Bukan nak hangatkan cerita. Tapi ini sebuah coretan pendapat sahaja. Anda boleh bersetuju dengan tidak bersetuju. Anggapkan sahaja bahawa apa yang saya tulis ini merupakan ingatan untuk diri saya dan keluarga saya - termasuklah isteri, ibu dan anak perempuan saya.
Tudung Murah VS Tudung Mahal - Apa Ada Pada Harga?
Tudung murah vs tudung mahal. Tudung murah tak ada isu. Cuma hal tudung mahal ni je.
Sebelum apa-apa, nak tanyalah pada anda yang membaca blog post ini, terutama wanita. Apakah fungsi tudung itu? Nak menutup kepala? Jika begitu, apa pula fungsi skarf? Selendang pula macamana? Dan bagaimana pula dengan turban? Maaflah, saya nak berikan jawapan tapi saya tak tahu, saya bukan arif mengenai fesyen.
Cuma dari sudut pengetahuan yang cetek, apa yang saya faham istilah tudung itu terpakai kepada muslimah. Hanya muslimah di nusantara ini terutama Malaysia yang mengistilahkan 'tudung' ini. Dulunya disebut tudung kepala bagi membezakan dengan tudung saji dan tudung litup (hanya nampak mata).
Mungkin disebabkan fesyen barangkali, ia dikenali sebagai tudung. Dan kini sudah ada macam-macam jenis tudung kepala. Ada tudung bawal, ada pashima, ada tudung half moon, ada tudung parsi .. ishh macam-macamlah. Hanya wanita sahaja yang arif pasal jenis-jenis tudung ini.
Wanita Pakai Tudung Mahal Memang Berkemampuan
Pandangan saya, jika anda seorang wanita yang pakai tudung mahal, makanya anda seorang berkemampuan, ada duit banyak sehingga boleh sedekah anak yatim sampai beratus-ratus. Ekonomi anda kukuh, tak risau kenaikan harga barang dapur, malah duit suami anda pun tak terusik memandangkan anda boleh beli tudung sehingga beratus ringgit.Ye tak?Baguslah begitu. Nyata anda seorang wanita muslimah yang mahu menutup aurat dengan pakaian yang paling baik, menutup perhiasan yang ada di kepala dan di dada.
Tetapi, seandainya anda bukan seorang wanita yang benar-benar berduit, sanggup membiarkan simpanan jadi lesu dan kering semata-mata kerana mahu dapatkan tudung aneka corak bertingkat-tingkat yang mahal, nasihat saya ... hentikanlah.
Ini bukan caranya anda menutup aurat perhiasan diri anda.
Berfesyen Biarlah Berpada
Bertudung bukan sebab mahu kelihatan cantik dan menarik. Ia adalah untuk menjaga aurat seorang wanita. Andai mahu berfesyen sekalipun, biarlah berpada dan jangan berlebih-lebihan.Kuatkan diri anda wahai wanita muslimah untuk tidak mendengar bisikan hawa nafsu untuk lebih menjadi lebih cantik dan voque dari orang lain. Kerana kecantikan diri anda tidak lain dan tidak bukan adalah hanya untuk suami anda sahaja ....
Tudung Cantik Untuk Tatapan Suami
Dan andai akhirnya anda berkata, saya mahu berfesyen untuk cantik buat suami saya .... adakah anda akan memakai tudung di kala berada di atas katil bersama suami .. dan suami pula berkata .... wahh cantiklah awak bertudung mahal ini sayang .... yang nanti dicampak sahaja di atas lantai.Jika adalah ... saya teringin nak berjabat salam dengan si suami.
Alhamdulillah, ramai wanita yang saya kenal tahu kemampuan diri dan tahu syariat bertudung itu adalah sebahagian untuk menjaga aurat.
Sekali lagi, saya mohon maaf jika ada yang membaca terasa hati. Akhir kalam, saya serius berkata dalam hati ... saya benar tak faham mengapa perlu beli tudung sampai beratus ringgit dan kenapa perlu beli tudung sampai berpuluh-puluh helai ....yang nanti akan terbiar memenuhi ruang almari dan mereput.
Komen ... sila .. saya sangat alu-alukan komen-komen dari anda. Bukan sahaja untuk saya, malah untuk mereka yang lain yang akan membacanya nanti.
suka tengok perempuan pakai tudung hana tajima
BalasPadamhehe
mungkin ini la salah satu kesan negatif apabila ada yang mempergunakan syariat untuk tujuan berfesyen (dan membuat untung). bukan nak mempertikaikan usaha mereka tu yang mungkin bertujuan baik (beri kesedaran menutup aurat). tapi kalau dah sampai mewujudkan kasta (miskin-tudung murah, kaya-tudung mahal), serupa tak payah la kan...
BalasPadamLama tak nampak Smbotak .. terima kasih atas komen yang baik ini.
Padamspeechless! maybe betol apa yg diperkatakan. Terima kasih untuk nasihat.
BalasPadamTulah tudung mahal tapi tak ikut sunnah nak buat apa.
BalasPadamKonsep tudung untuk menutup aurat yang telah disalaherti. Semoga kita semua tidak tersasar jauh dari landasan islam..
BalasPadamahahhahahahak..terbaik bro..suka sangat entry ne.kalau saya, paling murah dan ikut syariat, tak membebankan duit suami, , selesa dan canltik sudah berbaloi..heee...
BalasPadamTudung itu untuk menutup rambut drp terdedah ...
BalasPadamTerdedahnya rambut maka terdedahlah dosa ...
Tak kira tudung mahal @ murah yg penting niat bertudung kerana Allah swt ..
bUKAN SEKADAR LETAK DI KEPALA SEMATA2 KERANA FESYEN ...
Bertudung cantik jadi pilihan ..
Syariat terjaga dalam kesempurnaan ...
murah ke mahal ke, asal niat ikhlas pakai tudung. toksah canang kat orang harga tudung tu.
BalasPadamkalau acik suka perempuan yang pakai tudung labuh ..sedap mata memandang
BalasPadamkalau mampu apa salahnya nk merasa pakai tudung mahal, asalkan jangan sampai ikat perut sebab teruja nak mengikut org..
BalasPadamtapi tudung bertengkek2 tu memang bukan pilihan akaklah.
Saya pun tak paham kenapa ada orang yang sanggup beli tudung mahal.. Mungkin juga kerana duniawi dan tidak mahu ketinggalan tentang fesyen. Atau kerana sikap ego dan bangga jika dapat menunjuk untuk pakai tudung mahal....
BalasPadamsaya rasa berfesyen menutup aurat murah atau mahal tak perlulah menjadi persoalan. yang penting aurat dijaga. mempertikaikan harga hanya ego sipemakai tudung sahaja.
BalasPadamCN sokong entry ni, tak penting tudung murah atau mahal, yg penting cara pemakaian tudung tersebut adalah betul ..kalau mampu beli tudung mahal, apa salahnya, cuma tak perlulah riak ;)
BalasPadamMahal ke murah tak penting. Yang penting, tutup aurat, suami suka, saya selesa memakai dan sedap mata suami memandang.
BalasPadamCantik bertingkek2 tapi tabarruj terlampau dan aurat masih ternampak tu dah mendatangkan dosa buat yang memandang^__^
tlalu mudh fhmn ttg aurat tu..sy pn msh brtatih utk mnjdi muslimah yg btul..
BalasPadambertudung tu bkn stkat mnutup kpla/rmbut tu..tp mnutup sgla bnjolan2 yg ad..
sptutnya si suami kna bt lbih byk research sblm meluahkan sgla bengang dy tu..
hhuhuhu..
wallahualam..
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.