Tips mudahkan pengunjung blog untuk meninggalkan komen - Jika mahu setiap entri anda dikomen, jangan susahkan pengunjung blog anda untuk tinggalkan komen. Bab ni dah beberapa kali saya tulis dalam blog. Maaf andai entri-entri berkenaan ada yang tak faham. Salah saya sebab tak berikan pemahaman yang cukup untuk mudahkan ramai blogger terutama blogger baru dapat komen best-best dalam blog.

Tips ini mudah sahaja. Cuma ada satu kekurangan, dan kekurangan ini boleh anda selesaikan dengan kerajinan anda untuk semak blog anda setiap hari untuk komen.

Saya tulis entri ini selepas diberikan teguran oleh blogger +Ammar Yasir .... hehehe... 
Tips banyakkan komen dalam entri blog

Tips Mudahkan Pengunjung Tulis Komen di Entri Blog

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menetapkan setting ruangan komen blogspot anda seperti di bawah ini.

Sistem komen blogspot

Anda perlu tukar atau ubah setting di bahagian Posts and comments ... dan bahagian Who can comment ... anda letakkan Anyone - includes Anonymous Users.  Bila tukar setting ini, pengunjung blog yang mahu komen entri blog anda, akan ada pilihan seperti ini:
Sistem komen blogspot

Memang terbukti entri akan dapat banyak komen, tetapi awas .. akan ada komen Spam yang masuk. Ini adalah disebabkan ada keluar pilihan Anonymous untuk pengunjung tinggalkan komen. Ia juga akan berikan peluang untuk satu-satu perisian blogwalking + komen bermaharajalela.

Untuk itu, anda kena rajin sedikit semak bahagian dashboard blog anda di ruangan berikut:
Tips Mudahkan Pengunjung Komen Blog
Apabila blog anda sudah membenarkan sesiapa juga meninggalkan komen, anda perlu semak di bahagian Comments, dan klik bahagian Spam. Lihat komen-komen yang dianggap Spam oleh blogspot. Mana-mana yang tak relevan, bolehlah anda padam tanpa belas kasihan .. hehehee... dan komen tersebut takkan muncul di entri blog anda.

Bahaya Komen Spam Terlepas

Ada juga komen yang berbentuk Spam ini terlepas, selalunya saya akan pantau menerusi email yang dihantar oleh blogspot. Jika mencurigakan, saya akan padam. Selalunya ia berlaku, apabila ada pengunjung yang ambil kesempatan nak promosikan sesuatu, pengunjung akan gunakan Name/URL yang menjurus kepada pautan-pautan yang boleh membahawakan blog terutama blog yang ada Malware, atau Link Spam yang akan merosakkan akaun Google Adsense.

Blog ini pernah menerima hampir lebih 30 komen spam dalam satu-satu masa. Memang jenuh la nak tengok, tapi selalunya saya akan padam semuanya bila sudah dimasukkan di bahagian Spam di atas.

Terbukti Boleh Terima Komen Banyak

Kelebihan bila buat setting seperti ini, blog anda boleh terima komen yang banyak. Selain itu, anda berikan peluang untuk pengunjung blog membina backlinks dan dengan sedikit teknik yang baik, boleh meningkatkan Google Pagerank blog anda.

Ia juga salah satu cara yang mudah untuk anda balas kunjungan pengunjung yang ada blog, sebab ada ruangan untuk mereka meninggalkan link atau URL blog mereka, termasuklah blogger Wordpress.

Elak Letak Moderasi Komen (Comment Moderation)

Secara tak langsung, sistem komen blog anda tampak lebih mesra komen, asalkan jangan diletakkan setting Comment Moderation pada blog. Comment moderation akan menyebabkan sesiapa yang tinggalkan komen menulis Captcha yang muncul, dan bagi sesetengah pengunjung, mereka kurang berkenan ...

Ok, moga entri ini jelas dan dapat bantu ramai rakan blogger menerima komen bertubi-tubi dalam setiap entri blog yang dihasilkan. In Sha Allah.


37 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dh lama aku nak tegur...haha..mgkin ada komen aku yg ko tak perasan..nama lain...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. OOo pandai ko menyamar ehh .. guna nama awek ke?

