rakan blogger menerima komen bertubi-tubi dalam setiap entri blog yang dihasilkan. In Sha Allah.
dh lama aku nak tegur...haha..mgkin ada komen aku yg ko tak perasan..nama lain...:D
BalasPadamOOo pandai ko menyamar ehh .. guna nama awek ke?
Padamnasib baik dalam blog saya ada...takut juga menyusahkan blogger untuk komen blog saya,...thanks HH
BalasPadamTerima kasih abg hasrul hassan bg tips percuma ni. Tak perasan pasal comment moderation pun sebelum ni...terima kasih sekali lagi.
BalasPadamPost terbaru dari saya:
http://mindakabur.blogspot.com/2014/04/cara-muat-turun-windows-81-update-1.html
Sama-sama, moga dimanfaatkan akan kelebihannya.
PadamBlogspot xde ke wat cam comment love tu hh huhu...
BalasPadamYang tu sila install IntenseDebate ... cuba cari entri saya mengenai tu .. saya ada cerita.
Padamyang susah nyer bila kuar verify tu mcm malas nak buat
BalasPadamblog yb juga yang kurang orang nak komen... tak tau nak komen kot hehehe
BalasPadamKomen blogspot tanpa setting name/url selalunya blogger wordpress xkan komen. Pernah terbaca entri blogger wordpress komen pasal blogger blogspot yg menyukarkan mereka utk meninggalkan komen...
BalasPadamAda ada .. saya pun ada baca .. :)
PadamSama la kat blog saya pon buatcamni jugak ...
BalasPadamNanti kalau tak buat camni susah jugak org nak komen ...
Tq sharing ..
terima kasih HH...
BalasPadamselama ni ingt user wordpress boleh klis pada option wordpress..
BLOG SAYA OK KAN
BalasPadamTq coz bagi link iklan.....aku dah tekan 100kali...boleh lah g haji tahun depan ye....
PadamTak boleh gi haji tahun depan, mungkin tak kesampaian kot. Tq sebab klik link iklan .... bolehlah nanti buat modal untuk buat giveaway atau kontest ....
Padamyg ada verification captcha tu memang menyusahkan... boleh buat visitor merajuk terus...
BalasPadamyg tu terus cerai talak 100. lol
PadamAlhamdulillah terbuka juga pintu hati mu...
BalasPadamBaru seronok duaronok bro nak komen dekat blog nie.. walaupun xde muka keluar... ape ke hal...
Xperlu tayang2 muka lagi2 zaman saham jatuh nie.. tgu saham naik balik je
Hahaha .. ayat last tak leh blah la ..
Padambarulah terbaik sediakan ruang komen macam nie.... :D
BalasPadamsaya tak suka word verification :(
BalasPadamSaya pun ...
Padamkalau setting cam ni, ada cara tak nak elak anon tinggal komen spam? Masih mencari settingnya...
BalasPadamAnon akan tinggalkan komen tapi masuk ke SPAM ...dia takkan keluar kecuali komen tersebut dah pernah lepas sebelum ni.
PadamDulu blog sy susah nak komen...now dah mudah...singgah blog saya...ini pun hasil tip yg diajar ole HH....
BalasPadamsaya pun tak suka blog yg ada word verification..
BalasPadamsalam...terima kasih atas penerangan ini...maaf yer, nak Tanya, kenapa komen2 di blog saya tidak keluar gambar...(ini kerana saya dah banyak sgt copy paste kat ruangan edit HTML tu...)
BalasPadamdan lagi satu, ruangan komen saya dah jadi 2 kotak...tolong bantuan dr En. Hasrul dan rakan2..
PM saya di Facebook ehh .. kita sembang dan tgk penyelesaian.
Padamperkongsian yang baik bagi blogger baru macam saya
BalasPadamboleh je kot buat comment awaiting moderation tp disable captcha..
BalasPadamSpot on. mmg betul r. tq for sharing
BalasPadamTips berguna encik hasrul... sebenarnya ada benda nak tanya... tapi nantilah ya.. huhu...
BalasPadamOk. Saya tunggu dengan penuh debaran di kalbu.
PadamBagus artikel bro.buk bg manfaat..selalu buk spamming yg masuk..geram juga tp apakan daya..aku pun manusia biasa
BalasPadamsalam sukses bos jangan lupa kunjungin balik ya
BalasPadamPatutlah blog saya langsung tiada komen. Terima kasih atas perkongsian. Baru perasan website en.HH baru la.. warna putih. Lawa (b)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.