Untuk menjana income menerusi blog, anda pertama sekali perlu ada sumber untuk membolehkan income itu dijana. Dan dalam bab ini, saya sangat syorkan anda daftar percuma dengan mana-mana program affiliate yang memberikan komisen. Tidak tahu dan tidak faham akan konsep affiliate ini anda boleh menonton video atau join webinar yang telah disediakan di sini - Webinar Affiliate
Tips Penulisan Kacak Yang Boleh Menjana Income
Apabila dah daftar mana-mana program affiliate, anda akan terima link affiliate anda sendiri. Dapatkan link affiliate anda sendiri. Ini penting supaya anda boleh gunakan dalam penulisan kacak menjana income.
Contoh Untuk Menulis Kacak Jana Income
Dalam affiliate, ada banyak produk yang boleh anda promosikan. Untuk mempromosikannya, anda perlu menulis sebuah entri kacak dalam blog. Contohnya anda mahu mempromosikan produk seperti ini - Panduan LULUS Cemerlang MUET- Pertama sekali, anda perlu tahu apakah itu peperiksaan MUET.
- Keduanya, anda perlu tahu apakah kriteria untuk lulus peperiksaan MUET.
Kenapa perlu tahu? Sebab ia akan bantu anda dalam menulis sebuah entri kacak yang menjana income.
Kemudian, anda cuba cari maklumat mengenai jadual peperiksaan MUET. Tulis ringkas mengenai jadual peperiksaan ini, masukkan apa yang anda tahu mengenai MUET, seperti yang awal-awal saya katakan.
Gunakan kata kunci "lulus cemerlang MUET" dalam penulisan kacak anda, dan pastikan setiap ayat atau perkataan yang ada lulus - cemerlang - MUET dipautkan atau diletakkan link ke affiliate produk Panduan Lulus Cemerlang MUET tadi.
Elakkan suruh pembaca membeli produk tersebut seperti - "Belilah produk ini ..."
Tapi lebih tumpukan kepada - "Cuba lihat apa yang panduan ini berikan ....."
Tips Penulisan Kacak - Selit Affiliate Tidak Langsung
Anda juga boleh menyelitkan pautan affiliate anda dalam entri-entri yang dirasakan sesuai samada langsung atau tidak langsung.Contohnya anda dok bercerita mengenai pengalaman anda hadapi kereta rosak. Dari A sampai Z, anda tulis mengenai masalah anda hadapi, lepas tu kena tipu dan sebagainya. Anda boleh letakkan affiliate mengenai Tips Penjagaan Kereta ... dan begitulah seterusnya.
Tips penulisan kacak ini sedikit sebanyak mengajari anda untuk menulis sebuah entri yang ada cirian SEO (Search Engine Optimization) di mana penekanan terhadap kata-kata kunci tertentu. Dengan itu, apabila seseorang yang mungkin mencari satu jalan penyelesaian masalah akan temui jawapannya .... dan mungkin akan membeli produk yang dipromosikan secara tidak langsung.
Teknik ini juga boleh membantu anda menulis entri kacak berbentuk advertorial dan memastikan bahawa entri dengan kata kunci tertentu berada di muka hadapan enjin carian.
Selamat mencuba.
nice sharing..
ReplyDeletebanyaknya maklumat... kadang-kadang terlepas pandang juga. terima kasih untuk tips yang kacak
ReplyDeletekena buat research sebelum menaip dan jangan berdasarkan pandangan sendiri saja dan pastikan dari sumber2 yang boleh dipercayai dan disahkan... barulah karakter penulisan mantap...
ReplyDeleteDah macam encik titan plak entri ni
ReplyDeleteTips yang menarik,
ReplyDeleteboleh cuba cara macam ni.
seronok juga kalau dah berjaya dapatkan komisen affiliate tu kan..:D
ReplyDeletegood tips..insyaAllah, akan saya apply nanti.. hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.