      Padam
  2. nasib baik dalam blog saya ada...takut juga menyusahkan blogger untuk komen blog saya,...thanks HH

    BalasPadam
  3. Terima kasih abg hasrul hassan bg tips percuma ni. Tak perasan pasal comment moderation pun sebelum ni...terima kasih sekali lagi.

    Post terbaru dari saya:
    http://mindakabur.blogspot.com/2014/04/cara-muat-turun-windows-81-update-1.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, moga dimanfaatkan akan kelebihannya.

      Padam
  4. Blogspot xde ke wat cam comment love tu hh huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tu sila install IntenseDebate ... cuba cari entri saya mengenai tu .. saya ada cerita.

      Padam
  5. yang susah nyer bila kuar verify tu mcm malas nak buat

    BalasPadam
  6. blog yb juga yang kurang orang nak komen... tak tau nak komen kot hehehe

    BalasPadam
  7. Komen blogspot tanpa setting name/url selalunya blogger wordpress xkan komen. Pernah terbaca entri blogger wordpress komen pasal blogger blogspot yg menyukarkan mereka utk meninggalkan komen...

    BalasPadam
  8. Sama la kat blog saya pon buatcamni jugak ...
    Nanti kalau tak buat camni susah jugak org nak komen ...
    Tq sharing ..

    BalasPadam
  9. terima kasih HH...
    selama ni ingt user wordpress boleh klis pada option wordpress..

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Tq coz bagi link iklan.....aku dah tekan 100kali...boleh lah g haji tahun depan ye....

      Padam
    2. Tak boleh gi haji tahun depan, mungkin tak kesampaian kot. Tq sebab klik link iklan .... bolehlah nanti buat modal untuk buat giveaway atau kontest ....

      Padam
  11. yg ada verification captcha tu memang menyusahkan... boleh buat visitor merajuk terus...

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah terbuka juga pintu hati mu...

    Baru seronok duaronok bro nak komen dekat blog nie.. walaupun xde muka keluar... ape ke hal...

    Xperlu tayang2 muka lagi2 zaman saham jatuh nie.. tgu saham naik balik je

    BalasPadam
  13. barulah terbaik sediakan ruang komen macam nie.... :D

    BalasPadam
  14. saya tak suka word verification :(

    BalasPadam
  15. kalau setting cam ni, ada cara tak nak elak anon tinggal komen spam? Masih mencari settingnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon akan tinggalkan komen tapi masuk ke SPAM ...dia takkan keluar kecuali komen tersebut dah pernah lepas sebelum ni.

      Padam
  16. Dulu blog sy susah nak komen...now dah mudah...singgah blog saya...ini pun hasil tip yg diajar ole HH....

    BalasPadam
  17. saya pun tak suka blog yg ada word verification..

    BalasPadam
  18. salam...terima kasih atas penerangan ini...maaf yer, nak Tanya, kenapa komen2 di blog saya tidak keluar gambar...(ini kerana saya dah banyak sgt copy paste kat ruangan edit HTML tu...)
    dan lagi satu, ruangan komen saya dah jadi 2 kotak...tolong bantuan dr En. Hasrul dan rakan2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PM saya di Facebook ehh .. kita sembang dan tgk penyelesaian.

      Padam
  19. perkongsian yang baik bagi blogger baru macam saya

    BalasPadam
  20. boleh je kot buat comment awaiting moderation tp disable captcha..

    BalasPadam
  21. Spot on. mmg betul r. tq for sharing

    BalasPadam
  22. Tips berguna encik hasrul... sebenarnya ada benda nak tanya... tapi nantilah ya.. huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok. Saya tunggu dengan penuh debaran di kalbu.

      Padam
  23. Bagus artikel bro.buk bg manfaat..selalu buk spamming yg masuk..geram juga tp apakan daya..aku pun manusia biasa

    BalasPadam
  24. salam sukses bos jangan lupa kunjungin balik ya

    BalasPadam
  25. Patutlah blog saya langsung tiada komen. Terima kasih atas perkongsian. Baru perasan website en.HH baru la.. warna putih. Lawa (b)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement